29 August 2014

SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:32 PM Comments : 6 Labels :
Assalamualaikum ...

haiii petang petang camnih mood nak buat kerja dah kelaut, duk fikir nak balik jea kan lagi lagi esok tak kerja ..yeeaahhhhaaaa esok yuyu pergi honeymoon taw sempena ulangbulan perkahwinan ke 7bulan ..hihihi .. pergi sana sani terjumpa lah blog someone nih ada buat segmen, apa lagi yuyu kalau syarat peryertaan superr duperrr simple yuyu terus join .. hahahaa..

jom korang join sekali, senang giler nak join segmen nih ..rugi tak join ..harrrr nak join klik banner bawah tuh ehhh -..-"




26 August 2014

Kenapa Mata nih Gedik ?? aiisshh ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:40 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum....

cantik tak mata yuyu ... auuummm *_*

ishh kenapa mata nih gedik sangat hah, dia punya gedik tuh datang tak menentu.. mengganggu sungguh kerja yuyu dan merimaskan, sesaja buat tajuk entry camtuh nak tarik perhatian korang untuk baca blog yuyu nih ..hahahahaa..tak adalah gurau jer, okay okay kelompak mata sebelah kiri yuyu nih asyik berkelip kelip jer sejak dari kelmarin dulu lagi, tak tahu kenapa .. sekarang dah stop,nanti tengok kejap lagi mesti kelip lagi dah laa sebelah kiri.. orang orang tua cakap benda tak elok, hmm ...

harr dah alang alang yuyu duk dalam google yuyu cuba tengok kenapa mata kiri nih berkelip kelip ??

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak : akan menangis.

betul ker??aiishh jangan percaya sangat, semua tuh mitos kalau percaya itu namanya syirik ..*_* okay yuyu nak kongsi cerita sikit dengan korang, bila yuyu tengok sebab kenapa mata yuyu berkelip kelip terus yuyu fikir benda nih hanyalah kebetulan .. okay camnih semalam yuyu ajak husben pergi Watson beli pregnant test sebab yuyu punya period dah dua bulan lebih tak datang, untuk jalan menyelesaiannya yuyu nak cuba test kot kot lah rezeki yuyu kan... yuyu memang teringin nak anak tapi tak fikir sangat sebab kami baru lagi kawin kan, mulut jer kata tak fikir tapi hati memang nak sangat sangat ..-..-"

tetiba pagi tadi masa nak solat subuh tengok tengok ...............................hampa,kecewa dan rasa nak menangis kuat kuat biar husben terkejut ..korang tahu apa dah jadi??? yuyu period !!! :'( terus sambung tidur balik sebab taknak fikir benda nih, kejut suami bangun mandi ..bila dia dah siap semua yuyu buka mata pandang dia, dia pandang yuyu balik ..yuyu tahu mesti husben dah syak yang yuyu period sebab sejadah berlipat rapi seperti semalam, pastuh yang yuyu lagi sedih bila husben senyap jea pagi tadi ..biasa dia usik yuyu pepagi tapi hari nie tak pun, sedih sangat ..sobsobsob ..

masalah mata berkelip kelip nih tidak ada kaitan dengan kepercayaan orang tua tua, kalau sesuatu kejadian yang berlaku mungkin kebetulan sahaja. sebagai umat islam sama samalah kita elak daripada mempercayai kepercayaan ini kerana ia menghampiri kepada perkara khurafat.. Yakinlah setiap kejadian itu adalah qada dan qadar Allah s.w.t


Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 9:39 AM Comments : 7 Labels :
Assalamualaikum ....


nak join?? klik banner :)

Selamat Bersegmen !!!

22 August 2014

Bersama Insan Dunia & Akhirat ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:33 PM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum...

Hari bahagia detik 01.02.2014 saat paling mengembirakan, menjadi raja sehari pasti memori terindah dalam hidup yuyu yang tak mampu yuyu luahkan dengan emosi melainkan emosi gembira !!!*__* menjadi pasangan kepada husben sekarang, bakal menjadi seorang ibu kepada anak anak suatu hari nanti dan seterusnya menjadi nenek kepada cucu cucu, InsyaAllah ..masa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari, masa deras berlalu tanpa henti ..

Keluarga adalah utama bagi yuyu walaupun sekarang yuyu sudah mempunyai keluarga sendiri, dapat bersama dengan mak abah, bersama adik beradik .. semoga ikatan ini kekal hingga kesyurga !!!











yuyu sayang insan insan nie, mereka sentiasa berada disamping yuyu ketika dan saat suka duka .. mungkin yuyu akan rebah tersungkur disaat yuyu merasakan keperitan hidup dulu, mereka banyak memberi yuyu kekuatan untuk meneruskan hidup ini ....




5 Mitos: Kevin, gemuk atau buncit tak kalau ….

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:38 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum

korang lunch apa hari nih? yuyu bedal sizzling seafood dengan air mango spain .. wauuuu sungguh menyelerakan walaupun makan tak habis, hukhukhuk .. sebelum sampai kedai makan bukan main kebulur perut yuyu nih, bila amik order bukan main berlagak macam makanan tuh boleh habiskan sorang sorang !!!


harrr bila makan sambil minum ais, walawehh perut dah macam pregnant ..masuk masuk opis goggle pasal perut buncit, tetiba tertarik pada mitos dari Kevin Zahri ..meh yuyu share dengan korang ..
::malas nak taip balik, so kopi jadikan pasta jer !!! n___n ..huahuahua

1. Mitos: Gemuk tak kalau saya baring selepas makan.

Jawapan: Tak jugak. Makanan tu memang ada isipadu yang akan terkandung dalam perut selepas makan dan bergantung kepada kualiti makanan perlukan jangka masa tertentu untuk dicernakan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, sudah tentu perut nampak buncit tapi itu sementara sahaja.

2. Mitos: Mandi selepas makan menggemukkan tak?

Jawapan: Tak. Tiada hubungan mandi (sejuk atau panas) selepas makan. Ia mungkin proses pencernaan terganggu (mungkin lah) tapi akhirnya tempoh pencernaan tidak mempengaruhi naik-turun berat badan. Bagi saya – saya tidak gemar mandi selepas makan tapi bukan sebab nak jaga berat badan tapi kerana rasa kurang selesa untuk mandi immediately after.

3. Mitos: Minum air sebelum atau semasa makan membuncitkan.

Jawapan: Yes and no.
  • Yes: lebih banyak isipadu air yang anda minum sudah tentu akan membuncitkan perut lagi. But macam dalam mitos (1), isipadu air itu akan dicernakan tak tidak membuncitkan secara langsung – cuma untuk jangka masa pendek.
  • No. Air kosong tidak boleh menggemukkan langsung kerana ia tidak mengandungi apa-apa kalori. BUT, kalau anda kurang pengambilan serat dan banyak ambil garam, maka water retention akan bertambah. Tapi itu bukan salah minum air semasa atau sebelum makan.

4. Mitos: Tidur selepas makan menggemukkan!

Jawapan: Pun tak jugak. Katakanlah anda berjaya (bukan mudah sebenarnya kerana metabolism badan selepas makan lebih tinggi) tidur selepas makan pun, proses pencernaan tu akan tetap berterusan. Naik-turun berat badan di sini tak lah bergantung kepada jarak antara tidur dan makan TAPI kepada jumlah pengambilan kalori (kalor in) sepanjang hari berbading keluarkan kalori (kalori out) . Hanya apabila kalori in lebihi kalori out, berat badan (lemak) akan bertambah.

5. Mitos: Kalau saya makan A atau B menggemukkan tak?

Jawapan: Sama macam mitos (4), naik-turun berat badan di sini tidak bergantung kepada satu makanan, minuman atau suplemen semata-mata. Ia bergantung kepada keseluruhan pilihan makanan (dan minuman) sepanjang hari.

Nixoderm Memang Berkesan ..!!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:13 AM Comments : 3 Labels :
Assalamualaikum ..

Arrrghhhh jerawat!!! lumrah lah setiap orang menghadapi masalah jerawat diwajah, kalau jerawat keluar seketul dah riuh satu kampung siapa gamaknya selalu macam nih cuba angkat tangan yuyu nak tengok ..hihihi *__* macam mana pulak perasaan orang yang jerawat penuh dimuka tuh?lebih lebih lagi perempuan, mesti korang rasa nak conteng muka dengan arang kan .. aiishh kesian, yuyu ada sorang kawan dulu masa zaman sekolah dia cukup sempurna tapi muka dia banyak jerawat bukan kecik kecik tapi jenis jerawat batu tuh ..yuyu kesian dekat dia :'(

syukur alhamdulillah kulit muka yuyu tak banyak kerenah, bukan tak ada jerawat langsung ada cuma keluar time time jea ..hukhukhuk ..beruntung siapa yang kulit muka licin tanpa jerawat bak buah pelam dikupas, ada ehh peribahasa tuh??yuyu main bedal jer tuh ... n__n

dulu masa sekolah selalu jerawat nih keluar sesuka hati dah tak ikut time, stress memang stress laa tangan nih tak boleh nak duduk diam selalu nak peyek peyek .. sampai keluar darah, dah bila pakai makeup jadi bertompok tompok dekat jerawat tuh ... huh!!! rasa tak nak jumpa boyfrenz saat tuh ..*gedik !!! -,-" yuyu sejak kecik lagi memang amik berat pasal muka walaupun muka nih tak berapa cantik macam 'Wawa Zainal' huahuahuaaa....

meh yuyu nak share dengan korang, yuyu guna krim dari farmasi taw kalau mek jerawat nih menjelma ..dah lama dah yuyu guna sejak form5 lagi tak silap yuyu lah, krim nih tak pernah tak ada atas meja solek yuyu tuh, sentiasa ada dia peneman disaat yuyu stress dengan mek jerawat janaham nih t__t krim nih memang berkesan untuk kulit yuyu ..pakai dua malam konpem kecut jerawat tuh ..



cara pakai : 7hari berturut turut (malam) ,stop 3hari sambung balik pakai 7hari berturut turut ..
*sapu pada jerawat*


pttss : siapa pernah guna product nih??berkesan tak untuk korang ...share dengan yuyu ehh n___n

Selamat Hari Lahir Kakak ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 9:38 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum...



yuyu ada sorang jer kakak, tak mungkin ada kakak lain selain kakak yuyu nih .. hari nie hari jadi dia yang ke-29, yuyu nak ucapkan terima kasih kerana dilahirkan sebagai kakak yuyu walaupun kakak selalu menyakitkan hati yuyu zaman muda muda dulu, yuyu tahu kakak mana nak tengok adik dia berkawan dengan orang yang bermasalah kan, semua kakak didunia nih nak tengok adik nya berjaya !!!

memang kami tak berapa rapat seperti rapat nya yuyu dengan adik yuyu tapi yuyu sayang kakak yuyu nih, dia seorang yang baik sangat sangat tak pernah berkira walaupun satu sen dengan adik adiknya ..*_*
sekarang kakak tunggu detik detik untuk melahirkan cahaya mata yang selama ini mereka idamkan, semoga Allah permudahkan segalanya ..yuyu tak sabar nak tunggu permata indah dari kakak .. *Nurin Imanina ( cahaya keimanan kami ) * InsyaAllah n__n

semoga kakak dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
anak anak yang soleh dan solehan ...

May Allah save u...dunia & akhirat -..-'

21 August 2014

Segmen Raya 2014 By Bella Din

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:01 AM Comments : 17 Labels :
Assalamualaikum ...


* nak join ?? meh klik banner .. !!! :)

20 August 2014

Mulut Asyik Nak Mengunyah Jeee ..

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:49 PM Comments : 4 Labels :
Assalamualaikum .....

Selamat petang semua, dah lunch ker? yuyu lunch tadi tak makan apa pun dah kenyang pukul 12.00  bedal lemang + rendang ada sorang mamat tuh belanja kitaorang, katanya ada orang mengidam .. siapa ntah yang mengidam tuh?? n__n exceli tak sempat nak pergi kedai makan tadi, yuyu terpaksa balik rumah kejap ada hal nak disettle kan ..okay abaikan !!!

kenapa ehh sejak dua menjak nih mulut yuyu asyik nak mengunyah jea, kelmarin tunggu husben balik kerja pastu suruh dia pergi beli maggie celup padahal yuyu dah siap masak time tuh, husben cakap apa "bukan ker dah masak, tak kan nak makan maggie celup lagi" yuyu balas apa "alaaaa...makan maggie dulu nanti malam makan nasi pulak" si husben hensem nih pun turut jea kehendak si isteri comei nih kang tak pasal pasal muncung sedepa pulak ann (*__*) lepas makan maggie tuh dalam pukul 7 lebih rasa nak kunyah jajan pulak..hmm..nasib ahh dekat rumah tuh banyak stock jajan dapat hamper raya baru nih, kalau tak paksa husben pergi beli dekat kedai runcit ..hihihi

kalau dekat opis, yuyu bawa stock jajan takut mulut nih buat perangai pulak naya nak kejar balik rumah gara gara nak amik jajan jer kan ..nanti kena lempang dekat madam siapa nak jawab kan -,-' .. kalau kerepek ke maruku ke yuyu tak layan pulak, pelik lah .. dekat rumah tuh stock kerepek lebihan time raya berlambak lambak siapa nak tolong habiskan hah?? siapa nak?? meh laa datang rumah yuyu, yuyu siap bagi tapau lagi untuk korang cepat datang sebelum kerepek tuh semua lemau ..hikhikhik





aiishhh benda nih jugak menjadi pebret mulut yuyu nih...alahaiiii cik mulut mulus tak elok lah makan benda nih selalu, tolong laaa tukar keinginan kamu tuh cik mulut mulus .. kesian dekat tuan kamu nih, tukar lah pulak kepada makanan yang berkhsiat sikit..buah buahan ke ... haiishh TT______TT


Dhiya's First Giveaway

Penulis : Princes Yuyue Masa : 9:58 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ...

 * nak join ?? klik banner :) *

19 August 2014

Remote Kereta ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:52 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ...

Beberapa hari naik Shah Alam setelah seminggu cuti raya dekat kampung remote kereta yuyu buat hal, memula tuh husben nak kunci kereta tekanlah alarm kan dah tak ada bunyi..dah kenapa gitu pulak?? adoiii macam macam hal lah proton nih, cakap dalam hati jea tak berani nak maki hamun dekat husben kang tak pasal pasal kena habuan ..*husben kerja proton okay !!! n_n

Bila cuba remote lagi satu pun sama jugak, haiiihhh macam pelik jer tak kan virus nya berjangkit kot !!! yuyu dah start bengang dah time tuh, husben cakap nih bukan problem remote mesti problem dalam perut comey nih (kereta) .. harrrr satu hal pulak nak kena pergi proton centre, padahal baru jer pergi servis untuk 16k kilometer .. time nak pergi servis tuh memang remote dah buat hal tapi si husben lupa nak kasi tahu staff situ pasal nih ...sabar jer lah, kang marah marah tak pasal pasal jadi isteri derhaka pulak !!!*__*

Tetiba semalam remote lagi buat mereng pulak, dah tak boleh nak kunci automatik kena pakai manual pulak hah ...haiishhh proton nih memang kena saman nih, angin jerrr .. nasib ahh tak ada bunyi kalau tak buat malu jer, hmm... apa kes sebenarnya remote nih?? korang pernah mengalami situasi macam nih tak?? please share dengan yuyu ....-..-' ..

Alhamdulillah .... !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:06 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ...



Yuyu dan korang semua masih bernafas diketika ini dan saat ini???
ALHAMDULILLAH
Mari kita sentiasa memperbaiki diri ..!!!

Salah satu nikmat dunia dari Allah ialah masih dapat bernafas dan menghirup udara petang ..n_n




BFF Selamanya ....!!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:55 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

Pepagi nih kalau tak jenguk simasyam nih tak tenang nak buat kerja, setiap hari mesti kena luangkan masa dengan dia dulu baru dia selalu bahagia ann ..siapa dia tuh??alorrr mestilah My Princess Yuyue nih kan..*_* mmuuahh ..mmuahh.. kalau tahu dek husben yuyu nih mahu suruh pencen jadi blogger kan, hahahaa..husben yang pertama, dulu memang lah cik blog nih yang pertama ..hikhihkhik

Semua orang mesti ada best frenz forever a.k.a bff kan..kan..sama lah kita, kami kawan sejak form3 lagi tak sangka boleh kekal sampai kehari ini dan kami seperti adik beradik..yuyu pernah kan cerita pasal bff yuyu dulu, korang ada baca tak?? sampai hati tak baca kan, touching ahh camnih nih >_< Okay dulu kami pernah berangan yang kami akan kahwin sama sama dan naik pelamin sesama, alaaa sesaja berangan mana tahu kan benda tuh jadi betul betul..kalau lah angan kami menjadi realiti ohhh indah nya hidup ini, cewahhhhh ... tak adalah kami tahu jodoh pertemuan ditangan Allah, apa yang penting hubungan persaudaraan kami kekal hingga kesyurga .InsyaAllah .

Pada tahun nie bulan dua yuyu yang paling muda dalam kelompok kami telah mengakhiri zaman dara paling awal, huahuahuaa ayat minta penampar selipar jepun tuh T__T memang tak sangka sungguh yuyu orang pertama mendirikan rumahtangga, jodoh apa boleh buat ..:)


Pada tahun nie bulan 7 akhirnya budak tecik nih pulak mengakhiri zaman dara dia, betul betul tak sangka .. iya ahh ada couple pom tak citer kat yuyu taw ..hmmm ..touching!!! hahahahaa..tuh dulu dulu laa, sekarang dah tak touching dah ..*..*


Sekarang kami tunggu nasi minyak bulan depan pulak, haaarr tak sabar nak tengok bff yuyu nih naik pelamin..couple nih dah couple selama 11tahun taw, banyak dugaan dan cabaran yang mereka lalui ..bff yuyu nih memang tahap kesabaran terlalu tinggi, rugi kalau situnang dia tinggalkan bff yuyu nih tanpa sebab ..yaAllah sungguh suci cinta mu my siblim .. semoga kamu akan mengecapi kebahagian kamu selepas dia melafazkan akad bersaksikan wali kamu.. -..-'


Lepas bulan September tunggu pulak bulan November, lagi sorang bff yuyu kahwin ..makk haaaiihh tiap tiap bulan yuyu kena apply cuti balik kenduri nih, agak agak madam appv ker tak hah? hmm .. harrr tinggal lah dua orang dara dalam group bff yuyu, empat dah berpunya lagi dua belum berpunya !!! kita tengok siapa jadi penutup untuk group yuyu nih, macam diaa..ehh mana tahu bulan Disember lagi dua orang  nak kahwin annn ... betul betul tak sangka walaupun kami tak naik pelamin sesama macam angan angan zaman muda muda dulu tapi kami kahwin dalam tahun yang sama, perancangan Allah tidak ada siapa yang tahu .. Alhamdulillah, semoga apa yang dirancang oleh korang berjalan dengan lancar. yang penting mendapat keredhaan Nya ..

18 August 2014

Terjumpa Dia lagi ...OMG

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:05 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ....

Petang petang camnih dah tak boleh nak fokus dekat paper berlambak lambak atas meja dah, makin mata aku mengadap paper nih makin terasa nak kunyah kertas nih satu persatu ..huwaaaa *kononnya gangster ... Okay itu ayat nak bagitahu yang pn.yuyu nih kerja bertimbun timbun oii, yeker?? macam tak percaya ann ..hikhikhik

Habis kerepek atas meja nih yuyu bedal gara gara perut terasa lapar melampau, ahhh kang dah lapar !! time waktu makan tidur, kang dah dapat ..padan muka *_* aiishh lambat nya nak balik, ayam dah menari nari depan yuyu nih suruh ngapp dia biar kasi kenyang perut nih .. alahaiii kesian dekat penyut buncit nih, sabar..sabar..lagi sejam lebih lagi ...okay..okay .

Ehhh.. apa kejadah yuyu duk membebel pasal ayam nih ..Okay okay tukar tajuk, korang masa zaman muda muda dulu korang ada tak someone minat gila dekat korang??sampai anggap korang girlprenz dia, ada tak?? hmm ... yuyu nih boleh dikatakan lawa jugak laa kan sebab ada orang tuh minat gila gila dekat yuyu ..hahahaha *terlebih perasan,nah amik batu baling muka yuyu ..!!! pendek kan cerita lah kan, semalam yuyu terjumpa lagi dengan budak tuh ..apa lagi control ayu lah yuyu, aiishh rasa nak lempang jerrr pipi nih ..hahahahaaa

Exceli yuyu bukan kali pertama jumpa dia lepas habis zaman muda muda dulu, nih dah kali keberapa dah lupa ..tak silap yuyu kali ke3 kot ..lelaki tuh bukan siapa pun bagi yuyu sejak dari zaman muda muda lagi tapi, dia tuh terlebih santan boleh nya dia heboh satu sekolah tuh yuyu nih girlprenz dia ???ada ker patut???memang tak patut lah kan,harrrr sebulan jugak lah yuyu keluar melodi gara gara kontroversi yang terhanggat nih ..*rasa macam retis tak bergaji pulak ..huahuahuaa

Yang budak lelaki tuh ada kena mengena jugak dengan husben yuyu, sepupu sepapak lebih kurang lah .. disebabkan tuh lah yuyu sering kali terserepak dengan dia, kalau dekat kampung memang jarang ahh nak jumpa ..selalunya jumpa dekat kenduri kendara sedara sepupu sepapak diorang arr ..errghhh ...rasa nak pakai topeng jer time jumpa dia .. husben yuyu memang tak lepas tangan yuyu ahh kalau time jumpa dia, nak tunjuk romantik laa tuh ..hihihi ... nih mesti nak kasi budak lelaki tuh jelez ann ... eleh lelaki tuh dah berbini dah, dah sorang anak .. tak ada makna dia nak jelez kan..kan..kan..

Tapi kan ..tapi kan.. semalam dia masih usha usha yuyu ahh..alamak terlebih perasan pulak .*sambil tutup muka .. betul lah, ehhh dia masih tak lupakan yuyu ker?? kalau masih ingat yuyu tak kan boleh dapat anak dengan bini dia tuh ...harrr ..jeng..jeng ..okay abaikan !!!*___* dia tak tegur yuyu pun semalam, bini dia tegur lah tuh pun kebetulan jumpa depan depan ..yuyu okay jea, yang lelaki tuh nak gelabah apa pasal ?? huahuahuaaa

Korang ada cerita kisah zaman muda muda dulu tak??share ahh dengan yuyu .. mesti kelakar kan .. sweetttt gituuuu ..

Wahaiiii Simata Bulat !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:04 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...




Agak bengang lah jugak kalau pepagi dah rasa mengantuk, setiap lima minit menguap . adoiii terasa stress bila fikiran dan tubuh nih tak boleh diajak bekerja .. rasa nak letak jea kepala nih kat atas meja nih, help ..help .. yuyu perlukan bantal disaat ini !!!! >_<

Setiap kejadian berlaku pasti ada sebabnya walaupun kadang-kala ia tidak mampu dikawal oleh anggota badan sendiri. Mengapa kita ada kalanya keluar air mata, mata berkelip, rasa gatal pada mana-mana bahagian badan dan kepala berdenyut?

Begitu juga dengan perbuatan menguap yang langsung tidak boleh dikawal ataupun sengaja kita lakukan kerana tindakan itu dianggap sesuatu yang berlaku disebabkan kesan dalaman. Pernahkah korang berada dalam situasi macam nih? apabila ada seseorang menguap, pasti akan ada orang lain juga menguap?  Ini banyak berlaku di dalam kelas bagi mereka yang menyandang jawatan dalam bidang perguruan dan pendidikan. Ini betul-betul menguji jiwa para guru. hahahahaha *__*

Menguap tak semestinya kita mengantuk ann, tapi yuyu saat ini dan ketika ini terasa amat amat lah mengantuk .. bila tangan nih ligat menekan keyboard automatik mata terasa sedikit ringan tak seperti sebelum yuyu log in blog tadi, harrr so kenapa boleh jadi camtuh?? okay, bila tangan kita bergerak dengan laju outomatik sel sel otak kita jugak berfungsi, so masalah mengantuk nih boleh diatasi dengan korang mengupdate blog ..huahuahuaaa ... bohong semata mata !!!! TT______TT


16 August 2014

Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:11 AM Comments : 21 Labels :
Assalamualaikum.....


Klik Banner untuk join ;)

15 August 2014

Mesti Lupakan , Mesti dan Pastikan ..!!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:15 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

BAHAGIA itu tidak berbentuk tidak berupa, bahagia itu bukan di hati orang, tapi di hati kita. Lebih kuat anda kejar lebih jauh ia pergi. Ada orang bahagia bila berada di tepi pantai yang indah, anginnya sepoi-sepoi bahasa dan pasir memutih terbentang luas. Bila ditanya di mana rasa bahagia, adakah pasir memutihnya, jika ya, genggamlah pasir, bahagia atau tidak, pasti jawapannya tidak. Adakah air lautnya, sentuhlah air, saya pasti jawapan air juga tidak.

Sebenarnya aku terperangkap dengan cinta masa dulu, kerana aku menyimpannya sebagai kenangan manis. Aku sedang bermimpi disiang hari.
Sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah, sebab itu aku tidak dinikahkan dengannya.

Jodoh pilihan Allah adalah suami sekarang, lelaki yang baik juga bertanggungjawab dan anak anak yang bakal aku lahirkan.
Adakah aku mahu melawan ketentuan Allah, dan hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai aku? Adakah aku sanggup meninggalkan suami hanya kerana perasaan tidak pasti dan menyalahi status isteri.
Cermin diri, masa bercinta umur berapa dan sekarang sudah berapa. Jangan menolak ketentuan Allah, nanti buruk padahnya.

Percayalah, dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki kita cintai.
Suami yang mencintai kita akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum tentu sanggup berkorban untuk kita.

Yuyu nasihatkan jangan menyuruh hujan naik ke langit semula. Lihatlah wajah suami dan anak-anak, sanggupkah kita meninggalkan mereka. Fikirkanlah suami yang sudi mengambil kita hingga menjadi ibu. Lupakan kisah silam.
Insaflah, tanya apa yang kita mahu sebenarnya, cinta yang kita kejar adalah lambaian iblis yang menggenggam hati kita untuk derhaka kepada suami dan terjebak dalam noda dan dosa.

Terimalah jodoh yang ditentukan Allah kerana suami akan menentukan anda jumpa bahagia atau tidak, sama ada di dunia dan di akhirat. Hati kita kosong dari perasaan rindu kepada Allah, bersyukur dengan Allah dan berasa Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita. Belajarlah membaca al-Quran dan banyakkan solat.
Belajar mengenali sayang Allah pada kita dan belajarlah mensyukuri apa yang ada. Perasaan di hati adalah racun iblis yang sudah menyerap ke seluruh tubuh.

Bersihkan diri dengan zikir dan membaca ayat Allah dan tafsirannya. Ajal tidak mengenal umur, tempat dan keadaan. Bayangkan ajal mendatangi kita dalam keadaan suami tidak mengampunkan kita dan anak tidak mendoakan kita, ke mana nak minta tolong. :'(
Sesungguhnya seluruh langit dan bumi dan seluruh isinya adalah dalam pengetahuan dan kawalan Allah, jangan cuba menentang-Nya.


Allah tahu apa yang kamu ucapkan dan apa yang kamu sembunyikan. Kematian itu pasti, adakah kita sudah bersedia? Semoga terus membaca diri dan mencintai diri yang banyak berdosa… jangan tambah lagi. Insaf sebelum terlambat.

psstt : pesanan untuk diri sendiri dan kengkawan semua .. :'( yesss yuyu pastikan semua ini akan berakhir pada saat ini dan ketika ini ..yeaahhhh ..peeeppsss

Jemputan Raya Uitm Shah Alam

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:07 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

errkkkk ...alhamdulillah kenyang makan lemang tiga ketul, hihihihi .. hari nie kami staff Suasa Group dijemput hadir ke jamuan raya di Uitm Shah Alam ,amboii ayat skima -..- biasa jamuan untuk makan tengah hari tapi nih makan pagi, kami nie semua jaga badan mana nak makan banyak banyak pepagi ann lain lah tengah hari kami semua bedal ..huahuahuaaa


tuh dia big boss and madam ... sepasang purple nya, apa macam segak dak ?? :)

Yang sebetulnya kakitangan Suasa Group hanyalah 4 ketul jerr, best kerja tak ramai staff nih .. tak ada lah berpuak puak kan, kami gelak gelak bersama gaduh pun bersama .. boleh pulak macam tuh ? hehehe 


antara antara staff Suasa Group :) comei comei belaka annn ..


first time yuyu posing dengan bos taw, siap posing gitu lagi hah .. bos cakap apa ? macam skandal lah kita dua ..hahaha :D

barisan jemputan vip konon konon nya ... haakk

Mana gambar juadah hari raya nya?? harrr ... tak snap pom malu arr semua orang tengok kami macam kami nih retis gituuu ... hikhikhik


12 August 2014

Segmen: Bloglist Ogos 2014 By PERMATABIRU

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:47 PM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum ...


jom join .. klik banner bawah tuh ehh :)


Tarikh Tutup : 14 Ogos 2014 jam : 12 tengah hari

11 August 2014

Segmen Mencari 20 Bloglist Bertuah

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:41 PM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum ....

* klik banner untuk join ... :) *



Segmen Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

Penulis : Princes Yuyue Masa : 3:51 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum .....



Klik Banner untuk join ..

08 August 2014

Pengalaman Berada DiRumah Keluarga Suami ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:20 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Ehh . . Yuyu rasa yuyu belum ucap Selamat Hari Raya lagi kan dekat korang, alahaiiii sorry lah korang yuyu sampai terlupa hah gara gara blog yuyu bermasalah pasal follower taknak keluar gambar tuh .. Okay okay hari nie masih dibulan syawal ann, so masih belum terlambat yuyu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca setia yuyu ehh ..mmuahh sayang korang!!!

Memula tuh nak minta simpati dengan korang nih, meh laa pinjam bahu kejap yuyu nak nangis nih .. huwaaa sedih gambar raya dengan husben yuyu takada pun, WHY ??? errrgg tanya lah dekat dia, malas yuyu nak citer dekat sini. rasa nak merajuk setahun dengan dia taw .. huuuuuu.. aiishh rasa nak putar balik jerr saat pagi tuh, tak mungkin lah itu terjadi ..okay fine!!!

Masa mula mula nak kahwin dulu kan yuyu selalu terfikir family dia boleh ke terima aku hah? bukan sekali jea fikir macam tuh tapi, berkali kali sampai termimpi mimpi kot *tidur tak basuh kaki lah tuh ..:) memang yuyu kenal husben sejak tahun 2003 lagi tapi family dia yuyu tak pernah kenal pun, mak abah dia macam mana pun yuyu tak tahu ..yuyu jenis tak banyak cakap, kalau cakap punyalah lemah lembut *rasa nak muntah warni warni laa tuuu ..*_* ..yuyu tak tahu cara family dia, cakap kuat kuat ke jenis buat hal sendiri ke ..semua tuh yuyu tak tahu, bila dah sah kahwin dengan husben yuyu baru yuyu tahu macam mana cara diorang.. memang banyak perbezaan dengan cara family yuyu .. boleh dikatakan kejutan budayalah jugak, kekekekee

Keluarga husben yuyu jenis suka berkumpul ramai ramai waktu malam time tengok tv, bukan setakat adik beradik dia jea tapi sepupu sepapak, sedara mara, orang orang kampung bagai mai berkumpul rumah dia taw .. ehhh bukan semualah tapi boleh dikatakan ramai jugak waktu malam malam tuh T___T. kebanyakan bebudak bujang lelaki lah, suka datang lepak sambil sambil bersembang .. kalau korang apa korang rasa?? mesti segan kan nak lepak sama, dah tuh tak kan nak berperap jea dalam bilik nanti apa pulak sedara mara dia cakap kan..mesti korang pelik kan, tak kan rumah diorang tak ada tv sampai nak tumpang layan tv rumah mertua yuyu ann... tak, sedara mara husben yuyu rumahnya sebelah rumah jea, belakang rumah, depan rumah .. memang mereka nih semua rapat sangat sangat diantara satu sama lain.

Harrr diaorang nih jenis cakap kuat kuat, yuyu dengar pun rasa nak lempang jer ...hihihi.. lagi lagi bila diorang marah anak buah diorang, aiiishhh rasa nak terkeluar tahi telinga yuyu nih ..-_- lagi bertambah riuh rendah dalam rumah tuh kalau anak sepupu sepapak diorang datang.. Bukan nak cakap family yuyu tak cakap kuat tapi tak adalah riuh rendah macam kenduri ann, kami adik beradik kebanyakan pendiam mungkin sebab abah yuyu garang kot, dulu masa kecik kecik kami tak berani nak gaduh gaduh nak cakap kuat kuat takut nanti kena marah dengan abah, tuh kot sebab kenapa kami jenis tak cakap banyak ..

Banyak sebenarnya yuyu nak cerita pasal pengalaman yuyu nih, takut nanti korang jemu pulak tengok tulisan macam cerpen nih .. tapi yuyu bahagia dan bersyukur dapat keluarga mertua happening macam nih, mak abah mertua yuyu pun sangat sangat sporting ..lagi suka bila mak mertua sayang yuyu !!

Apa pengalaman korang ??? harrr tekan button comment untuk share dengan yuyu .. peeppsss *_____*

07 August 2014

Tolong Yuyu Pleaseeee !!!

Penulis : Princes Yuyue Masa : 2:48 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum......

Alahaiiii rinduuu nya dengan blog yuyu nih, dah berapa lama tak jenguk sini .. bukan tak ada masa tapi mood nak berblogger down tahap mati kucing kesayangan auu .. haiiihh sejak bila yuyu suka kucing?? harrr abaikan, semua tuh bohong !!! errghh

Masih ada lagi ke hamba hamba Allah nih yang singgah blog yuyu hah? ntah ntah lalu sini pun tak sudi kan, ini kan pulak nak singgah ..adehh sadis sungguh!! dari sebelum raya hinggalah selepas raya follower yuyu tak bertambah tambah pun.. banyak tuh jerr :'( bukan niat yuyu berblogger nih nak tambah follower, iyaa lah kalau setakat follower jea beribu riban tapi pageview tak capai ribu riban apa guna jugak kan, follower berjuta juta tapi tak ada pembaca yang setia pun tak guna jugak ..amboii mek yuyu cakap macam dia bagus sangat , hahahahahaha ... peeppss .. yuyu ada buat korang terasa hati ehh? oohh maybe yuyu lama tak mengupdate kot, nak sedap kan hati ...ttskk .. harrr tak pun sebab nih ...
-
-
-
-
-
-
-
-
...........


masuk hari nie ntah hari keberapa dah widget follower yuyu bermasalah, paparan dia keluar macam dekat atas tuh.. yuyu dah tak tahu nak buat macam mana dah, ramai jugak lah senior senior yuyu tanya tapi kebanyakan diorang tak tahu .. ada yang kata ini masalah blogspot, betul ker? tapi sampai bila ?

sedih jugak lah bila log in jer still macam nih, nak tengok muka comel follower yuyu pun tak dapat .. alahaiiii nampak macam kena terima hakikat jer ..huhuhu :"( ada ker kawan kawan blogger yang pernah mengalami masalah macam yuyu nih? kalau ada yuyu harap korang dapat tolong yuyu .. berharap sangat .. hmmmm