09 May 2014

Teringin nyaa Nak Duduk Rumah Sendiri ..

Penulis : Princes Yuyue Masa : 2:00 AM Comments : Labels :
Assalamualaikum ...

Dah kahwin, anak belum ada tapi akan ada InsyaAllah ..target nak beli rumah!!nak ada rumah sendiri. siapa yang tak teringin nak duduk rumah sendiri kan, bina family sendiri, tapi yuyu belum ada rezeki ke arah tuu.. sabar sabar mana tahu kan rezeki nya tahun depan kee, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan ..eh?best nyaaa kalau gaji yuyu nie lebat. hekhekhek

Hidup nie mesti laa kena ada impian kan, kalau tak ada impian memang tak kemana hala tuju kita. walaupun hanya lah impian, tapi kita akan cuba kearah itu kan ? kita akan berusaha untuk mencapai impian kita ..betul tak? sampai bila nak menyewa?? tiap tiap bulan keluar duit bukan main lebat lagi nak bayar sewa rumah, last last rumah tuh bukan milik kita jugak... kalau sewa rumah setakat 200 hinggit tak laa terasa sangat, ada lagi ke rumah sewa harga tuh eh?-,- hmm... kalau dah sampai separuh gaji nak bayar sewa rumah memang tenat arrr, bungkus kain baju balik duduk kampung lagi baik ... huahuahuaaa

Kalau asal orang senang tuh bersyukurlah banyak banyak, asal terdetik dikepala jea terus dapat *petik jari semua boleh dapat!! orang yang macam yuyu nie kena bermula dari bawah, terpaksa melalui kesusahan dulu.. tapi yuyu tak pernah menyesal lahir dalam keluarga susah sebab yuyu sentiasa menghargai setiap detik kehidupan yang yuyu lalui sehinggalah sekarang .. Alhamdulillah sekarang kami adik beradik dapat membuat mak abah tersenyum...T________T

Bila combined gaji yuyu dengan incik suami insyaAllah kami mampu miliki rumah sendiri tapi semua nya terletak atas rezeki kan, bukan kami tak berusaha cuma rezeki belum menyebelahi kami lagi.. perancangan Allah kepada hambanya adalah sebaik baik perancangan, semoga impian kami tercapai.. cepat atau lambat semua tuh tak penting, yang penting setiap urusan kehidupan kami diberkati Allah.. yuyu bersyukur sangat sangat dapat suami macam 'dia' .. *tetiba jea kan, mula laa nak merewang rewang ...-,-'




bilaa agaknya eh?? berangan sampai jatuh pokok tergolek golek dulu baru laaa dapat kot, betul tak ?? huahuahuaaa.. *_______*