18 June 2014

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

Penulis : Unknown Masa : 12:24 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Haii haii warga bloggers, sihat sihat ke belaka? hari nih relax cikit sebab report bulanan untuk meeting semua dah settle, mood nak buat kerja pun down untuk hari nih sebab kepala asyik duk fikir dekat husben tersayang tuh!! sekarang musim panas kan, kepada semua kengkawan yuyu banyakkan minum air eh? nanti korang lemah dan tak bermaya pulak, kesian blog korang tak ada orang nak tolong jenguk kan .. hihihii blog jugak yang dikesiankan ..

okay berbalik kepada entry yuyu tulis tuh, aisshhh !!! korang pernah dengar tak penyakit nih kena kepada golongan dewasa?? pernah tak?? hari sabtu lepas yuyu dengan husben pergi dua tempat kenduri, makanan yang kami jamah benda yang sama jea iaitu nasi arab , jap ada tak orang yang alahan dengan nasi arab?? macam pelik jeee, setahu yuyu kebiasaan alahan nih kepada seafood jea .. tapi tak tahu laa kot ada kan. okay berbalik kepada cerita asalnya, begini *amboi melopong mulut korang nak tahu cerita seterusnya ..hahahahaa .. petang tuh husben mengadu kat yuyu yang dia sakit kepala, tak apalah yuyu tolong picit kepala dia tapi tak hilang jugak.. pastu dia bangun pergi mandi, siap solat asar dia minta dengan yuyu nak tidur . belum sempat nak tidur lagi dia rasa loya nak muntah !!! amik ko habis semua makanan yang dia makan keluar, aihhh kesian dia sejuk kaki tangan time tuh..yuyu dah blurr time tuh tak tahu nak buat apa, rasa nak nangis bila tengok husben tekan tekan kepala dia ..YaAllah !!!!

esoknya, dia cakap lidah dia macam ada bintik bintik merah pastu mulut rasa sakit sakit.. yuyu risau jugak sebab selera makan dia berkurang, mula mula tuh yuyu tak pikir apa lah sebab nampak dia okay jea . malam tuh dia tunjuk tapak tangan dia ada bintik merah merah, tanya dia gatal tak? dia kata tak gatal sangat..tak apalah yuyu tak syak apa apa lagi !!! harrrr balik kerja semalam dia tunjuk pulak tapak kaki dia merah merah, apa lagi gelabah kemain lagi yuyu time tuh .. pujuk dia pergi klinik, mula mula dia tak nak katanya tak apa kot!!! apa lagi yuyu paksa dia pergi jugak, akhirnyaaa kerana sayangkan isteri dia ikut cakap yuyu ...*yeaahhh berhasil!!!

doc bagi ubat demam, selesema, antibiotik dan ubat titik unsel .doc cakap penyakit nih dalam masa seminggu boleh hilang, tak ada pulak dia cakap penyakit nih boleh berjangkit .. berjangkit ke tak hah?? hmm... yuyu cuba goggle tentang penyakit nih, biasa penyakit nih terkena kepada kanak kanak umur bawah 10 tahun ,aiiihh kenapa husben yuyu pulak yang kena hah?? YaAllah .... sebelum nih pernah dengar penyakit nih tapi buat tak tahu jerr kan .. hukhukhuk :(

Tanda tanda :
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Hilang selera makan

risau sesangat bila berlaku macam nih.. harap harap esok lusa sembuhlah husben yuyu.. :'( korang minta doa kan kesihatan husben yuyu eh ? tak sanggup tengok dia macam tuh, kalau selera makan kurang makin sekeping lah husben yuyu :'( hmmm .... YaAllah hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan.bantulah dia dengan sebaik baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik baik kesembuhan .jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas kesalahannya.


No comments:

Daisypath Anniversary tickers