19 December 2013

Balik kampung Oohh Balik kampung Yeahh....

Penulis : Unknown Masa : 8:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum...

eerrkkk...alhamdulillah kenyang makan kuey tiaw kungfu,terima kasih pada yang belanja lunch hari ini ..laju jerr kalau makan free kan, padahal dah bawa bekal tuu cik yuyu nak jugak makan kat kedai..ehhh mak selalu pesan rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari ^_' peacee

Bila cakap pasal balik kampung mesti excited kan, arrr ada ker yang tak suka balik kampung?? hah...ada eaa, hmm...yang tak suka tu maybe ada alasan tersendiri laa yee ..yuyu kalau sebut pasal balik kampung nie memang suka au, kalau set date nak balik next week tu this week dah prepare barang nak bawa balik... yuhuuuu....bak balik kampung yuyu excited lain macam cikit "_' almaklum ler ada jantung hati kat kampung tuhh ..uuweee ..mak abah saya okeh !!! jangan memadai cakap kita ada skandal taw ...heeee ..

kita nak balik kampung weekend nie, sila jeles yee korang ("-") tak sabar nak tunggu hari jumaat, kalau boleh pagi jumaat sebelum pergi kerja yuyu nak masuk semua barang dalam perut cik bulat(kereta) pastu bila habis jerr time kerja hari itu terus cauu naik Ampang ambik abang yuyu..yuyu paksa dia balik sekali sebab yuyu malas nak drive, hihihi...padahal yuyu takut nak drive kan..kan..iishhh korang shhhh...jangan lah cakap kuat kuat sangat nanti orang dengar malu auu..T________T  exceli mak abah yuyu tak kasi lah yuyu drive sendiri, anak kesayangan katakan ..uuweekkk

nak buat kerja pun dah tak ada mood arrr, jasad dah sampai kampung dah badan duk Shah Alam lagi..:(
sabar yuyu sabar tak lama dah tinggal 2 hari jer lagi ..'_'

Buat kawan kawan semua doakan semoga yuyu sampai kampung dengan selamat yeaa (",)




Hairan bin Ajaib??

Penulis : Unknown Masa : 3:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

ehhh korang wak per tuu? kerja kee, haaa tak jawab eh nie mesti tengah layan pesbook..hah tak payah nak mengelak ye, kerja kerja jangan kerja nya berpesbook aja..kang kantoi dengan big bos baru taw .."-'
Ooppss..yang tukang menaip nie pun sama jer,yuhuuuu.....mai kerja tak sah kalau tak on pesbook oiii macam hidup nie tak lengkap...^_^

Okey kita berbalik pada tajuk entri kali nie, exceli yuyu heran arr pasal cerita kehilangan henfon incik tunang yuyu semalam..mula mula tuu marah lah jugak kat incik tunang selalu cuai, pernah sekali incik tunang yuyu tertinggal kunci motor dekat motor taw nasib dia memang baik sebab orang yang baik hati ternampak kunci tuu,so orang tu letak dekat helmet tempat agak tersorok lah jugak.. adoiii memang cuai sungguh arr, kekadang tuh geram sangat dengan sikap incik tunang tapi bila tengok muka dia kecian pulak..suka buat muka seposen taw..tarik telinga kang !!!

tengok yuyu nie tersasar dari landasan la pulak, nak citer pasal henfon yang diciter nya pasal kunci motor ..huhuhuuu....hah itu perkara biasa!!! '-' Incik tunang cakap dia letak henfon tu kat meja dalam bilik sekali dengan henfon yang lain, tapi yang lesap nya satu jer 'samsung s advance i9070' merata tempat dia belek tak jumpa jugak.nak kata housemate dia yang curi tak masuk akal kenapa baru sekarang nak curi dulu dulu tak nak pulak dia curi..Bila ditanya housemate dia kata tak tahu, maybe orang luar masuk dalam rumah..yang hairan nya kenapa henfon satu jer hialng???hairan hairan...:(

Kitaorang sayang sangat henfon tuu sebab kenangan kami bersama, picture pun banyak dalam tuu.. YaAllah Engkau lembut lah hati sipencuri tuu supaya hantar balik henfon tuu, kalau incik tunang aku yang lupa kat mana dia letak Engkau berilah dia petunjuk semoga dia ingat kat mana benda tuu berada.. Amin..amin..amin..



~~~~~~~ ********* ~~~~~~~~

k.....bye (",)

18 December 2013

Budak cerdik vs degil..

Penulis : Unknown Masa : 6:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum...

haiii banyak entry lepas lepas yuyu duk citer pasal perasaan and kawin kawin kan, iishhh memang cik yuyu ada masalah perasaan kott..ntah ler korang, sejak dua tiga menjak nie cepat sangat  sensitif.. darah manis kottt -,- yuhuuuu ....

Oleh yang demikian, hari nie kita santap gambar anak anak yuyu yang comel comel nih..anak ler sangat, bapak nyer mana?? arrgghhh...korang carik lah sendiri ..T___T hah tak kuasa nak cari?? okey fine!! merajuk arrr :(
.
.
.
.
.

anak buah cik yuyu lerrr..

anak yuyu tunggu lagi 3tahun akan datang ..InsyaAllah ..("_')

nie hah 2 jejaka hencem si abang nama nyer Aniq,yang si adik nama nyer Arfy 
ehhh picture tak berapa clear arr..tensen orr :(


omeii nyerr adik,tang mulut tuh yuyu a.k.a udaa tak boleh tengok rasa cam nak gigit jerr ..hikhikhik
abang macam sibik lah pulak '-' control macho le tuuu...


ahaiiii adik k-pop tuhhh ...ewah ewah kalah paktam (',)


fuyooo rambut udah macam Devid Beckham lol ...cicak jatuh kopem kopem koma terus T___T


uniform nih sibudak rela hati nak pakai kerr atau sibapak paksa nih ??? huhuhu


Port Dickson time with my family ...peewiittttt....abang nampak mature arr ;)


haaaa...kalau buat homework memang liat si abang nie tapi bak baca baca dia suka..
kalau nampak jer perkataan kat mana mana mesti dia baca, kadang kadang tuu rimas jugak si maksdra nih..=_=


tengokk abang dapat anugerah taw...best student tahun ini.. cayaaalaaaaa

Tahniah abang!!! udaa sayang abang nga adik..love youu mmuuahh


semoga abang sentiasa berjaya dalam pelajaran..Chayok chayokk (''_")

p/s : korang sori taw picture tak clear, masalah teknikal yang tak dapat dielak kan..:'(

bye!! <3

************************************







Tips Pada Hari Perkahwinan...

Penulis : Unknown Masa : 1:30 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

Uiiitttt japp, yuyu rasa persiapan yuyu nak kahwin belum settle lagi tapi kenapa dah nak update entry pasal tajuk tuu ekkk? hmm....yuyu rasa tak ada masalah kot, saja jerr nak hangat kan lagi perasaan yuyu yang tersangat lah give up saat nie :( pleasssss bagi semangat kat yuyuuuu ....pleaseeeee..... haaaa nie makan dia!!! dushh..dushh..dushh... suka hati jerr nak buat kecoh kat cini kan kan ..T_________T

Errr...setelah segala persiapan majlis perkahwinan korang sudah selesai, kini tiba pulak hari majlis perkahwinan yang korang tunggu tunggu...suka laa tuuu (-_-) Pada hari inilah segala yang dirancang sebelumnya perlu dilaksanakan dan dipastikan berjalan lancar. Sudah semestinya korang sebagai pengantin tidak perlu melakukan semua tugas dan kerja, sebaliknya agih-agihkan kepada petugas-petugas yang telah korang lantik sebelum ini. Letakkan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan majlis perkahwinan korang. Korang hanya perlu bertenang dan banyakkan memberi senyuman. Sepanjang majlis perkahwinan, korang mungkin akan melalui perkara-perkara yang berikut:

Di awal hari majlis perkahwinan
Sila bangun awal pagi taw hari ini adalah hari penting korang. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badan korang segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan korang untuk menghadapi hari istimewa ini. Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti korang tidak selesa kerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan baik. 

Semasa majlis akad pernikahan
Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar. Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling korang sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan baik. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan. wahaiii kaum adam tuu jangan nak ketaq lutut sangat ler yeekk ("-')

Semasa majlis perkahwinan
Pastikan korang mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan korang dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan. Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan korang.

Di akhir hari majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan korang selesai juga akhirnya. Kini, korang bersama-sama dengan pasangan korang..haaa part nie korang suka laa kan,gatai noh.. heee =_= Tunjukkan kasih sayang korang padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami korang untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga korang..kot kot lah dia kekok lagi  .."-".. Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan korang. Apabila tiba waktu yang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama korang sebaik-baiknya. cewahhh....tersengeh sengeh macam dah rupa kerang busuk ...yuhuuuuu...... T________T
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
lagiii 44 hari ....yahuuu yabedabeduuuu...

k..bai (",)



17 December 2013

Flashback : Sunway Lagoon time

Penulis : Unknown Masa : 7:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Hello hello..kopi dan milo ..yuhuuuu....exceli yuyu nak update pasal benda yang berjulat dah nie, aikk iyerr laa ce tengok tajuk entry tuhh betul laa 'flashback' so citer pasal benda lepas ler kan ..(",) okey...korang masih ingat tak yuyu pernah cakap yang yuyu nak pergi holiday dengan incik tunang yuyu?? haaaa..ingat tak?? tapi hari nie baru yuyu nak update kan, hmm...jangan lerr marah,yuyu pergi sana tak sempat nak ambil picture arr sebab pegi mandi tak kan ler nak bibit pulak henpom kehulu kehilir pulak kan, kalau lerr henpom cik yuyu nie harga ribu riban tak apa lah jugak,nie bagi duit kat tauke kedai rm300 pun dia kasi balance auu....uuweeee... soo?? korang paham paham lerr yekk,haaa tak faham?? heheheee...henpom yuyu murah jer,kalau bawa masuk air terus janaham.."-' kalau ada yang sudi nak jadi cameraman yuyu kan bagus, alahaiii memang tak ada ler kan..kuikuikui..


nie hah tiket masuk dengan baucer makan pihak proton bagi...
abaikan yang kaler oren tuh sebab kami tak bawa budak pun..hekhekhek




tak sempat nak snap picture pintu masuk...menyesal arr, pemandangan amat amat lah sesat time tuu..suasana haru biru pastu pemandangan yang biru biru ..


benda alah nie first yuyu main dan yuyu orang first start main untuk hari itu..hehehee



 lepas naik yang kat atas tuu yuyu naik yang nie sampai 2kali naik first dengan adik pastu cik hubby pulak nak naik so kena lah teman dia..adoiii takut sesangat naik benda alah nie . =_=



semua benda yang ada kat situ yuyu naik pejam mata, yang nie jerr tak pejam ..nak tahu kenapa?? sebab yuyu naik sorang..hahahahaa...kelakor giler kan..gayat arrr korang "-'



5D nie paling best, walaupun ada park park yang yuyu pejam mata "-'



vuvuzela ea nama gelung comei yang warna warni ?? yuyu pom tak tahu..cik google cakap vuvuzela '_" tapi adik yuyu panggil tokedo ..ntah ler budak keding tuh fakta or auta ..(",)
arrrr yuyu tak naik benda comei nie sebab ramai giler manusia beratur,sampai lah yuyu nak balik still ramai.. yuyu suka sangat sangat syukur alhamdulillah  tak naik sebab yuyu memang tak akan naik..tapi adik dengan incik tunang yuyu sedih diorang datang cini sebab nak naik benda comei nih lerr ...cian diaa..ololololooo nanti kita pergi naik kat I-city waterpark ehhh ..



nie lagi satu benda yang betul betul mencabar keketalan fizikal dan mental yuyu yang kecik molek nie (",) jambatan gantung nie panjang dan ketinggian nyerr yuyu lupa lah, tapi memang tinggi giler.. time jalan nie memang ketaq lutut weiii, dah laa diorang naik suka lari lari so bergoyang lerr ..aduhh memang kaku laa yuyu time tuu, tak jalan terus sampai lah incik tunang yuyu pujuk auu ..sedih...terasa nak turun sekarang!!!



budak poyoss bajet kental tuu..padahal penakut macam yuyu .."-'




yang nie suka jugak auu, gelak sakan kami time duduk atas nie ..nasib lah park yuyu duduk tuu tak terpecit 
air ..^-^



pasangan yang sooo sweettt ...tetttt.... haaa jangan nak cebik cebik bibir korang yekk .. '-'



p/s : yuyu nak minta maaf bebanyak ekk sebab picture banyak yang curi kat beg cik google,heee yuyu tak dapat nak snap sendiri atas sebab yang kat atas tuu laaa ...


~"~ terima kasih sudi baca entry yang ntah pape nih ...harap harap korang tak meluat lerr yekk :(

Dia dah mai dah..dah mai dah Isnin !!!

Penulis : Unknown Masa : 1:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum.....



Oh no !!! It's Monday again

Kita semua tahu kan hari isnin adalah hari pejuangan, kenapa yuyu cakap camtu?? sebab korang semua mesti berjuang nak bangun pepagi isnin kan..kan...haaaa tak payah nak tipu laa kata bersemangat nak pergi kerja, tapi bagi yang suka pada hari isnin tuu syabasss sebab korang seorang yang pencipta hari ..kakakakaa ada ker 'pencipta hari' dalam kamus 1 Malaysia hah?? okey abaikan... "-'

Korang jangan benci dengan monday blues nih, untuk bangun pepagi dan mengheret diri ke tempat kerja. satu lagi usaha untuk keluar dari tempat tidur...kesan blues pagi isnin boleh mengakibatkan kemusnahan.. Lebih ramai orang mempunyai serangan jantung pada pagi isnin daripada mana mana hari lain dalam minggu..



sama laa dengan yuyu hari isnin adalah hari blues untuk yuyu, iyerr laa semalam jerr cuti hari nie dah kena kerja..korang yang cuti sabtu ahad tuu kira beruntung laa..hmmm..nak bangun tidur tuu rasa amat amat berat giler,kalau hari ahad tuu senang pulak dia terjaga,uuiisshh hampeh betula lah !!!

walaupun dah terjaga, tapi malas nak bangun..mula laa fikir jap lagi ahh...lima minit lagi ahhh...pejam lagi mata,pastu bila dah dapat lelap lima minit terus bangun pergi bilik air kalau duk layan mata yang malas nak buka nih tak kerja ler cik yuyu ..bila masuk bilik air, adoiii lagi lah malas nak mandi dengan air sejuk pepagi nie...arrgghhh mandi jugak ..=_= bila sampai kat tempat kerja lagi bertambah malas, asyik tengok bebudak sama jerr lagi ler aku tension "-' (kalau lah member opis aku baca nih konpem aku dibelasah nih) padahal semua nyer sama, muka ketat ketat jerr pepagi isnin nie...huhuhuhuuu

Okey ler korang...tak mau malas malas yekkk, ubah ubah lerr perangai tuh ...hahahahahaaa
       Selamat Bekerja Uolls '-'


13 December 2013

Saat ini merindui dirinya...

Penulis : Unknown Masa : 7:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

Entry kali nie cerita sedih cikit, hari ini 12.12.13 genap lah seminggu arwah nenek yuyu meninggalkan kami semua...sedih,sebak,pilu semua ada lah saat teringatkan arwah..arwah seorang yang terlalu baik untuk kami semua,dia tidak pernah kedekut atau berkira dengan apa yang dia bagi pada kami..Kekadang tuu ada jugak yuyu adik beradik terasa dengan sikap pilih kasih nenek,tapi kami tak terlalu ambik hati sebab kami tahu nenek tak ada niat pun nak buat camtu kan..."-' pilih kasih dengan siapa tuu biarlah rahsia ea,tak nak lah citer sebab kami tak pernah simpan dalam hati pun..hikhik

Pada suatu pagi 6.15am yuyu masih nyekyak tidur tunggu alarm jam berbunyi..krek..krekk jam 6.30am untuk bangun solat subuh, mak oiii lewat nyerr bangun???hihihihii...sekali sekala yerr time ngantuk sesangat jerr  ^-'  biasa pukul 6am dah siap solat taw (masuk lif tekan sendiri nampak) hahahahaaa.. Disaat yuyu lena tidur sambil peluk bantal busuk,telifon yuyu berbunyi tertera nama "adik pika"..uiishhh apasal budak laki nie call pepagi nih,tak pernah pernah pun call pepagi aku !! sebelum tekan butang nak jawab tuu sempat lagi yuyu bermonolog "ehhh budak nie salah tekan no aku ker apa nih??" ehhh tak kan kot.." ehhh ker ada pape nih..." adoiii laaa berapa banyak "ehhh" ler ko nie yuyu...angkat tepom tu tidak...dishhh dishhh suara dari kotak fikiran yuyu bersuara..ok ok aku angkat!!

yuyu : helllooo....
adik : yuu mok(nenek) tenat dah...
yuyu : hah..mok ker mek(emak) ...??
adik : mok laaa...(sambil sambil sedu sedan suara nyerr)
yuyu : huwaaaaa.....blaa..blaa...(macam macam laa yuyu tanya tak kan nak taip jugak, nanti tak pasal pasal             jadi karangan berdialog pulak...)

Lepas habis cakap dengan adik, yuyu pergi bilik air ambil wuduk hendak solat subuh...yuyu rasa saat tuh solat yuyu tak kusyuk dah...hihihii ..korang faham faham lerr yekkk .."-"
tak sampai pun 5minit adik call lagi cakap nenek dah tak ada ...YaAllah saat tuu yuyu rasa macam nak pengsan tapi yuyu sabar,kuat kan semangat ..tanpa berlengah kami adik beradik,cucu cucu nenek semua yang tinggal kat Shah Alam berbincang dan dengan kata sepakat kami bertolak balik ke kampung...

Sedihhhhh sesangat yuyu tak sempat nak tengok arwah untuk terakir kalinya...sok..sok..sok... tapi tak apalah yuyu doakan semoga arwah ditempat kan dikalangan orang orang yang beriman...Al-fatihah

kat sini ada beberapa ketul gambar arwah...yuyu tak boleh nak tengok lama lama terasa sangat kehilangan diaa ..:'(















Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya,masukkanlah ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.Amin..amin..amin 

12 December 2013

Keluh Gelisah

Penulis : Unknown Masa : 7:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....


Mengapa dan kenapa disaat ini perasaan itu asyik menghantui diriku, YaAllah Engkau jauhi laa benda yang tidak baik dalam hubungan aku dengan dia ...semua orang hendak memulakan kehidupan baru dan ingin melupakan kisah lama begitu juga dengan diriku..

Semakin dekat dengan majlis semakin gelisah hati ini, mungkin Dia nak uji kita?? mungkin juga kerja syaitan yang nak rosak kan niat kita untuk melakukan ibadat?? Apa pun yang berlaku kita kena yakin yang Dia sentiasa bersama kita untuk meneruskan niat baik ini .."-'







05 December 2013

Honeymoon dekat mana??

Penulis : Unknown Masa : 2:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

Kalau kawin mesti sebut pasal honeymoon kan ...kalau tak pegi honeymoon pun kekal bahagia jugak kan,tengok mak ayah kita bahagia sampai sekarang. anak meleret leret, diorang hari hari honeymoon kat rumah jerr ..hahahahaa.. bagi yuyu tak dapat pegi honeymoon lepas kawin pun tak apa, tunggu ada rezeki baru hubby bawa pegi yuyu okey jerr (tangan kebahu,mata ke atas) .. tapi kalau ada orang baik hati nak sponser lagi lagi laaa yuyu sukaa ..wakakakaa

tapi, yuyu sebenarnya tak tahu nak pegi honeymoon dekat mana ..hmmm.. banyak banyak tempat menarik pun yuyu pening nak pilih, bukan apa sebenarnya masalah kewangan yang menjadi pening tuu .."-'

kalau nak pegi luar dari Malaysia nie memang tak mungkin ler kot ..huhuhu... kalau pegi pun dalam mimpi jerr ..sedihh :') tapi tak apalah asal kan yuyu bahagia dengan hubby cukup laa,tuu yang yuyu selalu doakan ..

Bukit Tinggi (Colmar Tropicale)


Cameron Highland


Pulau Langkawi


Pulau Perhentian

Kat atas tu antara tempat yang yuyu nak pegi laa nanti, InsyaAllah korang kalau ada rezeki nanti ..Amin
bermula dari tempat biasa biasa aje, lama lama tempat luar biasa ler yekk ..berangan angan laa dulu ;)


04 December 2013

Suka Duka Hidup Merantau Selama 5tahun

Penulis : Unknown Masa : 8:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

Tinggal beberapa ketul jer lagi nombor nombor calender disember2013 hendak meninggalkan kita semua.. Calender 2013 akan yuyu ganti dengan calender 2014 di atas meja yuyu nie .. tahun 2013 banyak suka duka dan pengalaman yuyu dapat, tapi 2014 lagi bermakna untuk yuyu ..uuweee

Sedar tak sedar sudah 5tahun lebih dah yuyu hidup merantau,jauh dengan mak abah yuyu,jauh dengan adik adik yuyu dan seangkatan dengan nya laa yekk ..'-'

Yang Pahit bagai hempedu :
i) kemalangan ....
kenangan pahit yuyu di tahun 2008, masa mula mula yuyu nak mencari rezeki di Shah Alam dan baru baru yuyu dapat motor baru hasil titik peluh yuyu kerja. yuyu telah menjadi mangsa langgar oleh sebuah kereta arah bertentangan, yuyu ingat lagi masa tu yuyu nak pegi hantar adik kerja tanpa membawa dokumen taw henset pom yuyu tak bawa ..huhuhu ..yang tersangat sangat lah penting iaitu 'lesen' pun yuyu tak ada taw ^-' adoiii time tu memang sakit arr camner nak saman yang bersalah tu kan kalau lesen tak ada ..sok..sok ..sok
nasib laa kami tak teruk sangat, yang teruk nya cik putih yuyu laa (BKB4688) ..yuyu menangis kemain lagi bila tengok cik putih teruk kena rempuh ..:'(

satu lagi peristiwa hitam nie berlaku tahun 2011, yuyu bersama dengan anak buah yuyu..tika tuu dia kecik lagi baru 4tahun ..huhuhu ...dengan cik putih jugak, haaa yang nie yuyu kecuaian sendiri sebab masuk lubang ..sampai sekarang nampak lubang kat jalan mesti ketaq lutut..takutttt ...disebabkan peristiwa nie ada manusia yang salahkan yuyu, tapi tak apalah tuh hak dia nak kata apa pun dekat yuyu kan. yuyu buat pekak telinga jer,kalau tak tahan sangat yuyu tepom mak,adik,kakak yuyu mengadu laa kat dorang..baru laa rasa tenang .. okeh laa tak nak citer benda nih, benda dah berlalu kan kan ..peace yoo
minah rempit jatuh motor..malu!!! lirik lagu anak buah yuyu ..hihihihi

ii) berat badan naik...
haaa....berat yuyu sebenarnya tak pernah lebih pom 45kg taw, tapi bila yuyu mula kerja dekat pasaraya berat yuyu naik sampai 5kg .. korang rasa tak melampau pom kan, alaaa 5kg jerr?? ingat kan 10 ker 20 kerr ..helloo i dont like okeh !! hihihihi ...bukan yuyu suka kurus tapi yuyu suka nampak yuyu kecik .. muntah bluek bluekk koo .. berat yuyu naik tu sebab yuyu kerja tak banyak berjalan, pastu balik kerja dekat dekat pukul 11malam. balik jer makan nasi, makan berat berat pastuu tidur .. apa lagi bersuka ria laa si lemak tu bergayut kat lengan,pipi,paha yuyu nie ...yang syokk nyerr bontot nampak besar weiii ...maluuuuu


iii) pekerjaan silih berganti...
bila dah mula behenti kerja mesti kerja baru tak lekak kan,maksud nye asyik nak tukar kerja jerr ..huhuhu.. selama 5tahun duk cini yuyu dah 6kali tukar kerja..harap harap yang ke6 nie kekal ler yea ..Amin ..terasa sakit dan terbeban sesangat time nak cari kerja, tuh laa dengan asyik tukar kerja kan banyak pengalaman yang yuyu dapat taw,yuyu terasa matang dalam membuat keputusan tentang pekerjaan. Alhamdulillah rezeki yuyu dekat tempat sekarang  murah sangat, tq bosss ...^-'



Yang Manis bagai madu :
i) jumpa incik tunang...
kenangan sweet sweet sour ler korang kan kalau bak cinta cintun nie kan, hahahahaaa.. dekat Shah Alam laa yuyu jumpa balik kawan yuyu nie, lepas habis alam persekolahan kita semua ikut arah tuju masing masing. dengan incik tunang yuyu nie dah lama kenal tapi kitaorang rapat kejap jea masa form3 jer pastu dah tak rapat atas sebab sebab yang kami sendiri cipta,cewahhhh gitu ...bila terpisah lama kami pun terjumpa dekat cini ..so, tercipta lah kenangan terindah ..ewah ewah..


ii) dapat tunggang cik comey...
setiap orang mesti nak memiliki kereta sendiri kan, macam yuyu lerr nak sangat kereta sendiri lesen dah lama ambik tapi kereta nya bertahun jugak lah nak dapat .Dengan bekerja tempat sekarang laa rezeki yuyu murah, so akhirnya yuyu dapat jugak merealisasi impian nie .awal bulan april tahun nie yuyu dapat sebijik princess blue ..wakakaka


iii) dapat ramai kawan baru...
sejak merantau di bandar nie, yuyu banyak hidup berdikari walaupun mula mula datang yuyu tinggal dengan abang yuyu.. akhirnya yuyu mengambil keputusan untuk hidup sendiri dengan menyewa rumah dengan kawan opis, walaupun abang rasa berat hati nak bagi tapi yuyu tetap jugak berkeras nak keluar ...degil kang ..hahahaa..kat cini yuyu ramai kawan baru, dalam ramai ramai tuu ada jugak laa yang yuyu tak berapa rapat. Dah asyik tukar kerja kan dulu so,ramai lerr kawan "-' 

antara gadis gadis melayu terakhir.....Impian Suasa Abadi Sdn Bhd



nie haaa budak budak lelaki yang sangat sporting and giler giler auuu
-tengah tengah yang duduk berbaju oren tuu lerr bos yuyu,sempoi kan en.isa nih...




jalan jalan di Melaka lepas program family day ....;)



pertandingan siapa cepat habis makan buah epal ...kelakor sesangat tengok bapak budak nie



muka staf yang suka makan ... lebih lebih kalau yang orang belanja kan ..



nie diaa housemate yuyu..suka duka pasal mencari rumah dengan mek nie ler yek



jejaka perasan hensen uiii....wakakakakaa


InsyaAllah tahun 2014 nanti kenangan lebih manis yuyu dapat, walaupun dia pahit yuyu tak akan lupakan .. yang pahit mengajar kita lebih kuat dan tabah, yang manis membuat kan kita sentiasa bahagia ..cewahhh











1Bulan 3Minggu 6Hari jerrr

Penulis : Unknown Masa : 6:30 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

Bila ditengok calender atas meja kat opis nie, alamakkk masih tinggal 1bulan 3minggu 6hari jer lagi untuk yuyu melangkah ke alam baru. Rasa lambat jerr lagi, rupa rupa nyer dah tak lama dah ...!! hmmm ...cepat masa berlalu kan, rasa macam baru jer couple, rasa baru jer tunang tup tup dah nak kawin kan ...Rasa macam tak percaya jer yuyu dah hendak kawin, nanti  jadi ibu pastu jadi nenek pastu jadi oyang...hihihihi InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, yuyu nak sangat rasai semua tuu ..

Alhamdulillah hampir 70 persen persiapan untuk wedding nie yuyu sudah settle, semua nyer yuyu dengan incik tunang settle kan.. walaupom kadang kadang kitaorang sampai gaduh gaduh sebab tidak setuju dengan pendapat masing masing, syukur sangat sangat incik tunang yuyu seorang penyabar dengan kerenah yuyu .. Barang hantaran semua nyer dah settle cuma macam buah, kek dengan pulut kuning jer belum ..barang tuu kena sedia time dekat dekat majlis ler yekk. Terharu sesangat and berterima kasih banyak banyak kat bff yuyu(angah),kakak yuyu,adik adik yuyu sebab diorang sponser beberapa ketul barang hantaran untuk yuyu ...sayanggg korang taw ..mmuuaahh setepek !!!

Yuyu dah mula rasa berdebar debar taw, pastu risau takut tak sempat nak siapkan semua nya .. InsyaAllah 2minggu lagi yuyu balik kampung nak settle perkara yang wajib,borang nikah dengan Hiv ... yuyu bukan saja nak buat last minute tapi abah yuyu tak kasi buat awal awal borang tuu katanya lambat lagi, yang yuyu nie takut kelam kabut jerr buat last last minute kan .. tapi tak apalah dah abah kata seminggu sebelum akad nikah pun sempat nak summit, yang Hiv tuu yuyu tunggu nak test kat kampung sebab kawan yuyu cakap test kat kampung senang, so tunggu balik kampung ler baru buat kan ..Mula mula yuyu ingat kan Hiv sah sampai 6bulan, tapi dah tukar ler sekarang pihak hospital cakap 3bulan jerr ..hmm ..sekarang makin payah nak kawin taw,macam macam nak kena settle kan..pastu macam macam dah diorang nak ... xpelaa laa korang kita ikut kan jerr ..hikhikhik


bila tengok Fizo dengan Mawar rasa cam tak sabar pulak dahh ... uuweeee

Okey laa korang, yuyu cau dulu nanti sambung lagi ekk ..bye ^-'


02 December 2013

Muka bersih, Hati bersih !!!

Penulis : Unknown Masa : 10:40 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum....

Ceewahhh tajuk blog kali nie tak boleh blahh, hikhikhik .... ehh betul apa??jangan harap kan muka jerr cantik tapi hati hampehh!!! bak kata orang orang Tanah Merah muka tak comei tak apa yang penting, baik mau cantik okeh ... "-'

Yuyu pernah terbaca kata kata dari Ustaz Idrus taw :-

    Manusia ni ....bila hati dia KOTOR, dia SUKA CERITA BURUK orang...
    kalau hati dia bersih, dia tak suka cerita...jadi kita nak KENAL hati kita bersih atau kotor,
    kita suka cerita buruk orang ataupun kita TUMPANG DENGAR....kita boleh TAHULAH
    hati kita bersih atau kotor ...^__^
:: so pikir pikir lah yekkk

Yuyu sebenarnya nak kongsi cikit citer nie,nak kata petua tuu tak ada ler tapi yuyu amal kan benda nie sejak dulu lagi taw, kalau tinggal lama amalan nie rasa macam tak best jer time tengok muka comei nie kat cermin taw ...first dulu dulu yuyu suka time nak mandi tu yuyu rendam baju yang yuyu pakai dalam 5minit gitu..pastu yuyu bilas n then yuyu sental kat muka (sental dengan penuh kemanjaan taw jangan pulak korang sental macam sental baju korang yekkk ...) sejak jadi perantau nie yuyu dah lama tak buat camgitu sebab ape korang tahu?? memang idak ler korang tahu kan kan ...hahahahaa ...sekarang nie 3hari atau seminggu baru basuh baju so,baju lembap lembap mana boleh simpan lama kat bilik air tu nanti bau nyerr korang pom mesti tahu kan ..dulu tak apa ler kat kampung, hari hari mak basuh ...haaa nampak sangat mak tolong basuh kan ...hihihihii ...kadang kadang okey !!!

yang kedua nie yuyu selalu buat taw, basuh muka dengan air basuhan beras ..yang nie seelok nya basuh pepagi taw,basuh dengan penuh ikhlas yekk .."-' jangan lupa pulak selawat yerr

guna air basuhan yang ke2 yee, yang first tu gatal sebab kotor kan ..


lagi lagi .... haaa yang nie yuyu baru jer pratis, al maklum ler dulu dulu mana kenal benda benda nie semua .. sekarang dah senang tak payah nak susah susah tumbuk tumbuk, nak rebus rebus just pegi kedai jamu tunjuk jerr ... hulur duit dahh boleh dapat kan ...

wangiiii sesangat "-'
scrub nie ada 3 jenis taw yuyu baru guna susu beras, nanti dah habis yang nie yuyu nak cuba bunga chrysan pulak ..scrub nie yuyu utamakan kat badan jerr, sekali sekala tuu sapu jugak kat muka .. 



okey yang nie pulak lain macam cikit, bau nyerr kuat sangat laaa..sape yang suka bau jamu tu ok lerr ..yuyu nie tak boleh tahan sangat bau jamu rasa nak pengsan jerr ..tapi disebabkan nak cantik tahan jerrrr .. hahahahaa ayat xboleh blahh derr ..


benda nie yuyu pakai kat badan dengan muka, cara nak guna : korang kena campur air cikit, jangan letak banyak air sebab nanti cair pulak .


selamat mencuba korang ... nanti kita jumpa next entry k ...bye .. sayang korang ..mmuuaahhh setepek !!!



Daisypath Anniversary tickers