28 December 2015

Maksimakan Cuti Anda Tahun 2016

Penulis : Unknown Masa : 2:39 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum...

Lagi 3hari kita nak meninggalkan tahun 2015 kan, aiisshh cepat sungguh laa masa berlalu pergi, bila fikir perasaan takut makin menebal ..cukup ke bekalan kita untuk mengadap pencipta satu hari nanti. YaAllah !!!! *pejam mata

Tahun ini banyak kenangan yuyu, tahun ini jugak lah banyak perubahan dalam kehidupan yuyu ..yeahhh tahun ini yuyu dapat berita sungguh gembira iaitu 'hamil' dan tahun ini jugak yuyu peluk dan cium bau syurga 'anak' ..Allahuakbar indah sungguh anugerah Dia bagi pada yuyu..Alhamdulillah *mata masuk habuk, sob..sob..

Ehhh..ehh..lari tajuk lah pulak !! okay tak nak sedih sedih, jom kita planing untuk bersama keluarga kita.. balik kampung jumpa mak ayah kita bagi yang duduk berjauhan dengan mak ayah laa yerrr . bagi yang nak pergi holiday pun mesti ada planing kan ..harrr yang nak kahwin lagi laaaa, kena amik cuti banyak so kita kena planing awal awal bagi mengelakkan kes potong gaji..hahahahaa *_* ohhyeahhh

17 December 2015

Pengalaman Bersalin Part 2

Penulis : Unknown Masa : 11:22 AM Comments : 2 Labels :
bersambung......

Okay bagi yang tak tahu pape pasal cerita yuyu nih korang boleh baca entry lepas part 1 bagi yang sudi jer, tak paksa pun ..huahauaa

Bukan mak jer yuyu call masa tuh, kakak, kakak ipar, kawan lama semua yuyu call tanya pendapat diorang mana tahu diorang pernah alami situasi seperti yuyu kan.. masa tuh memang tak rasa sakit langsung, cuma rasa panik jer ..Dalam situasi ketika tuh yuyu terpikir sekejap 'boleh ke solat bila keluar darah tanda nak bersalin secuit tuh' .. fikir logik laa kan, mesti tak boleh sebab tuh macam darah kotor ..okay yuyu tak solat subuh

Nak tanya korang, sebenarnya boleh solat ke tak ehh -_- *konpius

Termenung .. nak pergi kerja ke tidak, henfon dekat tangan dah taiping mesej dekat bos nak bagitahu yuyu MC tetiba yuyu delete balik mesej tuh .hati nih rasa nak pergi kerja kalau jadi apa apa ramai opismate boleh tolong ..husben terpaksa masuk kerja sebab tak boleh nak ambil cuti lagipun yuyu sihat lagi waktu tuh, suruh jer husben pergi kerja !!! dalam hati tak henti henti berdoa semoga semua nya dipermudahkan

Pukul 8.30am masuk kerja, okay lagi siap makan nasi berlauk habis sebungkus + air milo panas . pukul 9.30 am haiiihh perut dah rasa lain macam oiiii, rasa sakit datang tetiba, kejap jer dalam 5saat lepas tuh okay .. setiap setengah jam sakit tuh menyerang lagi..haaaaa konpem dah start contraction nih..jantung dah duupp dapp duuppp dappp .. ntah kenapa yuyu time tuh relax jerrr, tenang jerrr .. yang panik masa tuh adik beradik yuyu, paksa yuyu suruh pergi hospital tapi yuyu berkeras taknak pergi *degil sangatttttt

Sampai laaa jam 12pm yuyu relax jer duduk termenung depan pc dalam opis, hahahahaaa .. last sekali rasa macam nak beranak hari nih jer baru laaa cepat cepat call husben minta balik bawa yuyu pergi klinik, degil lagi tak nak pergi hospital ..nak jugak cek bukaan dekat klinik ..kuat tak yuyu ??? *_*

Alamak klinik tutup pulak, pukul 2pm baru buka sebab waktu rehat kan .. sempat lagi ajak husben pergi makan, makan nasi +ayam goreng+ sayur haaaa habis sepinggan dengan sakit sakit pun...wahahahahaa..tunggu punya tunggu pukul 2pm, siap letak ic semua doktor panggil

Doc : iyaaa kenapa? nak scan ke?
Yuyu : tak doc, nak cek bukaan sebab perut dah rasa macam contraction
Doc : Bila due sebenarnya?
Yuyu : 25/09/2015
Doc : lagi seminggu, okay saya cek dulu ..ehhh dah 3cm laa, dah boleh pergi hospital nih..kalau saya 3cm dah pecahkan air ketuban tuh
Yuyu : haarrrrr .. sempat tak saya nak balik kampung? *Kelantan
Doc : aaiishhh tak sempat dah tuh, kalau setakat 2jam 3jam perjalanan okay laa ..saya rasa awak akan bersalin malam nanti
Yuyu : hmmm .. okay laa *muka sedih terpaksa bersalin dekat sini

Balik rumah, bukan terus pergi hospital ..hahahhaaa *yuyu memang degil kan .. minta MC dan rehat dekat rumah, basuh kain, jemur kain, kemas rumah .. YaAllah yuyu rasa kuat sangat masa tuh .. yuyu cuba minum air kelapa lagi rasa kuat contraction, tapi yuyu boleh tahan lagi .. *nak nangis

Ada hati nak pergi hospital lepas maghrib, lepas mandi dalam pukul 6pm makin kuat contraction dah tak boleh tahan dah setiap 10minit menyerang ..siap siap barang yang perlu terus gerak pergi Hospital Klang, nak call mak rasa dah tak boleh nak cakap dah mesej jer bagitahu baru nak pergi hospital minta mak doa semoga dipermudahkan, mesej kawan kawan minta maaf suruh diorang doakan yuyu ..alahaiiii sebak masa tuh

Pettttttt ....sampai hospital, terus masuk bilik kecemasan yuyu jalan dengan lenggang lenggok lagi masa tuh, macam orang tak sakit jer ..hahahaa..pinpim tangan husben, gengam kuat kuat .Allah sebak rasa bila tengok muka husben*lap air mata

Bermulaaa laaa kisah yuyu saat saat nak melahirkan ............jeng..jeng... nanti yuyu sambung next entry ye !!

peace yooo *_*


01 December 2015

Let Go Breast Pump Electrik

Penulis : Unknown Masa : 3:42 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ..


Sebab nak let go sudah ada yang lain, yuyu guna 2,3 kali jer pump nih .. dia boleh guna dengan dua cara iaitu dengan electrik atau pakai bateri .. ada yang berminat tak ? boleh tinggal komen atau terus whattsap yuyu 013.325.7807

Yuyu bagi harga kasih sayang okey !! *_*



Pengalaman Bersalin Part 1

Penulis : Unknown Masa : 2:50 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ..

Alhamdulillah yuyu dah selamat melahirkan anak syurga, rasa macam nak cerita pengalaman tuh dekat sini tak kisah laa ada orang baca ke tak ..hukhuk .exceli yuyu tak ada idea nak karang cerita nih, hmmm

Dalam menghitung detik detik nak melahirkan anak syurga hati dan perasaan yuyu sangat sangat berdebar, macam macam perasaan ada takut, tak sabar semua lah .makin dekat due date makin tak keruan, setiap saat berdoa semoga Allah permudahkan urusan yuyu nanti pastuh hari hari minta husben belikan air kelapa macam dah gian sangat tauu .. cerita pasal air kelapa macam teringin pulak, aihhh tak boleh masih dalam pantang !! hahahaaa

Check up sebelum balik kampung pada 07.09.2015 alhamdulillah lega rasa dah tak perlu pergi check up tak perlu nak tunggu lelama, sepatutnya kena pergi lagi 21.09.2015 disebabkan tarikh tuh yuyu dah balik kampung so follow up jer klinik desa kat kampung, fuhhh lega .

Hati nih tetiba rasa macam nak bersalin dekat Selangor jer, berat hati nak balik kampung bagitahu husben yuyu nak bersalin dekat sini, husben tak bagi sebab susah nanti siapa nak tolong jaga dekat hospital lagipun kalau bersalin dekat sini yuyu mesti akan ke Hospital Klang ..kami tak tahu macam mana prosedur hospital tuh boleh ke teman waktu malam, kalau dekat kampung confirm confirm boleh ada peneman waktu malam yang penting 'perempuan' laa ..dan hospital Klang suami tak boleh masuk masa kita nak terberanak tuh .. hmmmm

So, amik keputusan balik kampung jugak laaa seminggu awal ... sempat ke yuyu balik kampung?? hahahaaa..cuba teka..cuba teka..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Main teka teka pulak, hahahaaa..okay sambung, ajak husben balik kampung cuti Hari Malaysia tuh tapi tak boleh sebab husben dah apply cuti 19.09.2015, hmmmm terpaksa laa akur itu semua keputusan yuyu jugak sebelum nih ..

Bangun pagi 17.09.2015 nak solat subuh, tengok tengok ada secalit darah dekat seluar kecik yuyu ..tetttttttt ..hahahahaaa apa reaksi yuyu?? dah laaa tak tahu apa apa, masa tuh memang takut gila laaa terus bagitahu husben ..dia relaks jer, yang yuyu nih tak keruan dah takut kan .. ambik henfon cari cari no phone siapa ntah, yuyu sendiri pun tak tahu nak call siapa sebenarnya ..

husben : cuba call mak, tanya macam mana
yuyu : alaaaaa nanti mak risau pulak, dah laaa jauh nih
husben : cuba call kak ida (kakak yuyu)
yuyu : hmmm tanya dia pun mesti tak tahu sebab dia tak rasa apa apa pun masa nak bersalin dulu ..hahaha
husben : cuba call kak ngah (kak ipar yuyu)
yuyu : hmmm....
husben : jom b bawa pergi hospital
yuyu : harrrrr tak nak !!!!!! okay okay call mak ...

Bengang tak ?? hahahhaaaa..disebabkan tak keruan macam tuh laa rupanya mek yuyu nih ... tak boleh buat keputusan @_@

Selepas ituuuu apa yang jadi??? Bersambung ............................... 

First Day

Penulis : Unknown Masa : 9:14 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ..
Aiishhhh banyak gila sawang sawang yang tak di undang dekat blog nih, macam macam binatang ada bersarang dekat bumbung blog yuyu nih ..hahahahaaa *imaginasi habis !!! bayangkan dekat 3 bulan yuyu tak online blog apatah lagi nak meng update ann.. rinduuuu sangat sangat wehhh, mmuuahh muuahh ..

Nak bagitahu dekat korang semua, haahaaa yuyuu baru first day start kerja balik setelah beberapa lama menjadi housewife full time, cewahhh ..exceli yuyu baru lepas bersalin anak first dan bercuti bersalin 2bulan ditambah beberapa minggu cuti tak bergaji .. -_-'

Jari jemari yuyu kaku sebentar sebab dah lama tak ketun ketang dengan keyboard nih.. lenguh weiii taip panjang nih !!! hampeh *_*

Banyak stori nak share dengan korang ..hmmmm tunggu laaa ada idea ye, otak beku lagi ..@_'' 

Daisypath Anniversary tickers