09 May 2014

Semua Orang Boleh Berubah .....

Penulis : Unknown Masa : 12:00 PM Comments : Labels :
Assalamualaikum...

Manusia berubah kita boleh terima kan, kawan berubah pun boleh diterima lagi tapi kalau kawan baik yang berubah yuyu tak boleh terima. orang yang kita kenal dan rapat dengan kita selepas keluarganya boleh berubah macam tuh jea,kawan yang sentiasa berada disisi selama nie boleh sisihkan kita tanpa kita sedari kan...yuyu ramai kawan tapi yang rapat tak ramai sebab yuyu tak suka berkawan dalam kelompok yang besar, yuyu lebih selesa berkawan dalam kelompok yang kecil jerrrr..so kawan yuyu beberapa orang nie adalah kawan rapat dan kawan yang yuyu amat hargai..bukan yuyu jenis memilih kawan, TAK sama sekali, buat apa kalau ramai pun tapi kita tak selesa. betul tak?? biarlah dua tiga orang pun asalkan ada tempat yuyu luah perasaan dan menumpang bahu untuk menangis..

Tapi rasa macam sedih bila orang yang selalu bersama kita berubah, mula sisihkan kita..dulu semua tentang dia kita tahu sekarang?? banyak benda kita tak tahu... iye memang yuyu dah kawin tapi tak bermakna kita tak boleh nak story macam dulu dulu kan??*rasa nak nangis tepi lif rumah sikeding jerr .. sedih sangat.. sikeding (adik yuyu) dia memang best frenz yuyu hingga keakhir hayat yuyu...tapi dia pun dah mula sisihkan kan yuyu, dia kata yuyu dah ada 'teman' tak hiraukan dia dah...sampai hati dia cakap camtu kan, aiiishhh dah laaa sedih kawan baik sisihkan kita nie dia pulak cakap camtu... uuuwaaaaa ....

Ntah .. rasa macam malas nak cerita panjang panjang, biar lah kalau itu yang membuatkan kawan kita tuh bahagia.kita doakan yang terbaik jerr untuk dia..dengan siapa dia nak kawan, dengan siapa dia nak kawin itu hak dia kan, kita nie kawan dia jerr ..ada kita atau tak ada mungkin dia pun tak kisah kan ..eh??tapi kita tak nak kan benda tuh berlaku...hmmm

Untuk yang ada kawan baik tuh, jagalah persahabatan itu. belajarlah menghargai selagi masih ada. serius wehh tuan punya belog nih rasa sangat sangat sedih ...uuuwaaaaa ...

ok laaa babai, korang sentiasa kawan yuyu ..mmuahh

Daisypath Anniversary tickers