08 May 2014

Detik Malam 31.01.2014

Penulis : Princes Yuyue Masa : 1:00 AM Comments : Labels :
Assalamualaikum ....

Memori nie sudah berlalu lebih kurang tiga bulan yang lepas, yuyu pun ingat ingat lupa dah sebelum yuyu lupa ingatan baik yuyu tulis dalam diari kesayangan yuyu nih..hewww..majlis akad nikah yuyu dengan incik suami pada 31.01.2014 bersamaan 29 Rabiulawal, sebenarnya dah boleh dikira 1 Rabiulakhir dah sebab berlangsung nya selepas maghrib, akad nya selepas isyak .. yang berlangsung di rumah yuyu sendiri -,-'

Hati yuyu time nie bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan, kehibaan..terlalu sukar untuk yuyu gambarkan perasaan yuyu saat itu, adik, kakak dan kakak ipar sentiasa berada disamping yuyu.. mak dengan saudara mara sibuk didapur, abah pulak masih sibuk dengan urusan dengan tok imam.

Malam ini adalah malam yang amat bermakna dalam hidup yuyu, yuyu akan diijab kabul dengan seorang lelaki yang pernah menaburi janji untuk mengambil yuyu sebagai permaisuri hidup nya *tetiba nak nangis :') .. semoga dengan pilihan yuyu nie beserta dengan rahmat Tuhan akan berkekalan hingga kesyurga..amin..

Akhirnya pihak lelaki tiba di rumah yuyu, bakal suami yuyu kelihatan tenang mengadap tok kadi disebelah tok kadi adanya abah yuyu bapa mertuanya.. mereka berkata sesuatu yang yuyu tidak dapat dengar jelas sebab time tuh yuyu still berada di dalam bilik, kelihatan beberapa orang mengangguk angguk.kemudian mengangkat tangan mengaminkan doa begitu juga dengan yuyu, time tuh adik bongsu yuyu yang menjadi peneman yuyu..yuee dah sah jadi isteri!!bisik adik yuyu sewaktu yuyu menadah tangan, YaAllah time tuh tetiba air mata yuyu mula menitis jatuh keriba. dalam kegembiraan ada terselit kehibaan, keluarga yuyu sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suami yuyu sekarang..

Tetiba abah datang memanggil yuyu untuk keluar, time tuh yuyu rasa nak nangis guling guling bila tengok muka abah yang begitu tenang waktu itu...sayang...panggil suami yuyu sambil dia memakai kan yuyu seutas rantai, yuyu berkata di dalam hati b... sayang serahkan diri sayang dan seluruh kehidupan sayang kepada b..sayang berharap b dapat menerima sayang seadanya..

Majlis akad nikah tuh kami sekeluarga buat sederhana jea, jamu untuk pihak lelaki, untuk orang solat hajat pastu jiran jiran terdekat jea..yuyu dipanggil untuk makan sekali dengan suami time tuh tengok lauk dah macam tengok lempeng jea tak rasa langsung nak makan..heheheee.. perasaan masih tak keruan, perasaan yang bercampur aduk.. yuyu tengok muka suami, dia pun tengok yuyu.. aiiishhh rasa nak lempang jea muka dia bila dia buat muka seposen tuh!!! *_*

Sudah nya majlis makan makan, diorang terus gerak nak balik.. time nak salam dengan suami rasa sangat janggal tambah pulak semua orang sekeliling memerhati kami *malu level lima dahh.. ok dah selesai untuk majlis malam itu..syukur sesangat semua berjalan dengan lancar ..yuhuuuu ...waaaaa air mata nie rasa nak meleleh jea macam chocolate moist bila terkenangkan suami *memang gatai kan...

YaAllah ! Bahagiakanlah hidup kami.Kurniakanlah kami zuriat zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.Doaku perlahan.

Aku sudah bergelar seorang isteri, sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan keluarga yang aku dan suamiku bina nanti..Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?? Engkau permudahkanlah urusan kami YaAllah ... :')

wasalam ... :)