18 June 2014

Kenapa Perempuan Suka Merajuk ?

Penulis : Unknown Masa : 10:20 AM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum ...

Dulu sebelum kahwin, mak abah dan adik adik lah tempat yuyu merajuk. ada jea benda tak kena yang membuat kan yuyu merajuk !! tapi sekarang walaupun dah kawin yuyu still merajuk dengan adik adik yuyu terutama dengan sikeding tuh, sejak dulu sampai lah sekarang tak terkira keberapa kali dah yuyu merajuk dengan dia.asik benda sama jea yuyu merajuk dengan dia ..hehehee cian kat sikeding manis tuh kan ..huwaaaa.. kalau merajuk yuyu memang tak kan cakap dengan dia, kekadang terpandang muka dia yang hitam manis tuh rasa nak tergelak. ntah laa yuyu dengan dia cepat sangat nak terasa. maybe dia paling rapat dengan yuyu kot. harrr berbakul bakul yuyu kutuk dia kat sini kan,hahahahaa...lariiiiiiii ........

korang pernah gaduh dengan hasben tak?siapa tak pernah, sila angkat keyboard .. aihh susah yuyu nak percaya heh !! siapa yang selalu merajuk dengan hasben? harrrr ... yuyu lah!!! nampak tak yuyu siap angkat keyboard lagi nih, kalau boleh nak panjat atas kerusi kasi korang nampak ..hahahahahaa... *teruk betul perangainya T__T ... dulu sebelum kawin hasben yuyu selalu merajuk auu, yuyu tak pujuk pun ..aihh tak ada masa nak pujuk, lagi pun bukan hasben sah lagi pun *berlagak konon .. harrr tapi sekarang bila dah kawin yuyu punya merajuk lebih teruk dari orang pregnant auu .. boleh dikatakan setiap hari ..hihihihi.. kesian husben yuyu kan...dua tiga hari nih dah tak boleh nak merajuk lebih lebih husben yuyu tak sihat, mmm ... semalam pun yuyu bangun tengah tengah malam husben tak boleh tidur, badan dia gatal lebih lebih lagi dekat tapak kaki.. sambil sambil gosok, air mata yuyu mengalir deras dekat pipi gebu nih?? kenapa?? biar laaa rahsia eh ..lalalalalaaa

Persoalan kenapa perempuan suka merajuk? perempuan nih kalau merajuk memang muncung mulut nya tauuu, kalau tak pujuk lagi muncung lah mulut nya dah boleh simpul simpul buat reben ann ...-____- . perempuan nih sensitif macam yuyu lah, cepat sangat menangis .bukan menangis sebab nak meraih simpati dekat sesapa cuma nak lepas apa yang rasa terbeban dekat kepala nih biar rasa ringan dan boleh berfikiran dengan rasional. tak semua perempuan macam yuyu kan, ada perempuan yang susah sangat nak keluarkan air mata . golongan nih mesti seorang yang tabah !!!

pada yuyu lah kan, merajuk merajuk jugak tapi jangan sampai buat orang sekeliling kita meluat dengan sikap kita lebih lebih lagi husben atau bf korang tuh ..*suka laaa tuhhh ..

Perempuan bila disakiti dia tak marah tapi dia sedih dan masuk bilik menangis time macam ni dia akan cari someone untuk luahkan perasaan. Selalunya yang dicari sahabat baiknya dan lelaki. Lelaki perlu memahami keadaan ini. Melayan kerenah perempuan seperti melayan kerenah baby, manja, kadang-kadang gedik, mengada, kuat nangis dan kuat merajuk, tetapi itu comel sebenarnya.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab utamanya dia perlu perhatian lelaki agar pujuk mereka. Perempuan sentiasa inginkan perhatian daripada lelaki agar sentiasa amik berat tentang mereka. Perempuan nak lelaki sentiasa ada dengan dia sebab tu bila lelaki tak text perempuan. dia akan merajuk dan inginkan lelaki pujuk supaya tahu yang mereka sedang tertunggu-tunggu.


Kenapa perempuan suka merajuk. sebab hati perempuan ini lembut mudah terasa , sebab tu bila tersalah cakap sikit jea kadang-kadang perempuan akan terasa hati dan merajuk dan tugas lelaki nak pujuknya balik agar tidak merajuk. Sebab itu nak cakap dengan perempuan jangan tinggikan suara, nanti dia merajuk, jangan cakap bahasa yang kesat nanti dia merajuk. Cakap kata-kata yang manis itu membuat dia lebih suka.


Kenapa perempuan suka merajuk. sebab dia nak uji lelaki boleh tahan lama denggannya. Perempuan bila merajuk lelaki tak pujuk dia akan marah. Bila lelaki dah pujuk dia akan lagi merajuk. Lelaki kena anggap itu comel bukan beban. Kadang-kadang dia bukan nak uji lelaki tetapi dah itu sifatnya.


kenapa perempuan suka merajuk sebab nak manja-manja dengan lelakinya. Lelaki perlu memahami dan jangan terlalu amik sensitif tentang hal ini. Layan la dia dengan kesempatan yang ada itu dapat merapatkan lagi hubungan. Cara perempuan nak manja dengan lelaki dengan merajuknya.


Kenapa perempuan merajuk sebab dia jealous. Kadang perempuan taknak lelaki terlalu rapat dengan perempuan atau kawan perempuan lain itu boleh buat dia cemburu dan marah tiba-tiba merajuk. dan merajuk ini berpanjangan.


Kenapa perempuan suka merajuk sebab nak tunjuk kecomelannya. Perempuan memang teserlah kecomelannya time ni. dia hanya akan tunjuk kepada lelaki dia jea bukan kepada orang lain. untunglah lelaki kerana dapat tengok kecomelannya time merajuk. Pernah tengok perempuan merajuk dengan orang yang dia tak kenal. tidak pernah sesekali. Perempuan akan merajuk first reaksi mukanya lain jarang lelaki dapat tengok dan mulutnya akan muncung, selepas itu masuk bilik berguling atas katil sambil peluk bantal dan nangis. kadang-kadang menangis sampai keluar hingus. itu adalah comel, Indahnya an jika seorang lelaki dapat bergelar suami kepada isterinya.
Bukan senang nak jaga hati seorang perempuan kejap-kejap dia marah tapi dia marah tak seperti marah tapi meluahkan perasaan, kejap-kejap dia manja dan tiba-tiba dia boleh merajuk. itulah perempuan.


yeahhhh ... memang kena atas batang hidung sendiri T___T !!! untung laaaa dapat suami yang sanggup hadap mulut muncung  isteri hari hari kan... syukur alhamdulillah yuyu bertemu jodoh dengan suami yuyu sekarang .. tak pernah jemu melayan muka comel yuyu hari hari ..huahuahuaaa ...


ehem..ehem..thank buat korang yang sudi baca entry yuyu yang panjang berjeler jeler nih .. setelah panjang lebar yuyu merapu tentang perempuan nih, hari nie 4 bulan 2 minggu dan 4 hari hubungan halal yuyu dengan husben eh? cepat masa berlalu, sudah tiba masanya yuyu berundur untuk entry kali nih .. eceh eceh sambil kenyit kenyit mata !!! harrr sesuatu hubungan takan kekal kalau tidak ada keizinan daripada Allah..tapi kita perlu berdoa semoga hubungan kita kekal selamanya .




1 comment:

Unknown said...

Ok sis. Done baca sampai abis.
baru faham skrg. Tq sharing. Bole share cara nak pujuk pulak lepas ni. Tq :-)

Daisypath Anniversary tickers