28 November 2014

Produk Kecantikan Clarissa ..!!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 12:00 PM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum ....

Haiii korang siapa dekat sini memang ada masalah kulit muka?? Berjerawat?? Parut jerawat?? Muka kering dan sensitif?? harrrr meh sini dekat dekat yuyu nak share dengan korang satu produk nih produk yang terbaru, terhangat dan masih panas panas dipasaran ..InsyaAllah produk nih membantu masalah kulit muka korang yang bermasalah tuh yang yuyu terangkan dekat atas ..

nih produk nyaa ...


Produk kecantikan clarissa ini adalah kombinasi sempurna untuk penjagaan kulit sepertimana mereka yang telah memakai produk ini ianya sangat berkesan kepada kulit mereka. 



Antara kandungan yang terdapat dalam produk ini adalah:-

-Dua stemcell iaitu apple stemcell dan anggur stemcell.
-Vitamin C
-Butylene Glycol
-Cocos Nucifera
-Glycerin Stearate
-Seed & Root Extract
-Chammomile
-Caffeine
-Sodium Laureth-Sulfate


Antara kelebihan yang terdapat pada produk ini adalah:-

1Merawat jeragat dan jerawat
2. Merawat bintik-bintik hitam
3. Mengecilkan liang pori
4. Mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan
5. Mengurangkan lingkarang gelap bawah mata.
6. Mengurangkan kedutan
7. Melambatkan pembentukan garis-garis halus di muka
8. Merawat luka jerawat
9. Memudarkan parut
10. Mencegah kesan buruk sinar uv
11. Menglowingkan kulit muka
12. Anti penuaan dan anti kedutan
13. Wajah lebih segar berseri
14. Memulihkan kulit rosak berparut dan kusam

Caranya memakainya :-


  1. Cuci muka menggunakan Face Wash Clarissa.
  2. Lap muka dengan kain bersih.
  3. Sapu sedikit sahaja serum pada muka.
  4. Selepas sapu serum,boleh pakai krim siang/malam atau make up base seperti biasa.
  5. Siap!




HARGA ??? SANGAT SANGAT BERPATUTAN  RM139.00 (SM) / RM149.00(SS) *dua produk dalam satu harga!!!!!!!!

Ada yang ingin mendapatkannya??? Boleh wasap yuyu 011.2130.6045

26 November 2014

Permasalah Dialami Setiap Bulan ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 12:40 PM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum.....

Hari nih rasa badan lemah lagi tapi kurang sikit dari semalam, ntah kenapa kepala rasa sakit tapi tak pening ..*pelik .. kalau yuyu tak sihat mesti husband ikut sama tak sihat, hari nih husband amik MC sebab tak larat sangat yuyu macam biasa lah still kerja walaupun badan rasa macam nak rebah ..aiishh semalam nak jugak pergi klinik, masalah nya time waktu malam demam okay pulak tiba waktu siang mula lah badan rasa lemau ..

Mungkin penat balik kampung ahad hari tuh belum hilang kot, mungkin jugak nak period sebab perut yuyu kelmarin rasa macam senggugut tak lama kejap jerr pastuh yang pelik tekak loya tapi tak muntah .. kalau nak ikut kan date period yuyu dah lewat hampir 2minggu, bila dah jadi macam nih mula lah tanya incik google. Mungkin jugak tanda tanda hamil, tapi yuyu tak berharap pun just ingin kepastian jerr sebab tak nak kecewa nanti ..*ayat sedapkan hati ..*_* .. ada jugak kemungkinan bukan tanda hamil, aishhh confius yuyu di situ ..hihihi

Hati nih berat sangat nak test upt dah banyak kali test tapi -negatif, yuyu punya period memang tiap tiap bulan problem sejak anak dara lagi ..itu pasal lah yuyu buat tak tahu jerr time period delay .. >_< Nak dijadikan cerita pagi tadi time nak solat subuh tengok ada secalit darah, hmmm .. period rupanya.. sekarang nih pinggang rasa lenguh sangat sangat, sakit hati pulak bila tengok tadi period tak banyak hanya secalit jerr ..aisshhh stress rasaaaaaa !!!!

Korang pernah ada pengalaman tak macam yuyu alami nih?? plezzzz share nga yuyu yerrr .. kalau period okay lah yang yuyu risau takut penyakit lain ..


bai korang ... kepala dah mula sakit, aduhhh !!!! -_-"

21 November 2014

Berjaya Hill Resort, Pahang ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:17 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

Alahaiiii dah berkulat dah stori pasal yuyu pergi ke Berjaya Hill atau nama sebenarnya Colmar Tropicale ..hahahahaa exceli yuyu tak ada idea nak taip blog selepas sekian lama menyepi *menyepi lah sangat* *_* 

Okay tak perlu nak bebel sangat lah yuyu ehh, benda sama jerrr kot alasan nya *buat muka sedih ... hihihihiii .. Korang pernah pergi sini tak?? angkat kening tinggi tinggi yuyu nak tengok, cececeee .. yang dah pergi tuh baca lagi sekali citer yuyu nih yea pada yang belum pergi teruskan bacaan korang yeahh .. kalau agak agak bosan tuh yuyu sarankan korang baca sambil kunyah kuaci, hahahhaaaa...okay okay ..stopp!!!

Banyak tempat menarik dekat sini ada rabbit park, sport complex, japanese village yang paling beria sesangat yuyu nak datang sini sebab bangunan tuh aje .. nampak macam oversea ann, okay nih nak citer lawak sikit sikeding a.k.a adik yuyu lah dia siap bawa sweater taw dia ingat kan cuaca atas sana sejuk macam Genting sekali naik hampehh panas wehhh tapi yang best angin kuat laa boleh laa kasi hilang peluh peluh tuhh .. T__T Kawasan agak luas jugak laa, kalau betul betul tak ikut signboard boleh sesat :) 

Tiket masuk murah aje, RM12 /seorang .. tapi kalau nak masuk atau nak main apa apa kat dalam tuh kena bayar lain, yuyu ingat free jea ..hmmm ..:( meh tengok bawah muka couple yang comel nih ..excited gila nak naik Berjaya Hill ... *sambil kenyit kenyit mata



time tunggu sikeding bersama boyprenznya


Bangunan sini bertemakan Perancis, sekali tengok macam yuyu berhoneymoon di Perancis aje lol ..hahahaa..tapi yuyu tak banyak snap picture kawasan tuh time tuh cuaca tengah panas terik bayangkan pukul 11 am berada dipuncak bukit, berpeluh peluh ketiak kami ..*loklakk T_T

oouuchhh rinduuu jejaka berbaju biruu tuuu .tskk tskk

Husband cakap kalau malam lagi cantik apabila setiap bangunan ada kilauan cahaya lampu, tak larat nak tunggu malam >_< .. yang sebetulnya yuyu bercadang nak berhoneymoon kat sini tapi bila sampai jea sini hari tuh husband cakap macam tak best jea berhoneymoon sini, best lagi dekat Port Diskson ..hahahaaa ..


fokus kat tuan punya blog jea laa yee, tak cantik takpe yang penting ciut ..miahahah =))


Bergambar sudah menjadi aktiviti wajib, boleh buat kenangan bila tua tua nanti mesti kami senyum senyum tanpa gigi ann ...kakakakaaa *gigi palsu ada kan .. :P .. kat sini ada jugak tasik yang sangat cantik, lagi cantik bila ada itik putih dengan hitam ... 

putih jea yuyu berkenan si hitam tuh sombong sebab ramai peminatnya ..huahauaa

Yuyu sempat pergi perkampungan jepun, kami naik sana dengan bus yang disediakan kalau nak drive sendiri pun boleh tapi disebabkan untuk jimat minyak kereta naiklah bus tanpa tingkap ..hihihii ..seronok =) meh yuyu sajikan picture kami, tengok taw jangan nak skip skip .. tQ -_-"

nih time nak tunggu bus, cuba teka yang mana remaja yang mana dewasa !!! cepatt =_=

on the way ... suka naik bus nih walaupun perasaan tuh takut takut *takut saja mek yuyu nih *_*

perjalanan .... tinggi oooo nak kena panjat tangga ,nasib ada kekasih halal boleh minta dukung ..ahhakk

sampai dahhh ... nasib picture jauh, tak nampak lah yuyu punya muka .. hahahahaaa..peluh peluh ..ahakk



Okay last tempat yuyu pergi Horse Trails, first time naik kuda ..mula mula tuh tak nak gayat !!! berani kan diri untuk mengelakkan kena bebel nga husband -_-' ... RM 25/seorang 10 minit jea pun naik .. macam mahal kan ??hurmmm .. 


Bukti ..bukti ..hahahahhaaa

Banyak lagi tempat yang menarik, sebab penat dah kami malas nak teruskan hajat menerokai seluruh tempat nih, cuaca pun tak mengizinkan ... kami turun masa tuh dekat dekat pukul 2pm, sapai jea kereta apa lagi bedal roti ahh lapar segoti ...hihihihiii ..

nih haaa si keding, dia nih suka jalan ..cakap nak pergi honeymoon pun nak ikut, selalu cakap camnih " meh kami ikut nanti kami tolong jadi cameraman hangpa " puiihhh... tektik dia yang selalu yuyu mengalah ..miahahaaa .. T__T

Okay laa tuh jea yuyu nak citer, picture sori laa tak bape okay >_< ... kalau ikutkan nak bercerita nih sampai lusa pun tak settle, banyak nak kongsi tapi takpelah apa kata korang pergi sendiri tengok tempat tuh macam mana.. hahahahaa ... next planning?? tungguuuuu .... sekarang musim hujan, duduk rumah layan Upin Ipin lagi besttt ..ahhakkk

Babai uollss ..<3













06 November 2014

Cepatttt Booking Sekarang !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:06 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

YaAllah hari nih rasa syukur sesangat rezeki yang Allah s.w.t bagi, alhamdulillah ... sekarang belanja barang keperluan satu troli tak penuh pun total dah $$$$$ ratus ratus...betul tak??? serius semua tuh terasa sangat sangat kan, setiap 1hb semua terburu buru ke atm nak cucuk duit, bila cucuk gaji tak pernah berubah amount nya cam gitu setiap bulan .. settel bayar hutang, tengok tengok duit tinggal cipuk jerr ..adoiiii gaji lambat lagi ..hmmm ... mesti korang rasa macam nih kan?? tak rasa jelez ke dengan orang sebelah korang tuh setiap weekend pergi holiday bawa anak anak ..jelez kan?? siapa tak rasa camtuh cuba angkat tangan yuyu nak tengok !!! *__*

Memang betul rezeki semuanya dari Allah, tapi Dia nak kita berusaha kan?? harrrr meh yuyu nak offer korang semua satu bisnes yang bestttt sesangat !!! rugi kalau korang tak cuba .. mana tahu ann rezeki korang di sini ..

cepat cepat !!!! jangan sampai ada yang gigit jari ...huahuahuaa

Mesti Baca ..!!! Apabila Sangkakala Ditiup...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:32 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman marhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.  


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.