23 May 2014

Aku Tak Suka Sepah !!!

Penulis : Unknown Masa : 9:33 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum...

Peepss .. korang buat apa tuh?? tengah layan tv3 ehh,kifarah ? ehh exceli bukan nak citer pasal tuh, nie nak membebel pasal lain...sebelum tuh baik korang pergi buat air milo ke nestum ke supaya tekak korang tuh tak loya time baca entry yuyu nih !!huahuahuaaa... cakap siap siap takut nanti ada jugak yang cakap yuyu terlebih perasan -,-' ada aku kesah??ini ladang aku, ikut suka aku lah nah bebel apa pun... hahahahaaa *jangan amik hati taw, yuyu gurau jerr .. mmuuahh cayam korang, thankz taw sudi baca entry yuyu.. bila dah siap baca tuh jangan lupa pulak tekan cik tikus korang kuat kuat supaya dia tekan simbol 'follow' tuh ehh ...T________T apa?? merajuk !!! ok tak apa tak nak follow hari ni pun, lain kali follow tauu .. ;)

korang sayang suami tak??*bagi yang sudah kawin ekk... sebelum korang bertemu dengan suami korang sekarang mesti korang pernah bertemu dengan beberapa orang yang memberi korang 1001 pengajaran kan? yang memberi 1001 kenangan mesti ada kan, tapi bagi yuyu kenangan dan pengalaman telah mematangkan yuyu sekaligus membuatkan yuyu lebih berhati hati memilih pasangan hidup. yuyu pernah citer kisah yuyu sebelum jumpa dengan suami yuyu, korang baca tak?? belum ehh nah baca nie ..-_-"


sedar tak sedar dah nak masuk empat bulan perkahwinan kami, baru lagi kan?kami sentiasa berdoa semoga rumahtangga kami akan kekal hingga kesyurga... walaupun dah lama yuyu kenal dia tapi banyak perkara yang kami tak tahu tentang tabiat masing masing, bila dah kawin tinggal satu rumah duduk satu bilik tidur satu bantal baru kami tahu.. alhamdulillah setakat nie kami hidup bahagia, semoga bahagia sampai bila bila..yuyu paling tak suka rumah bersepah, bilik lagi laa tempat kita tidur kan..perangai yuyu yang terlalu pentingkan kekemasan sampai incik hubby geleng kepala auu..iyelaa cadar katil dia dah kemas, tapi yuyu lagi nak kemas ..hihihii.. kenapa??sebab cadar tuh nampak kendur laa yuyu tak boleh arrr mata nih terasa gatal bila tengok semua tuh tak kemas...harrr lagi satu, semalam incik hubby amik barang dekat rak pastu dia letak balik barang tuh jadi bersepah..uhhpp mesti bengang kan??penat susun bagi kemas suka hati dia jer nak sepahkan, pastu minta dia kemas balik seperti yang asal tapi tak jadi apa yang yuyu harapkan..:( harr jangan laa korang nak marah marah suami pulak, cakap laa elok elok contohnya camni ..'abang... kalau amik buku kee baju kee kan cantik kalau benda nih sama jee susunanya' beserta senyuman yang paling manis *biar dalam hati nie rasa nak tarik jea telinga dia pun ..insyaAllah lama lama dia akan buat sendiri tanpa korang suruh.

kalau ikutkan hati nak citer lagi nih, tapi mata dah juling main update belog dengan henfon cap panda nih.. bila laa agak nya incik suami nak belikan yuyu I-pad untuk yuyu update belog tiap tiap malam hah?? harrrr... makin bertambah banyak laa seluar dia koyak nanti tiap tiap bulan minta beli barang mahal mahal, dah laa last month dah belikan henfon nih..hihihihiii... alahaiii cap panda jea pun, bukan mahal pun... huahuahuaaa..








No comments:

Daisypath Anniversary tickers