rindu mak
rindu abah
rindu nak peluk
rindu nak cuim
rinduuu semua nyaaa
Kalau boleh kan yuyu nak setiap saat setiap minit setiap jam setiap waktu setiap hari *berapa banyak setiap laa. yuyu nak tatap wajah mak abah yuyu ..sok sok sok
Kalau boleh yuyu nak jadi seorang yang bertanggungjawab kepada mereka, nak dapat kerja yang gaji banyak *ooppsss gaji sekarang pun banyak apa?? ngeee ..nak bagi hasil titik peluh yuyu kat mak abah, yuyu tahu mereka tak pernah mengharapkan duit gaji anak anak mereka, yang mereka inginkan dan harapkan adalah sentiasa mengingatkan mereka dalam setiap doa kami .. *lap air mata ..
Mak abah tak harapkan apa apa pun dari kami, mereka nak kami berjaya dalam kehidupan.. Kami adik beradik jauh dengan mak abah just adik bongsu jea ada dekat mereka tuh pun setiap weekend jea balik rumah sebab adik yuyu lelaki nga perempuan tuh tinggal dekat hostel kan.. call diorang selalu, tanya khabar diaorang. itu yang mereka harapkan ..mereka adalah orang paling bahagia di dunia nie bila seorang anak menanya khabar mereka kan..kan..*terasa nak nangis jeaa..
Kalau nak sebutkan pengorbanan mak abah, rasa tak terbalas kot. dari kecik sampai lah yuyu kahwin diorang tak pernah abaikan yuyu.. kalau nak kira kira kan ramai ramai adik beradik yuyu lah anak yang tak suka perabih duit mak abah *kalau adik yuyu sikeding baca nie confrm yuyu kena penumbuk dia nie.. -_' sikeding tuh anak yang suka amik kesempatan atas kebaikan abah yuyu taw.. huahuahuaaa.. tuh dulu laa time dia kecik kecik dulu duit pun tak ada kan, sekarang dia pemurah orang nya.. selalu kasi duit gaji kat abah.. -,-
Setiap kali yuyu balik kampung mak mesti tanya nak makan apa?mak nak masak..yuyu ingat lagi suatu petang tuh yuyu tanya adik 'kat mana ada jual pisang goreng best eh?' adik buat dono jea..sampai hati dia tak layan yuyu kan..diorang memang camtu, sakit jer hati nie.. *dush dush dush... pendek kan citer, last last mak balik bawa balik pisang goreng untuk yuyu.. YaAllah mak ..... time tuh yuyu terasa nak peluk cium mak tiga hari tiga malam taw... hihihihi *propa jea lebih ..
Mereka laa termanis dan terhensem di hati ini, mereka adalah anugerah yang terindah dalam hidup ini.
Bagi yang terbaca belog yuyu nie yuyu nak nak tanya korang call mak ayah korang berapa kali seminggu?setiap hari?dua hari sekali?tiga hari sekali?seminggu sekali?ke korang tunggu diorang call korang hah?kalau korang rasa belum call mak ayah kat rumah, pergi lah call sekarang selagi diorang masih ada. tanya khabar mereka. mereka pasti gembira, bahkan mereka akan menangis dalam diam..percayalaa .. :'[
cuba korang baca ayat nie *copy dari belog someone ... harap dia tak marah eh. -_-'
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi,
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Fikir-fikirkanlah..
sekian,
rinduu mak rinduu abah ..
No comments:
Post a Comment