11 May 2014

Keluarga Tercinta ...

Penulis : Unknown Masa : 3:30 PM Comments : Labels :
Assalamualaikum ...

Salam tengah malam ... dah lewat macam nie belum tidur lagi??lewat kee?? uiittt malam masih muda..hihihi  iyee laa tengah teman incik hubby tengok citer cekarama lah nih, dia tuh kalau jarum kenek jam tak berada di nombor 12 memang tak reti nak tidur.. yuyu laa jadi mangsa dia kena jadi peneman sejati..uuweee..

malam malam camnie, tetiba rindu sangat dekat family. yuyu sangat berbangga mempunyai adik beradik yang ramai!! sangat beruntung, orang lain tak boleh nak rasa kebahagian dan kemesraan kami sekeluarga. Exceli yuyu mempunyai lapan orang adik beradik, lima perempuan dan tiga lelaki, yang sememangnya semua comel comel dan hensem hensem belaka!!*tetiba masuk bakul angkat sendiri pulak..alhamdulillah hasil usaha mak dengan abah mereka mendapat rezeki yang tak ternilai iaitu anak anak, iye laa ada yang dah kawin bertahun tahun masih belum punya anak, nak dapat sorang pun susah.. rezeki masing masing !!!

Mak dengan abah memang asal orang Kelantan, dulu dulu abah seorang askar yang berpangkat rendah jerr. zaman muda muda dulu abah orangnya budget hensem ramai gadis gadis suka kat abah..kononnya ala ala playboy gitu, kata nya laa..ntah betul ntah tidak kami adik beradik dengar jea.. heheheee.. dengan tinggi lampai, rambut alaa M Daun Kilau gituu, hitam manis dengan berluar besar bawah telah membuat mak jatuh hati ditambah pulak dengan hidung yang mancung ann... waaaa... *rekaan semata mata -_-' hikhikhik..

Akhirnya bulan dan bintang bersatu*alamakk lupa laa tahun bila ..:)..pada tahun 1979 mereka dikurniakan anak sulung lelaki yang diberi nama Mat Nawi.. alkisahnya nama abang sulung nie ada pergaduhan cikit, abah nak kasi nama Nawi tapi arwah datuk nak kasi Sani.. bagi menyelesaikan masalah nie,adil dan saksama Nawi diletakkan dekat surat beranak dan Sani pulak bagi nama gelaran... waaaaa... special betul anak yang sulung kan..almaklum laaa cucu kesayangan tuh ,hmm... untung laaa ..

Kehidupan mak abah dulu memang susah,tapi mereka tak pernah sekali pun mengeluh dengan ketentuan Ilahi..mereka tetap membesarkan abang dengan titik peluh sendiri, yuyu kagum dengan mereka!!! dua tahun kemudian lahirlah putera lagi,aiishh kalau tak yuyu mesti ada ramai kakak kan tapi tak apalah bersyukur dengan apa yang kita ada !!! putera nie diberi nama Mohd Syukri, dia dah kawin dan ada dua orang anak yang sangat comel..kecomelan anak dia tuh mewarisi maksdara dia arrr ..hahahahaaa*mata keatas ..abang sulung belum kawin, yang nombor dua kawin dulu.. ajal maut semuanya rahsia Allah kan so kita jangan sesekali merungut kawin cepat kee kawin lambat kee semua tuh dah ditentukan. yuyu nak berterima kasih dekat abang sebab dia sudi jaga yuyu selama yuyu berada diperantauan sejak 2008 hingga laa 2012.. walaupun yuyu tak berapa rapat dengan dia tapi dia tetap amik berat tentang yuyu.

Setiap ibu bapa mesti nak anak lelaki dan perempuan kan begitu jugak dengan mak abah yuyu, maybe mereka ingat mereka dah tak ada rezeki untuk mendapatkan anak perempuan, tapi mereka tetap sabar dan sentiasa berdoa akhirnya berkat penantian selama empat tahun mereka dikurniakan seorang puteri iaitu kakak yuyu laa kan yang diberi nama Shahida, dia dah kawin.. aiihhh abang yang sulung belum tapi adik nombor tiga dah?? hahahaaa...soalan yang betul betul membuatkan along tak nak balik kampung setiap kali raya...huahuahuaaa.. kesian along kan, aiishhh diorang semua tak pernah faham kan !!! ok sambung balik cerita tentang kakak yuyu, yuyu ada sorang kakak jea dia seorang yang rajin,tegas kalau dengan adik adik tapi tegas dia tak pernah disalah guna. kakak paling tak suka adik dia bercinta dengan monyet..tahu tak apa maksud cinta dengan monyet??? haaaa...gatai nak bercinta laa, sekolah tak habih lagi dah gatai nak mengelaa noh..ingat lagi kakak pernah pasang spy untuk intip yuyu selalu jumpa dengan budak lelaki mana kat sekolah..last last kantoi memang merah muka dah macam kena bakar time kena bebel dengan kakak..lepas kena bebel tuh esok nya jumpa lagi...hahahahaa...degil!!!

Selepas kakak dah tentulah yuyu kan, yang diberi nama Shahidayu..haaa nak sama dengan nama kakak just tambah dua huruf jea..hurrmm dah dapat kakak dah dapat abang tiba tiba dapat yuyu yang perangai makk aihhh mengalahkan anak tunggal, hihihi... degil iye jugak kot, tapi yang mebuatkan adik beradik yuyu tak tahan dengan perangai yuyu nie kuat merajuk, kuat menangis!!! kalau ada yang tak layan yuyu mesti yuyu nak nangis, nangis dah macam kena pukul..hahahahaaa..tak ada apa yang nak dicerita kan pasal yuyu..harap maaf semua!!! -_____-'

Lepas yuyu adik perempuan lagi, yang diberi nama Shakila... haaa nama dia femes cikit sebab selalu masuk carta 'mimpi shakila' hihihiii.. dia nie sangatlah pemalas, boros, suka tidur.. dia punya pemalas tue sanggup ikat perut gara gara malas nak goreng lauk,aiishhh yuyu memang angin dengan budak keding nie selalu kena bebel dengan yuyu sampai naik menyampah dia dengan yuyu.. itu dulu laaa zaman kecik kecik, sekarang dia laa best frenz yuyu yang selalu dengar masalah yuyu*ikhlas ke dia jadi pendengar setia eh?? tetiba rindu dia.... walhal baru jea dating dengan dia last week.. waaaa....susah nak tengok dia marah, tapi kalau tengok muka dia lama lama kita rasa nak marah ..dia suka buat muka tak bersalah, buat muka seposen tuh memang hobi dia ..lempang kang *_*

Yuyu ingat lepas dapat adik perempuan akan dapat adik lelaki pulak, aihhh apa ingat nie main pondok pondok ker masa kecik kecik dulu..yang buat anak pakai kayu pastu suami pulak main tukar tukar..huahuahuaa*rinduuuu saat tuh :'( .. tahun 1992 lahirlah seorang puteri lagi yang diberi nama Shapura..abah sayang giler dekat adik yuyu yang nie tak tahu kenapa maybe mata dia bulat kot..hahahahaa.. tak adalah gurau jea, adik yuyu yang nie kecik kecik dulu dia bulat auu selalu kena buli dengan yuyu sebab dia suka langgar yuyu dengan perut dia yang buncit tuh *alaaa tipu lagi ..hihihihii.. budak nih degil yang amat sangat, pastu kalau tak ikut apa yang dia nak mesti muncung sedepa then masuk bilik tendang pintu kuat kuat..adoiii nasib laaa kakak dia nie baik hati ikut jea kehendak dia..sekarang dia tinggal dengan yuyu, dia memang tak berkira bak bak nak keluar duit nih tapi yuyu tak lah sampai nak amik kesempatan atas dia kan..yuyu kan kakak yang baik!!!*cari baldi muntah sekarang ..:)

Ingat kan mak dah tak nak kasi kami adik dah, rupa rupa abah nak lagi anak laki.. dua tahun kemudian lahirlah adik lelaki kami, yuyu suka sangat sebab hidup yuyu begitu sempurna sebab mempunyai mak abah yang terbaik, ada abang ada kakak ada adik perempauan dan lelaki ..adik yuyu nie diberi nama Mohd Zulfikar, kecik kecik dulu dia jenis penakut nak pergi toilet selalu kena berteman pastu kalau teman dia tak nampak bayang kitaorang dia tak nak masuk toilet...dia punya penakut tuh bukan masa umur tadika jea tapi terbawa bawa sampai dah baligh auu.. aiishhh penakut yuyu pun penakut dia lagi..tak tahu dah nak buat macam mana, cemuh bebel tiap tiap hari tapi dia buat macam telinga pekak jea, ntah macam mana dia boleh berubah jadi berani cikit dari penakut tuh..sekarang dialah penyejuk hati mak abah sebab setiap kali balik hostel dia laa jadi imam kat rumah time solat..YaAllah tak sangka sungguh macam tuh sekali dia berubah..Alhamdulillah yuyu bangga dengan dia, semoga dia berjaya kejar cita cita menjadi seorang pendidik suatu hari nanti..

Pejam celik pejam celik kemudian kami dikurniakan lagi seorang adik perempuan yang diberi nama Shahizatul Akma mungkin yang terakhir!!!kedatangan dia memberi sejuta kebahagian kepada kami, mata dia lain dari kami semua mata dia agak sepet yuyu tak pasti dia mewarisi belah mana yang pasti dia memang adik kandung kami..-,-' dia begitu rapat dengan kami mungkin adik bongsu kan semua orang bagi kasih yang menggunung,jelez yuyu...sejak kecil sampai laa sekarang gelaran dia tetap tak berubah 'adik' itu laa nama yang kami panggil. dia seorang yang pandai setiap kali peperiksaan mesti memberi keputusan yang terbaik.bila dah nama adik bongsu mestilah diorang tak akan lalui kesusuhan macam abang kakak dia lalui kan, dulu kami kesekolah berbasikal jerr pukul 6.30 dah kena kayuh sampai sekolah berpeluh peluh.. tapi adik tak pernah pun kayuh basikal kesekolah, pergi sekolah abah hantar balik sekolah abah amik...best nyaa jadi anak bongsu ..time abah tak sihat siap boleh bawa motor sendiri pergi sekolah.. aiishh memang yuyu jelez sangat dengan kamu dik!!!! uuwaaaaa .....

Ya Allah Ya Tuhanku, kami bersyukur terhadapmu kerana memberikan kami abah dan mak yang sangat baik! Kami memohon kepadamu,Ya Allah, berikanlah mereka balasan sebaik-baiknya, atas didikkan mereka kepada kami adik beradik, dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami. Peliharalah mereka sepertimana mereka memelihara kami! Ya Allah, ya Tuhanku, di malam ini aku terkenang semua itu, terlalu banyak budi mereka yang kami balas dengan menyakiti hati mereka, sedangkan kami tahu, Engkau melarang menyebut 'ah' kepada mereka. Didikkan dan asuhan mereka banyak yang telah kami ambil ringan, walhal kami lupa bahawa didikkan dan asuhan mereka inilah yang membuatkan kami menjadi manusia yang mengenali agamamu,ya Allah. 

Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengadungkan kami 8 orang adik beradik, kesakitan sanggup dilalui ketika melahirkan kami, tidur malam mereka, kami ganggu, titik peluh mereka basah kering dalam membesarkan kami, namun tidak pernah mereka mengadu letih, juga tidak pernah mereka mengadu sakit. Berlapar demi kami kenyang, mencari harta yang tidak terkumpul kerana habis untuk pendidikan kami, namun kami lupa semua itu, Ya Allah! Kerana mereka tidak pernah merungut mahupun Mengadu kepada kami, ya Allah! 


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, perkenakanlah doa ini dan jadikanlah ini doa anak-anak yang soleh dan solehah iaitu dari kami anak-anaknya, Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku! Aminnn!!!!!






Daisypath Anniversary tickers