30 June 2014

Pregnant ker ??

Penulis : Princes Yuyue Masa : 9:36 AM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum.....

Haihhh rasa rinduuu sangat sangat dekat blog comey yuyu nih, padahal dua hari jea tak jenguh sini macam dua bulan eh? kemain lagi kan yuyu nih ...hihihi ..korang apa kabar? sihat?sebelum tuh yuyu nak ucapkan selamat berpuasa lah ye dekat korang semua (,') ada siapa tak puasa ke hari nih, harrrr ada orang tutup muka lah .. ngeee malu laa tuh, tak apa mesti korang ada sebab kan kenapa tak puasa .. okay yuyu paham (*__*)

okay berbalik kepada tajuk entry yuyu tuh, wanita mana yang tak gembira bila tahu dirinya hamil ? seminggu kahwin kita dah mengharapkan keajaiban itu terjadi kan.. itu tak mustahil, semuanya Allah yang berkuasa. jumaat lepas yuyu bangun pagi untuk solat subuh, biasa lah kalau dah bangun tidur tuh wajib buang air kecil kan ? *opppsss agar kotor cikit !!! haaaa... bila dah siap yuyu nak flush toilet tetiba yuyu terpandang ada beberapa ketul darah .. tetiba hati terdetik *aiisshh baru seminggu last period tak kan period lagi kot, tak mungkin * pagi tuh tak citer pun dekat husben tak nak dia risau sebab husben yuyu masih tak sihat dengan penyakit dia tuh .. pergi kerja pagi tuh macam biasa, tak rasa seperti period pun .. try check lagi tengok ada darah cikit sangat, aisshh rasa stress teramat sebab lusa dah nak start puasa .. memang sedih lah !!!

Dengan harapan esok darah nih terus stop, tapi hampa sebab still ada coklat coklat gitu .. malam tuh ajak husben pergi klinik, hampa sekali lagi bila doctor situ tak boleh nak bagi keputusan penyakit yuyu tuh .. dia suruh yuyu pergi jumpa pakar sakit puan .. hmmm ...dah pergi klnik mesti dapat ubat punya, so dia bagi ubat nih dekat yuyu ..

hanya ada sebiji jea ubat nih ...-..-

Doctor tuh cakap maybe yuyu kurang makan sayur, kurang minum air .. memang pun!!! T__T yuyu dekat opis jea minum air putih bila balik rumah tak jumpa dah air putih tuh ..*_* memang badan panas panas tapi bukan demam, husben duk suruh yuyu telan ubat tapi yuyu buat buat lupa ..kikikiki.. pastu badan pun rasa macam penat jea, siap mandi mesti baring dulu sebelum pakai baju ..huhuhuhuu.. kepala pun kekadang pening. adik yuyu suruh bli pregnant test tapi yuyu gelak kuat kuat sebab yuyu tak rasa pun yuyu pregnant ..

esoknya yuyu ajak husben pergi klinik lain pulak, klinik Nora dekat Berjaya Park Bukit Rimau tuh ..kat situ biasa doctor perempuan, cuba lah dulu kot dia boleh bagi result kan .. bila nama yuyu dipanggil yuyu pun buka lah sesi bercerita dengan doctor tuh *doctor tuh nampak bosan jerr -,-' ... hahahahhaaa .. akhirnya dia minta yuyu test air kencing, hati mula berdebar debar .. auuurrmmmm .. mesti korang nak tahu result nya kan .... jeng..jeng..jeng ..                  
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sumber : cik google
korang nampak tak?? samar samar kan ... doctor tak berani cakap result yang sebetulnya .. dia kata maybe yuyu dah telan ubat kat atas tuh, sebab ubat tuh tak boleh makan untuk ibu mengandung ..sedih nya, rasa nak nangis kuat kuat depan doctor tapi yuyu tahan tahan dan tahan ..-,-

doctor suruh yuyu datang sekali lagi minggu depan untuk check result, ntah laaa yuyu tak nak berharap pun kemungkinan check sekali lagi harapan pregnant tipis kan .. tapi tak apa yuyu yakin Allah sudah rancang yang terbaik untuk yuyu .. ada tak dikalangan korang mengalami situasi macam yuyu nih?? ada tak?? boleh share dengan yuyu ...pleaseeeeee ... 


pttsss ... doakan yuyu ehh , thanks korang sudi luangkan masa baca cerita yuyu nih ...uuweee T_____T

babai ...



24 June 2014

Caramelo Almond Crunchies

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:02 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

Haii haii bersua kembali kita dalam rancangan ??? krik...krik..krikk... rancangan apa korang agak agak sesuai dengan pengacara macam yuyu nih ? hahahahaaa... sah memang tak ada orang layan pun kan .. nasib laaa, sedih ..sok..sok.. fine abaikan !!!

Pekaba semua? korang dah makan? yuyu baru lepas makan nasi ayam ada lelaki hencem belanja, hakhakhak ... lelaki tuh hencem ke? boleh laaaa *mata keatas ...(,') ..alhamdulillah kenyang sangat. korang suka buat kerja sambil krupkrap krupkrap mengunyah snack tak? jajan ke cekelat ke dan sewaktu dengan nya? mesti pebret korang kan, siapa sini suka cuba angkat kening tinggi tinggi ... wooouuuu dah macam Ziana Zain ,huahuahuaaa..okay kat sini yuyu nak suggest something dengan korang, ehem mesti korang pernah tengok dan dengar Caramelo Almond Crunchies kan ? sekarang nih femes sangat biskut kekacang nih. harrrr raya dah nak tiba apa kata korang buat kelainan sikit juadah kuih raya korang tuh .. asyik kunyah kuih sama jea setiap tahun, tak bosan ker? mesti dah naik muak kan kan .. (*___*)

mesti korang tertanya tanya mana nak dapatkan biskut nih kan? sekarang semuanya dihujung jari, kalau poket tebal tuh tekan jea button order pastu sent .. siap !!! hahahahaa... korang nak order ?boleh usha sini Caramelo .. last week diorang ada buka booth sempena Mega Bazaar dekat MAEPS Serdang . yuyu teringin sangat nak pergi sana tapi disebabkan jauh terpaksa lupakan niat suci murni tuh -,-' .. tapi kan diorang tak hampakan yuyu taw sebab diorang akan lancarkan Karnival dekat Stadium Melawati Shah Alam pada 5&6 Julai nanti .. harrr kali nie yuyu pasti kan yuyu akan pergi sana, pagi pagi lagi heret husben teman yuyu nanti. pasti!!!!

so, korang jangan lupa tau tarikh keramat tuh untuk serbuuuuu sana !!!! cuba korang tengok bawah tuh ... tak meleleh ke ayaq liuq tuh hah ... aiiishhh tak sabar nak beli biskut nih berbalang balang nanti buat stock krupkrap depan tv dengan husben..hihihi




Caramelo sihat dan sedap lagi lagi rangup giler, bila rasa satu pasti nak lagi .bila makan konpem tak boleh stop punya ..tengok tengok habis satu balang !!!!
kalau nak share dekat kawan korang sila kan, tekan button biru sebelah kanan yang dekat atas sana .. hohohoho ... 

TQ sudi jenguk blog yuyu .. mmuahh

Ooohhhh Suamiku .... :'(

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:24 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Suami siapa degil?
suami yuyu sendiri ...huuhuhuhuu.. korang ada terbaca entry yuyu yang lepas ? harrr penyakit husben yuyu belum okay lagi *lap air mata .. mmm.. merah merah dekat tapak tangan dah hilang tapi timbul pulak masalah lain, hujung jari semua 10 jari dia mengelupas .. ada sesiapa tahu tak kenapa boleh jadi macam tuh??? semalam pergi klinik, husben nak test darah tapi doc kata tak perlu sebab tak demam !!! Grrrrrrr .... dah seminggu lebih masih tak okay lagi apa kes!!!!

harrrr... husben yuyu nih degil tangan macam tuh pun still nak pergi kerja, kalau marah dia marahkan kita balik . kalau yuyu merajuk dia pulak yang touching cakap tak sayang dia .. aiihhh terasa tercabar jugak lah dengan dia nih !!! pepagi lagi yuyu dah tak ada selera nak makan bila teringat kat husben, ntah dia makan ke tidak pagi nih :'( ... lidah dia masih ada biji biji, makanan tak boleh nak mamah sepenuhnya . kalau makan pun kena telan terus ..aloorrrrr kesian sangat dekat dia ...>_<

Ya Allah, aku terima ujian Mu dalam aku meneruskan kehidupanMu, mungkin aku alpa, leka dengan nikmat dunia yang Engkau berikan sehingga Kau uji aku dengan kesihatan suami yang kurang sihat. Ya Allah, Kau maafkan aku, KAu tunjukkan aku jalan yang lurus, dan matikan dalam agamaMu..Aku berdoa semoga suami, Mohd Nazru Hisam sihat seperti sediakala dan dijauhi dari penyakit. Ya Allah Kau permudahkan urusan aku dan suamiku

p/s : hubby !!! I love you .... (-___-)

23 June 2014

DiGi mempunyai 101 LED TV untuk diberikan kepada anda !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:27 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ....

Haiii haiii sini *sambil lambai lambai ... ehem ehem korang pelanggan setia Digi tak? harrrr nie yuyu nak kasi tahu nih Digi ada berita baik untuk korang .. nah click sini Giweaway ..



cuba taw.. mana tahu rezeki korang ... Good Luck !!! (-__-)


20 June 2014

Kisah Anak Seorang Tabligh

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:47 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...



Alhamdulillah kenyang dengan rezeki hari nie, hari nih bos baik hati belanja kami . bos yuyu sememangnya murah hati, setiap kali masuk opis mesti belanja kami..rezeki -..-' semoga Allah murahkan lagi rezeki dia.amin.. senyum lebar kalau dia tahu yuyu duk puji puji dia nih, konpem gelak terlompat lompat ..hahahaa .. time duk makan makan dia ada cerita pasal kisah seorang tabligh yang meninggal beberapa tahun lepas.. so, yuyu pun tergerak hati untuk selongkar perut cik google cari kisah tuh..akhirnya jumpa jugak, cerita nya amat amat menyentuh perasaan yuyu .. Kisah Benar dari Anak Seorang Tabligh. Bacalah kisah yang dicoretkan anak si mati ini. Agar kita dapat sesuatu yang bermanfaat dari kisahnya. 
________________________
~Kisah Anak Seorang Tabligh~
Bila kisah ini menyinggah di pandangan mata yuyu ,sejenak yuyu berfikir. Sejenak itu jua yuyu pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak pasti siapakah penulis kisah ini, cerita nih yuyu kopi dan pastakan dari blog someone (*__*) dan terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.
*******************************************************************************

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.
Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.
Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.
Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.
Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.
Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.
Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.
Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.
Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.
Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.
Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.
Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.
Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.
Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.
“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.
Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.
“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.
“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.
“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.
Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.
“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”
Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.
Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.
Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."

p/s: Semoga kita merenung kisah dia atas untuk amik ibrah dari cerita tersebut,marilah kita sama2 jadikan usaha dakwah nabi sebagai maksud hidup kita.InsyaALLAH..:) 

Kuih Butir Nangka Style Kelantan

Penulis : Princes Yuyue Masa : 12:21 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

Petang semalam punya cerita, ehem semalam last yuyu puasa sebelum menyambut bulan ramadhan beberapa hari lagi kan .. tak sabar tak sabar dah macam tunggu hari hari bahagia jerr, teruja kemain lagi . korang mesti boleh agak lah kan yuyu nih puasa sunat or puasa ganti eh? alaaaa perempuan tak lari dengan semua nih, eh korang dah settle semua ke hutang yang tak terbayar tuh? siapa belum ganti puasa lagi? harrrr nak mengelak  lah tuh !!! okay bukan ini ceritanya ... fine!!!

exceli yuyu bukan gemar sangat kuih butir nangka nih *yuyu tak sure orang sini panggil kuih apa* bila makan kuih nih mesti teringat kat sikeding tuh kuih nih pebret dia, semalam kebetulan dia datang Jalan Kebun memang rezeki dia lah semalam boleh rasa kuih tuh .. terkejut giler dia rasa kuih tuh dah macam mak yuyu yang buat. terbaik!!!!katanya ..*tidur semalam senyum jea ..~_~

jom tengok resepi kuih butir nangka nih :-

Bahan A ( untuk Butir Nangka )

  • 250 gram tepung pulut *separuh plastik 
  • satu senduk tepung beras * tak letak pun tak apa
  • sedikit air
  • sedikit kapur makan *yuyu tak letak sebab tak suka
  • pewarna hijau * tak kisah laa nak letak warna apa apa pun :)
Cara membuat Butir Nangka
  1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk + tepung beras
  2. Masukkan air + pewarna hijau
  3. uli tepung sampai sebati *sambil sambil exercise tangan -..-'
  4. Gontel kecil2 macam biji nangka
  5. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan biji nangka tadi yang digontel2
  6. Bila biji nangka tadi sudah naik terapung, itu maknanya sudah masak, dan bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air paip untuk rendaman seketika.
 Bahan B ( Kuah putih )
  • santan  dari sebiji kelapa
  • 2 senduk kecil gula *yuyu letak gula melaka a.k.a nissan T__T
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan
  1. Bagi membuat  kuahnya pula  masukkan santan, garam, gula a.k.a gula melaka, masaklah sehingga mendidih dan mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  2. Apabila butir nangka dah siap masak, tapis dan buangkan air rendaman tadi dan bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
  3. Biarkan mendidih seketika.
  4. Selepas itu bolehlah dihidangkan..sangat sedap di makan masa suam2  dan letak dalam peti ais pun sedap juga..
  5. Rasa kuih ni lemak2 manis.
  6. Selamat mencuba.


psssttt : kalau tak clear apa yang yuyu bebel nih just tinggalkan komen kat bawah nih eh .. cuba taw kalau berjaya bagitahu yuyu yea .. kalau tak berjaya tuh cuba lagi ..... '__________-


sumber : cik google -..-


19 June 2014

Tudung Bawal Lebih Serasi

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:26 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

wah tajuk kemain lagi serasi bersama gituu, hihihi .. setengah orang beranggapan kalau pakai tudung bawal muka nampak macam budak, kalau tudung awning nampak tua. yeke? kalau mak mak budak nih dia lebih gemar pakai tudung awning, senang disarung katanya . yuyu salah sorang penggemar tudung bawal, sebab bila pakai tudung awning yuyu rasa macam mak nenek yang anak berderet deret 14 orang .. ehem ehem satu sebab lagi yuyu rasa macam nampak selekeh ..ehhh?? padahal pakai tudung apa pun selalu jea nampak serabai -,-'

tengok !! dia sangat cantik .. alaaa orang cantik 'pakai apa pun nampak cantik' ye tak?

kalau tengok tudung sekarang bermacam macam fesyen ada, tak semua tudung sesuai dengan kita .ada yang nampak cun bila orang pakai macam model kat atas tuh lah tapi kalau kita yang pakai macam janda dicerai laki ..hahahahaa ~_~ *tak sayang mulut betul!!!

kalau sembang pasal bawal, pelbagai fesyen bawal sekarang bukan macam bawal dulu dulu bawal plain jea. ada bawal 1,bawal 2, bawal 3, ikan bawal ...aihh ikan bawal? ada ke ...okay tipu jeaa .T__T
sekarang bawal berbagai corak, warna ceria ceria gituu menarik lagi menawan.

nih koleksi tudung aidijuma , cantik cantik kan ~_~



aishhh tuan punya ladang pun nak jugak tepek gambar dia kan, moh scrol ke bawah sikit !! sediakan baldi siap siap kot termuntah tengok awek lawa sangat :D hekhekhek
-
-
-


aihh yuyu ke nih?? apapasal bulat macam cekelat m&m ahhh ?? -______-
nih pakai selendang, kalau pakai mesti fesyen sama jea ..hahahah selalu kena kutuk dek budak laki baju purple atah tuh *dongak sikit :)


nih zaman anak dara, cantik tak?? boleh laaa .. huahuahua

now, nak belajar pakai tudung litup litup sikit . tak nak dah singkat singkat nih nanti husben tak nak puji dah .. sedihh :( .... korang rasa yuyu sesuai tak pakai tudung awning?? hmm .. adik yuyu cakap tak sesuai, kalau pakai mesti dia tarik tudung yuyu tuh kedepan katanya nampak dahi bersilau silau .. jahat kan dia, lempang kang ..>_<  aiippp tak nak lah tudung awning, kebanyakan tudung awning lawa lawa mesti singkat kan -..- ..

aihh tak kan macam gini pulak?? tergelak golek golek yuyu kalau pakai macam nih, tapi bukan sekarang lah suatu hari nanti akan pakai jugak ..InsyaAllah korang doakan ehh ?










18 June 2014

Aku Ingin Berubah ..!!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:06 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ...

Aku tahu hidup dunia cuma sementara tapi seolah olah aku hidup untuk selamanya, aku tahu segala amalan akan dihisab tapi masih kulupakan alam akhirat.. sebenarnya semua perkara kita tahu tapi kita buat seolah olah kita tak tahu :'( YaAllah sesungguhnya nak berubah itu sangat payah, apatah lagi ingin istiqamah ..aku takut aku terus lalai, terus leka dengan duniawi nih.dunia nih sungguh indah tapi aku yakin syurga itu pasti lebih indah dan kekal abadi. sesungguhnya aku tak kuat, disaat aku ingin berubah ada jea halangan dan dugaan yang datang. aku tak sanggup memikirkan azab kubur, apatah lagi menanggung azab nerakaMu ..

Aku sedar aku mudah lalai, diberi nikmat sikit aku terus lalai . zaman kecik kecik dulu setiap hari aku membaca Quran, adakah aku ikhlas membaca keranaMu atau kerana aku takut kena rotan dengan abah? masuk sekolah menengah Engkau temukan aku dengan kawan yang baik baik, alhamdulillah aku bersyukur sangat sangat. dalam masa yang sama Engkau temukan aku dengan seseorang yang bernama lelaki .. kerana dia aku lalai dalam percintaan, aku sanggup menghabiskan duit yang diberi oleh abah untuk top-up. kenapa duit tuh aku tak simpan untuk beri buku buku ilmiah? kenapa? yaa memang aku akui saat percintaan yang belum halal sungguh indah tapi tuh dulu. sekarang baru aku sedar bercinta dengan seorang suami yang halal berganda ganda indah nya..

Aku jugak sedar yang aku banyak menyakitkan hati mak abah aku, adik beradik aku .. YaAllah ampunilah dosa hambamu ini .. aku insan yang lemah ,tak sempurna tapi aku cuba untuk berubah !!! aku bersyukur kepadaMu kerana temukan jodoh awal kepadaku, walaupun jodohku tak begitu tinggi agamanya namun aku sungguh terharu kerana setiap hari dia cuba untuk memperbaiki dirinya. dia banyak memberi aku semangat untuk berubah menjadi lebih baik..




Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.. semoga engkau sentiasa membimbing hambamu ini ya Allah,, mudah-mudahan muslimah yang tidak baik ini akan menjadi muslimah yang lebih baik di mata mu Ya Allah.. Aminnn ya rabbal a'laminn..

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

Penulis : Princes Yuyue Masa : 12:24 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Haii haii warga bloggers, sihat sihat ke belaka? hari nih relax cikit sebab report bulanan untuk meeting semua dah settle, mood nak buat kerja pun down untuk hari nih sebab kepala asyik duk fikir dekat husben tersayang tuh!! sekarang musim panas kan, kepada semua kengkawan yuyu banyakkan minum air eh? nanti korang lemah dan tak bermaya pulak, kesian blog korang tak ada orang nak tolong jenguk kan .. hihihii blog jugak yang dikesiankan ..

okay berbalik kepada entry yuyu tulis tuh, aisshhh !!! korang pernah dengar tak penyakit nih kena kepada golongan dewasa?? pernah tak?? hari sabtu lepas yuyu dengan husben pergi dua tempat kenduri, makanan yang kami jamah benda yang sama jea iaitu nasi arab , jap ada tak orang yang alahan dengan nasi arab?? macam pelik jeee, setahu yuyu kebiasaan alahan nih kepada seafood jea .. tapi tak tahu laa kot ada kan. okay berbalik kepada cerita asalnya, begini *amboi melopong mulut korang nak tahu cerita seterusnya ..hahahahaa .. petang tuh husben mengadu kat yuyu yang dia sakit kepala, tak apalah yuyu tolong picit kepala dia tapi tak hilang jugak.. pastu dia bangun pergi mandi, siap solat asar dia minta dengan yuyu nak tidur . belum sempat nak tidur lagi dia rasa loya nak muntah !!! amik ko habis semua makanan yang dia makan keluar, aihhh kesian dia sejuk kaki tangan time tuh..yuyu dah blurr time tuh tak tahu nak buat apa, rasa nak nangis bila tengok husben tekan tekan kepala dia ..YaAllah !!!!

esoknya, dia cakap lidah dia macam ada bintik bintik merah pastu mulut rasa sakit sakit.. yuyu risau jugak sebab selera makan dia berkurang, mula mula tuh yuyu tak pikir apa lah sebab nampak dia okay jea . malam tuh dia tunjuk tapak tangan dia ada bintik merah merah, tanya dia gatal tak? dia kata tak gatal sangat..tak apalah yuyu tak syak apa apa lagi !!! harrrr balik kerja semalam dia tunjuk pulak tapak kaki dia merah merah, apa lagi gelabah kemain lagi yuyu time tuh .. pujuk dia pergi klinik, mula mula dia tak nak katanya tak apa kot!!! apa lagi yuyu paksa dia pergi jugak, akhirnyaaa kerana sayangkan isteri dia ikut cakap yuyu ...*yeaahhh berhasil!!!

doc bagi ubat demam, selesema, antibiotik dan ubat titik unsel .doc cakap penyakit nih dalam masa seminggu boleh hilang, tak ada pulak dia cakap penyakit nih boleh berjangkit .. berjangkit ke tak hah?? hmm... yuyu cuba goggle tentang penyakit nih, biasa penyakit nih terkena kepada kanak kanak umur bawah 10 tahun ,aiiihh kenapa husben yuyu pulak yang kena hah?? YaAllah .... sebelum nih pernah dengar penyakit nih tapi buat tak tahu jerr kan .. hukhukhuk :(

Tanda tanda :
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Hilang selera makan

risau sesangat bila berlaku macam nih.. harap harap esok lusa sembuhlah husben yuyu.. :'( korang minta doa kan kesihatan husben yuyu eh ? tak sanggup tengok dia macam tuh, kalau selera makan kurang makin sekeping lah husben yuyu :'( hmmm .... YaAllah hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan.bantulah dia dengan sebaik baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik baik kesembuhan .jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas kesalahannya.


Kenapa Perempuan Suka Merajuk ?

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:20 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Dulu sebelum kahwin, mak abah dan adik adik lah tempat yuyu merajuk. ada jea benda tak kena yang membuat kan yuyu merajuk !! tapi sekarang walaupun dah kawin yuyu still merajuk dengan adik adik yuyu terutama dengan sikeding tuh, sejak dulu sampai lah sekarang tak terkira keberapa kali dah yuyu merajuk dengan dia.asik benda sama jea yuyu merajuk dengan dia ..hehehee cian kat sikeding manis tuh kan ..huwaaaa.. kalau merajuk yuyu memang tak kan cakap dengan dia, kekadang terpandang muka dia yang hitam manis tuh rasa nak tergelak. ntah laa yuyu dengan dia cepat sangat nak terasa. maybe dia paling rapat dengan yuyu kot. harrr berbakul bakul yuyu kutuk dia kat sini kan,hahahahaa...lariiiiiiii ........

korang pernah gaduh dengan hasben tak?siapa tak pernah, sila angkat keyboard .. aihh susah yuyu nak percaya heh !! siapa yang selalu merajuk dengan hasben? harrrr ... yuyu lah!!! nampak tak yuyu siap angkat keyboard lagi nih, kalau boleh nak panjat atas kerusi kasi korang nampak ..hahahahahaa... *teruk betul perangainya T__T ... dulu sebelum kawin hasben yuyu selalu merajuk auu, yuyu tak pujuk pun ..aihh tak ada masa nak pujuk, lagi pun bukan hasben sah lagi pun *berlagak konon .. harrr tapi sekarang bila dah kawin yuyu punya merajuk lebih teruk dari orang pregnant auu .. boleh dikatakan setiap hari ..hihihihi.. kesian husben yuyu kan...dua tiga hari nih dah tak boleh nak merajuk lebih lebih husben yuyu tak sihat, mmm ... semalam pun yuyu bangun tengah tengah malam husben tak boleh tidur, badan dia gatal lebih lebih lagi dekat tapak kaki.. sambil sambil gosok, air mata yuyu mengalir deras dekat pipi gebu nih?? kenapa?? biar laaa rahsia eh ..lalalalalaaa

Persoalan kenapa perempuan suka merajuk? perempuan nih kalau merajuk memang muncung mulut nya tauuu, kalau tak pujuk lagi muncung lah mulut nya dah boleh simpul simpul buat reben ann ...-____- . perempuan nih sensitif macam yuyu lah, cepat sangat menangis .bukan menangis sebab nak meraih simpati dekat sesapa cuma nak lepas apa yang rasa terbeban dekat kepala nih biar rasa ringan dan boleh berfikiran dengan rasional. tak semua perempuan macam yuyu kan, ada perempuan yang susah sangat nak keluarkan air mata . golongan nih mesti seorang yang tabah !!!

pada yuyu lah kan, merajuk merajuk jugak tapi jangan sampai buat orang sekeliling kita meluat dengan sikap kita lebih lebih lagi husben atau bf korang tuh ..*suka laaa tuhhh ..

Perempuan bila disakiti dia tak marah tapi dia sedih dan masuk bilik menangis time macam ni dia akan cari someone untuk luahkan perasaan. Selalunya yang dicari sahabat baiknya dan lelaki. Lelaki perlu memahami keadaan ini. Melayan kerenah perempuan seperti melayan kerenah baby, manja, kadang-kadang gedik, mengada, kuat nangis dan kuat merajuk, tetapi itu comel sebenarnya.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab utamanya dia perlu perhatian lelaki agar pujuk mereka. Perempuan sentiasa inginkan perhatian daripada lelaki agar sentiasa amik berat tentang mereka. Perempuan nak lelaki sentiasa ada dengan dia sebab tu bila lelaki tak text perempuan. dia akan merajuk dan inginkan lelaki pujuk supaya tahu yang mereka sedang tertunggu-tunggu.


Kenapa perempuan suka merajuk. sebab hati perempuan ini lembut mudah terasa , sebab tu bila tersalah cakap sikit jea kadang-kadang perempuan akan terasa hati dan merajuk dan tugas lelaki nak pujuknya balik agar tidak merajuk. Sebab itu nak cakap dengan perempuan jangan tinggikan suara, nanti dia merajuk, jangan cakap bahasa yang kesat nanti dia merajuk. Cakap kata-kata yang manis itu membuat dia lebih suka.


Kenapa perempuan suka merajuk. sebab dia nak uji lelaki boleh tahan lama denggannya. Perempuan bila merajuk lelaki tak pujuk dia akan marah. Bila lelaki dah pujuk dia akan lagi merajuk. Lelaki kena anggap itu comel bukan beban. Kadang-kadang dia bukan nak uji lelaki tetapi dah itu sifatnya.


kenapa perempuan suka merajuk sebab nak manja-manja dengan lelakinya. Lelaki perlu memahami dan jangan terlalu amik sensitif tentang hal ini. Layan la dia dengan kesempatan yang ada itu dapat merapatkan lagi hubungan. Cara perempuan nak manja dengan lelaki dengan merajuknya.


Kenapa perempuan merajuk sebab dia jealous. Kadang perempuan taknak lelaki terlalu rapat dengan perempuan atau kawan perempuan lain itu boleh buat dia cemburu dan marah tiba-tiba merajuk. dan merajuk ini berpanjangan.


Kenapa perempuan suka merajuk sebab nak tunjuk kecomelannya. Perempuan memang teserlah kecomelannya time ni. dia hanya akan tunjuk kepada lelaki dia jea bukan kepada orang lain. untunglah lelaki kerana dapat tengok kecomelannya time merajuk. Pernah tengok perempuan merajuk dengan orang yang dia tak kenal. tidak pernah sesekali. Perempuan akan merajuk first reaksi mukanya lain jarang lelaki dapat tengok dan mulutnya akan muncung, selepas itu masuk bilik berguling atas katil sambil peluk bantal dan nangis. kadang-kadang menangis sampai keluar hingus. itu adalah comel, Indahnya an jika seorang lelaki dapat bergelar suami kepada isterinya.
Bukan senang nak jaga hati seorang perempuan kejap-kejap dia marah tapi dia marah tak seperti marah tapi meluahkan perasaan, kejap-kejap dia manja dan tiba-tiba dia boleh merajuk. itulah perempuan.


yeahhhh ... memang kena atas batang hidung sendiri T___T !!! untung laaaa dapat suami yang sanggup hadap mulut muncung  isteri hari hari kan... syukur alhamdulillah yuyu bertemu jodoh dengan suami yuyu sekarang .. tak pernah jemu melayan muka comel yuyu hari hari ..huahuahuaaa ...


ehem..ehem..thank buat korang yang sudi baca entry yuyu yang panjang berjeler jeler nih .. setelah panjang lebar yuyu merapu tentang perempuan nih, hari nie 4 bulan 2 minggu dan 4 hari hubungan halal yuyu dengan husben eh? cepat masa berlalu, sudah tiba masanya yuyu berundur untuk entry kali nih .. eceh eceh sambil kenyit kenyit mata !!! harrr sesuatu hubungan takan kekal kalau tidak ada keizinan daripada Allah..tapi kita perlu berdoa semoga hubungan kita kekal selamanya .




17 June 2014

Pokok Kurma Di Kota Bharu Lebat Berbuah !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 12:45 PM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum ...

Penduduk bandar Kota Bharu, Kelantan pelik apabila beberapa batang pokok buah tamar yang ditanam pihak berkuasa tempatan tujuh tahun lalu, kini lebat berbuah . yuyu turut serta dalam senarai penduduk Kota Bharu tuh -,-' masih tak percaya yang negeri yuyu ada buah tamar, aiishhh mula mula tuh memang tak percaya bila tengok isu nie dalam pesbok.. iyaa laa pesbok nih bukan boleh percaya sangat, banyak jea manusia nih suka mereka reka cerita pastuh suka edit edit gambar kan ..hmmm .. semalam berita tv3 mengumumkan kesahihan cerita nih, waaaa.. bangga betul jadi anak kelate nih !!! kemungkinan buah nih akan masak sepenuhnya pertengahan ramadhan, auuuuu penduduk boleh amik free jea buah tuh kalau dah masak. best laa penduduk dekat situ dapat merasakan buah fresh dari ladang kan.. hmmm..nampak gaya nya tak dapat lah yuyu nak merasa buah tamar tuh.yuyu punya kampung Tanah Merah, belum sampai sana buah dah habis kot ..:(

menurut cerita, pokok nih ditanam sebagai pokok hiasan jea untuk mengindahkan lagi bandar tuh sejajar dengan gelaran Kota Bharu sebagai bandar serambi Mekah .. sekarang nih pihak berkuasa melarang menyolok buah tuh, kalau teringin sangat nak merasa macam mana rasa buah tuh boleh amik yang jatuh jatuh jea ..hihihi .. jangan lah yuyu mengindam nak makan buah tamar nih pulak, cenuh laaa hasben nak pergi cari dekat Kota Bharu tuh .. kalau mengidam nya bulan depan okay lagi, buat nya tahun depan macam mana?? harrrr ... mintak jauh laa ehh .. *malu sambil tutup muka -_-'

Lokasi pokok tamar nih di Bulatan Jam Besar Kota Bharu, dekat dengan Muzium Negeri . Lebih kurang 30 batang pokok tamar ditanam tapi yang berbuah hanya lebih kurang 10 batang kot .. semua nih sumber dari cik google lah, tuan punya ladang nih belum pergi tengok real lagi tapi membebel dah macam dia sendiri pergi buat lawatan kan..kan..*mesti korang cakap camtuh kan?? harrrr ... tutup mulut sekarang!!! T_T .. hebat sungguh kuasa Allah, tak ada yang mustahil dengan kuasa dan izin Allah s.w.t .. Kun Fayakun

Uiiittt... siapa teman teman yuyu ada yang duduk dekat dengan tempat nih?? ce hello hello cikit gak, hihihiii .. ...nanti buah tuh dah ranum post sini cikit ehh ... boleh laa..boleh laa *merayu rayu sambil hentak hentak kaki..hekhekhek .. .








harrrr disebabkan tuan punya ladang nih belum datang sini, so gambar yang cantik lagi clear nih yuyu curik dekat blog someone tuh .. ooopssss sori yer sis yuyu kopi dan pasta kan gambar sis ke blog yuyu .. harap sis tak marah ehh?? sekali lagi yuyu mohon maaf !!!! hihihii tahu takut kan .. T_______T

Yeeeahhhh ... Akhirnya !!!!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:18 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

yeeaaahhhh ... dah lama yuyu cuba mencari sesuatu yang entah menyepi atau menyorok kat celah mana di dalam kelompok bunga bunga yang sentiasa segar dekat blog yuyu yang comei lotey nih !! huaaaa muntah warna warni tak?? hihihi.. exceli yuyu hampir berputus asa dengan semua nih, dalam kehidupan yuyu bukanlah terlalu banyak kegembiraannya kerana adakala duka selalu terjah dalam kehidupan seharian yuyu. tapi yuyu tetap bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan menjadi yuyu .. Shahidayu Binti Mat Ghani ..satu satunya nama yang siberikan oleh abah yuyu sejak yuyu dilahirkan, satu nama yang jarang sekali kedengaran .. huwaaaaa ayat skema !!! apa yuyu merepek nih?? okay bukan cerita nih yang yuyu nak share dengan korang hari nih, okay stop!!!

Dulu mood nak blogging semakin menurun walaupun ada jea entry yang yuyu post setiap minggu, disebabkan kebijaksanaan yuyu selongkar kod kod dalam template ntah pape tuh !! apa dah jadi?harrr kotak komen yuyu hilang ntah kemana, adoiii time tuh terasa nak ketuk jer keyboard nih kuat kuat ..hmmm .. sebelum nak ketuk pikir sejuta kali sebab keyboard nih bukan aku yang punya!!!!hahahahaaa...
tetiba datang seorang penyelamat memberi bantuan kepada yuyu, akhirnya blog yuyu kembali meriah seperti korang .. *tetiba masuk lif tekan sendiri .. yuyu nak beterima kasih dekat budak comey tuh sebab tolong yuyu !!! peeppss ...

ingatkan dah tak ada problem, aiishhh tetiba ada lagi problem dengan komen nih !! kenapa pulak? komen yuyu tak boleh buka, jenuh yuyu godek godek sampai juling mata nasib tak keluar biji mata nih auu *kesian untuk diri sendiri .. tanpa segan silu yuyu terjah pesbok budak tecik tuh tanya masalah yang besar bagi yuyu.. harrr kesian budak tecik tuh asyik kena ganggu dengan yuyu jer, mesti dia stress kan ? hmmm...sok..sok..sok.. :'( dia cuba untuk tolong yuyu tapi tak selesai jugak masalah tuh !! pape pom yuyu nak berterima kasih banyak banyak dekat ecah sebab tolong yuyu, nanti raya kak ayu belanja biskut raya ehh..sila datang rumah akak eh ..-,-' ..

harrrr... tetiba hari nih yuyu tergerak hati nak godek godek dekat setting, apa yang yuyu dapat??? oiiiiii oiiiiii korang yuyu berjaya !!!!!! akhirnyaaaaaaaaaaaaaa komen yuyu dah boleh buka .......................... nak jea peluk keyboard nih sekarang.  !!! huahuahuahuaaa ...suka suka suka ..

babai korang ... muuahh

15 June 2014

Selamat Hari Bapa Pada Abahku Yang Hencem !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 9:57 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ...

selamat hari bapa terutama sekali untuk abah yuyu yang tercinta ...
Mat Ghani B.Yajid..
55 tahun, masih muda ...hehe
25 tahun abah jaga, didik yuyu .. nih tahun pertama yuyu hidup berumahtangga ..
tapi yuyu masih perlukan abah, abah sentiasa menjadi hero dalam hidup yuyu !!!
tak ada sesiapa boleh menggantikan tempat abah yuyu didunia nih ..


yuyu masih ingat dulu masa mula mula masuk sekolah, pagi pagi lagi yuyu bersiap nak ke sekolah. lepas tuh sarapan pagi sama sama dengan abah yuyu, mak yuyu, lepas sarapan abah hantar yuyu pergi sekolah naik motor. macam tuh lah tiap tiap hari berlaku dalam hidup yuyu sampai lah yuyu berani sikit pergi sekolah dengan basikal.

Abah baik, adakalanya abah naik angin dan marah marah. semua adik adik yuyu jadi takut, lebih lebih lagi yuyu sebab yuyu jenis tak boleh kena marah. cepat jea air mata nih keluar !!! tapi seingat yuyu, abah tak pernah bagi penampar dekat anak anak dia apa tah lagi nak pukul bagai selagi kami tak melakukan benda yang boleh memalukan abah.abah memang tegas mendidik anak anak. yuyu sayang abah sangat sangat !!! love you abah ..mmuuaahhh

10 June 2014

Permainan Kanak - Kanak Hampir Dilupakan

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:27 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Haaaa.... kali nie yuyu nak citer pasal permainan pulak, tadi pasal gula gula kan .. permainan kanak kanak siapa? korang dengan yuyu laa..eh? masihkan korang ingat permainan korang dulu dulu? hmm.. mesti tak lupa kan, permainan yang paling best dalam hidup, sumpah!!! permainan yang paling menyeronokkan. tapi yuyu tengok budak budak sekarang asyik duk mengadap laptop main game, bayangkan budak 3tahun tahu apa itu internet!!! aduhhh rosak rosak .. hmmm.. tak kira siang tak kira malam asyik dengan laptop, tak laptop i-pad, tak i-pad i-phone .. contoh terdekat anak buah yuyu lah, asal pergi jumpa dia mesti minta henfon pak Udaa dia nak main game, bukan ajak kami nih main sorok sorok ke, tepuk amai amai ke .. kikikikiki ... kalau zaman kita kita dulu suka tahap nak terjun bangunan bila tiba cuti sekolah kan, bukan apa nak habiskan masa cuti tuh dekat padang, sungai, hutan bagai tapi sekarang?? tak payah yuyu nak huraikan, korang pun dah tahu kan .

jom kita imbau kembali kenangan lalu sama sama ............

ini namanya main tutup botol, tutup botol nih kalau nak main perlu ada lima sahaja. banyak step korang kena ikut dalam permainan ini, dulu dulu yuyu main benda nih tak pernah menang !! asyik kena tinggal jerr, merajuk sampai ambik buang tutup botol tuh biar semua kalah ..hihihihi *tipu jeee * sekarang kalau nak main susah dah nak jumpa tutup botol camni ...


permainan nih yuyu suka orang kampung yuyu panggil main 'pekong tin' paham tak? hihihi nama cantik cikit 'baling tin' laaa..  dalam game nih kena main secara beramai ramai best!! kena baling kasi tin susu tuh semua jatuh .. ingat lagi tin tinggal satu agak susah nak kena ,hikhikhik

baling selipar ,hahahahaa selalu sorok selipar takut jadi mangsa baling baling nanti. tak pasal pasal seminggu beli dah putus, naya kena piat dek abah yuyu nanti wehh .. uiishhh seronok nya zaman kanak kanak dulu!!! rinduuuuu sesangat .. sok..sok..sok


harrr nih main huruf, gambar kopi n pasta dalam cik google arr siapa punya tulisan lah nih dah macam budak tadika !!!hahahahaa.. korang pernah main tak? buku kakak jadi mangsa kalau nak main benda nih, hihihi.. koyak page tengah tengah baru dia tak tahu kan *jahat sungguh * jenuh nak pikir haiwan dengan negeri kalau tiba huruf 'W' ngeee ... 

nih permainan yang paling suka bagi kaun hawa, siapa suka main? angkat keyboard cepat!!! hahahahaa .. dulu dulu yuyu tak mampu nak beli barbie doll macam budak zaman sekarang, nih jea mampu .. sepapan tuh tak silap yuyu 20 sen kot, main sampai tercabut kepala .-_-' cantik cantik baju patung tuh!! agak agak sekarang masih ada tak? kalau ada yuyu nak beli lah, buat koleksi .. (,')

dulu nak main congkak guna papan memang tak dapat lah, so disebabkan teringin sangat nak main congkak yuyu dengan adik korek lah tanah kat bawah rumah tu untuk dijadikan congkak, buah pakai guli ker?? aihh banyak duit nak beli, apa lagi pagi pagi ikut abah pergi kebun getah kutip buah getah jadikan buah congkak tuh ..alahaiii sadis tak kehidupan yuyu zaman kanak kanak dulu??? uuwaaaaa ... harr kuku time nih boleh tengok lah hitam macam apa!!! hehehehee... aishh tak pikir dah semua tuh, apa yang penting kami seronok!!! ^^ hihi


eh eh exceli banyak lagi yuyu nak cerita permainan zaman kanak kanak dulu macam main sorok sorok, main lompat getah, main kawin kawin, main masak masak pakai tempurung tapi kalau nak cerita semua memang tak habis laa, yuyu rasa cukup kot setakat nih je dulu korang pun dah malas nak scrol mouse tuh kan .. -..-' amacam korang masih ingat permainan nie semua? kan best kalau dapat main lagi permainan tuh semua, agak agak orang kata buang tebiat tak eh?? huhuhu ..

babai ...

Gula - Gula dan Zaman Kanak - Kanak

Penulis : Princes Yuyue Masa : 2:05 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Hello ... haiii .. selamat tengah hari semua.. sebelum yuyu membebel lebih panjang lagi yuyu nak tanya korang masih ingat tak gula gula pebret korang zaman kanak kanak dulu dulu? harrr mesti korang tetiba terasa rindu kan, terasa nak makan gula gula tuh .. siapa rasa macam tuh, angkat tangan!!!

meh sini... korang tahu ini gula gula apa namanya? siapa yang hantu gula gula mesti tahu .. nih laa gula gula udang .. yuyu suka taw gula gula nih, siapa suka ketuk kepala cepat!!!! hahaha okay kita geng .. yang specialnya gula gula nih bukan kat dalam jer boleh makan, dia punya plastik yang balut gula gula tuh pun boleh makan alaaa plastik yang kaler putih tuh laaa .. baik mengaku korang makan plastik putih tuh kan? -,-"



peeppss ... harrr nie gula gula apa ntah namanya, yuyu tak tahu .dulu dulu panggil gula gula ada batang yang petak, dulu nak habiskan satu tuh pun lama kemain lagi tapi kalau sekarang dua kali gigit buang terus batangnya ..huahuahuaa.. plastik dia cantik, sayang nak buang.. sambil hisap gula gula sambil pegang plastik, bila dah habis gula gula baru buang plastik ..weeee sampai sekarang yuyu cari gula gula nih tak jumpa, plan nak buat doorgift time kahwin dulu .. >____< sedappp rasa susu+milo ..uupphhhpp



paappp ... ahh nie pulak Asam Haw Flakes atau nama lebih unik gula gula duit hihihihi sebab  dia bentuk macam syiling kan.. siapa suka asam nih? korang suka ehh, yuyu tak suka kalau makan sekeping dua tuh boleh laa kalau nak habiskan memang tak dapat, ntah tak tahu kenapa !!! dulu harga satu seposen jea, sekarang masih ada ker gula gula nih hah? emmm...ada kot maybe yuyu jea tak perasan




taraa ..gula kat bawah nih yuyu suka belikan untuk adik yuyu. dia suka makan rasa susu !! harrr yuyu panggil dia gula gula susu, exceli gula nih banyak perisa tapi setiap perisa mesti ada rasa susu tuh .. rasa dia tak manis sangat pun, sesuai untuk atok yang tak dak gigi tuh ...kekekekee




ehh.. sweet tak packing bubble gum tuh? sweet kan... rasa nya lagiii sweett !!! korang pernah makan? tipu laa kalau tak pernah makan. gula gula getah nih banyak perisa auu, febret yuyu grape dengan straberi ..weee




nie namanya gula gula hudson, dulu time sekolah menengah suka giler gula gula nih. tiap tiap hari beli buat stock time masuk kelas, kononnya tak nak bagi mengantuk lah time belajar !!! hauahauaa ..yuyu peminat warna merah sebab sambil sambil makan main kat bibir biar kasi nampak merah gituuu .. hahahahaa perempuan gedik memang gitu!!! -..- nak pergi sekolah pakai gincu nanti kena tahan kat cikgu disiplin, so makan lah gula nih .. T___T



harrrr bila ingat balik, terasa nak kembali zaman kanak kanak tuu.. sentiasa hepii selalu dapat makan gula gula, biasalah kan korang pun ada rasa rindu pada zaman makan gula gula banyak banyak !!! manis manisss gitu, pastu masuk sekolah gigi dah rongak !!! hahahahaa ..tapi tak mungkin lah, zaman kanak kanak sentiasa gembira, serius yuyu cakap best!! hmm.. korang macam mana ada gula gula febret zaman kanak kanak dulu tak?? share laa nga yuyu.. ^^ hihihihi .. okay jaga diri baik baik !! k bai




09 June 2014

Rezeki Allah Itu Luas ..

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:36 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal. 

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan. 

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada orang tua. 

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka. 

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa, bertawakal. Hanya Dia Allah Yang Maha Adil... ^_^ Syukur, sabar, usaha, doa... ^_^ "Count your blessings, not your missfortune!!!"

Bersyukurlah dengan setiap rezeki Allah.. walaupun masih ada rezeki yang kita harapkan belum menjadi milik kita, tapi jangan pernah kita persoalkan kenapa perkara tersebut berlaku.. rezeki itu daripada Allah.. kalau rezeki itu memang milik kita, pasti ia akan menjadi milik kita.. cepat atau lambat semuanya ketentuan daripada Allah..
 
Semoga kita semua akan lebih bersyukur di atas segala apa yang kita miliki.. Syukur Alhamdulillah....

salam sayang dari yuyu -..-






























06 June 2014

Kenapa Aku Takut Kucing ?

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:49 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ...

Kucing ohh kucing....kenapa lah aku takut sangat dengan kucing hah? padahal kucing tuh bukannya harimau ke singa ke yang boleh makan manusia tapi yuyu tetap takut kucing!! yuyu memang takut kucing, tak bermakna yuyu benci kucing, mesti ada orang kata buat apa takut kucing ? pelik !!! kalau orang tak kenal yuyu mesti menyampah kalau tengok yuyu lari nampak kucing, lagi lagi time kat kedai makan .. aiishh kalau kat situ ada kucing jenis nak sangat bermanja dengan yuyu konfem yuyu rela tak makan daripada terus bertepek kat situ!!! kekadang tuh incik hubby marah marah yuyu sebab ikutkan sangat perasaan takut tuh, ehh ehh ehh dia ingat yuyu nak sangat ker takut macam nih?? harrrr tolong lah paham >..<

Kenapalah ketakutan pada kucing nih melampau arr, apa lagi yuyu cuba google .. harrr?? takut kucing adalah satu penyakit?? penyakit yang diberi nama Ailurophobia. ada orang takut kucing disebabkan kisah kisah lampau mungkin pernah kena cakar maut sejuta kali dengan sicomey tuh, mungkin geli dengan bulunya tapi,bagi diri yuyu nih semua tuh tak ada dalam senarai hidup yuyu pun !!! yuyu tak tahu kenapa yuyu takut kucing, bila bertentangan mata dengan sicomey nih memang yaa yuyu jadi takut .. why?? why?? harrrr yuyu merasakan seperti sicomey tuh nak terkam yuyu jerr ... hukhuhkuhk ... aiishh mesti korang gelak besar kan?? lempang kang ..

Heran, kenapa kucing suka sangat dekat dengan orang yang takut dekat dia hah? yuyu cuba cari kepastian, jumpa satu pages tuh bagitahu :
"Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya."
kalau pergi rumah siapa siapa yang ada kucing, mungkin untuk kedua kalinya yuyu tak akan pergi dah .. dasyat betul kan, hahahahaa.. ramai orang tanya yuyu kenapa takut kucing??macam yuyu cakap lah yuyu tak tahu, bila tengok kucing yuyu rasa macam tak selesa. rasa macam harimau tenung lagi rela dari kucing yang tenung yuyu ..hahahahaa ..seram betul!!! lagipun yuyu tak pernah pegang langsung kucing ..
bukan yuyu sorang jer takut kucing, semua adik beradik perempuan yuyu takut kucing.. pelik kan?? memang kami tak tahu kenapa!!! 
yuyu dah lama cuba tapi tak boleh jugak, ermmm sedih taw korang doa lah yuyu tak takut kucing dah pasni ehh :')
psstt : yuyu bukan benci kucing atau tak suka kucing, just takut jerr :'(

nasib titew selalu ada penyelamat ketika sicomey nak terkam titew auu ..hihihihi

haaarrrr... jangan pelik kalau yuyu selalu mengalami situasi ini .. hukhukhuk ..sedih ;'(

babai ..mmuahh