20 June 2014

Kuih Butir Nangka Style Kelantan

Penulis : Unknown Masa : 12:21 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ....

Petang semalam punya cerita, ehem semalam last yuyu puasa sebelum menyambut bulan ramadhan beberapa hari lagi kan .. tak sabar tak sabar dah macam tunggu hari hari bahagia jerr, teruja kemain lagi . korang mesti boleh agak lah kan yuyu nih puasa sunat or puasa ganti eh? alaaaa perempuan tak lari dengan semua nih, eh korang dah settle semua ke hutang yang tak terbayar tuh? siapa belum ganti puasa lagi? harrrr nak mengelak  lah tuh !!! okay bukan ini ceritanya ... fine!!!

exceli yuyu bukan gemar sangat kuih butir nangka nih *yuyu tak sure orang sini panggil kuih apa* bila makan kuih nih mesti teringat kat sikeding tuh kuih nih pebret dia, semalam kebetulan dia datang Jalan Kebun memang rezeki dia lah semalam boleh rasa kuih tuh .. terkejut giler dia rasa kuih tuh dah macam mak yuyu yang buat. terbaik!!!!katanya ..*tidur semalam senyum jea ..~_~

jom tengok resepi kuih butir nangka nih :-

Bahan A ( untuk Butir Nangka )

  • 250 gram tepung pulut *separuh plastik 
  • satu senduk tepung beras * tak letak pun tak apa
  • sedikit air
  • sedikit kapur makan *yuyu tak letak sebab tak suka
  • pewarna hijau * tak kisah laa nak letak warna apa apa pun :)
Cara membuat Butir Nangka
  1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk + tepung beras
  2. Masukkan air + pewarna hijau
  3. uli tepung sampai sebati *sambil sambil exercise tangan -..-'
  4. Gontel kecil2 macam biji nangka
  5. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan biji nangka tadi yang digontel2
  6. Bila biji nangka tadi sudah naik terapung, itu maknanya sudah masak, dan bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air paip untuk rendaman seketika.
 Bahan B ( Kuah putih )
  • santan  dari sebiji kelapa
  • 2 senduk kecil gula *yuyu letak gula melaka a.k.a nissan T__T
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan
  1. Bagi membuat  kuahnya pula  masukkan santan, garam, gula a.k.a gula melaka, masaklah sehingga mendidih dan mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  2. Apabila butir nangka dah siap masak, tapis dan buangkan air rendaman tadi dan bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
  3. Biarkan mendidih seketika.
  4. Selepas itu bolehlah dihidangkan..sangat sedap di makan masa suam2  dan letak dalam peti ais pun sedap juga..
  5. Rasa kuih ni lemak2 manis.
  6. Selamat mencuba.


psssttt : kalau tak clear apa yang yuyu bebel nih just tinggalkan komen kat bawah nih eh .. cuba taw kalau berjaya bagitahu yuyu yea .. kalau tak berjaya tuh cuba lagi ..... '__________-


sumber : cik google -..-


No comments:

Daisypath Anniversary tickers