24 June 2014

Ooohhhh Suamiku .... :'(

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:24 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Suami siapa degil?
suami yuyu sendiri ...huuhuhuhuu.. korang ada terbaca entry yuyu yang lepas ? harrr penyakit husben yuyu belum okay lagi *lap air mata .. mmm.. merah merah dekat tapak tangan dah hilang tapi timbul pulak masalah lain, hujung jari semua 10 jari dia mengelupas .. ada sesiapa tahu tak kenapa boleh jadi macam tuh??? semalam pergi klinik, husben nak test darah tapi doc kata tak perlu sebab tak demam !!! Grrrrrrr .... dah seminggu lebih masih tak okay lagi apa kes!!!!

harrrr... husben yuyu nih degil tangan macam tuh pun still nak pergi kerja, kalau marah dia marahkan kita balik . kalau yuyu merajuk dia pulak yang touching cakap tak sayang dia .. aiihhh terasa tercabar jugak lah dengan dia nih !!! pepagi lagi yuyu dah tak ada selera nak makan bila teringat kat husben, ntah dia makan ke tidak pagi nih :'( ... lidah dia masih ada biji biji, makanan tak boleh nak mamah sepenuhnya . kalau makan pun kena telan terus ..aloorrrrr kesian sangat dekat dia ...>_<

Ya Allah, aku terima ujian Mu dalam aku meneruskan kehidupanMu, mungkin aku alpa, leka dengan nikmat dunia yang Engkau berikan sehingga Kau uji aku dengan kesihatan suami yang kurang sihat. Ya Allah, Kau maafkan aku, KAu tunjukkan aku jalan yang lurus, dan matikan dalam agamaMu..Aku berdoa semoga suami, Mohd Nazru Hisam sihat seperti sediakala dan dijauhi dari penyakit. Ya Allah Kau permudahkan urusan aku dan suamiku

p/s : hubby !!! I love you .... (-___-)

No comments: