Aku tahu hidup dunia cuma sementara tapi seolah olah aku hidup untuk selamanya, aku tahu segala amalan akan dihisab tapi masih kulupakan alam akhirat.. sebenarnya semua perkara kita tahu tapi kita buat seolah olah kita tak tahu :'( YaAllah sesungguhnya nak berubah itu sangat payah, apatah lagi ingin istiqamah ..aku takut aku terus lalai, terus leka dengan duniawi nih.dunia nih sungguh indah tapi aku yakin syurga itu pasti lebih indah dan kekal abadi. sesungguhnya aku tak kuat, disaat aku ingin berubah ada jea halangan dan dugaan yang datang. aku tak sanggup memikirkan azab kubur, apatah lagi menanggung azab nerakaMu ..
Aku sedar aku mudah lalai, diberi nikmat sikit aku terus lalai . zaman kecik kecik dulu setiap hari aku membaca Quran, adakah aku ikhlas membaca keranaMu atau kerana aku takut kena rotan dengan abah? masuk sekolah menengah Engkau temukan aku dengan kawan yang baik baik, alhamdulillah aku bersyukur sangat sangat. dalam masa yang sama Engkau temukan aku dengan seseorang yang bernama lelaki .. kerana dia aku lalai dalam percintaan, aku sanggup menghabiskan duit yang diberi oleh abah untuk top-up. kenapa duit tuh aku tak simpan untuk beri buku buku ilmiah? kenapa? yaa memang aku akui saat percintaan yang belum halal sungguh indah tapi tuh dulu. sekarang baru aku sedar bercinta dengan seorang suami yang halal berganda ganda indah nya..
Aku jugak sedar yang aku banyak menyakitkan hati mak abah aku, adik beradik aku .. YaAllah ampunilah dosa hambamu ini .. aku insan yang lemah ,tak sempurna tapi aku cuba untuk berubah !!! aku bersyukur kepadaMu kerana temukan jodoh awal kepadaku, walaupun jodohku tak begitu tinggi agamanya namun aku sungguh terharu kerana setiap hari dia cuba untuk memperbaiki dirinya. dia banyak memberi aku semangat untuk berubah menjadi lebih baik..
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.. semoga engkau sentiasa membimbing hambamu ini ya Allah,, mudah-mudahan muslimah yang tidak baik ini akan menjadi muslimah yang lebih baik di mata mu Ya Allah.. Aminnn ya rabbal a'laminn..
2 comments:
amin.. berubah demi kebaikan dan demi suami mmg niat yg mulia.. >_<
hafiza : yeaahhh ..amin .. ;)
Post a Comment