08 August 2014

Pengalaman Berada DiRumah Keluarga Suami ...

Penulis : Princes Yuyue Masa : 4:20 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Ehh . . Yuyu rasa yuyu belum ucap Selamat Hari Raya lagi kan dekat korang, alahaiiii sorry lah korang yuyu sampai terlupa hah gara gara blog yuyu bermasalah pasal follower taknak keluar gambar tuh .. Okay okay hari nie masih dibulan syawal ann, so masih belum terlambat yuyu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca setia yuyu ehh ..mmuahh sayang korang!!!

Memula tuh nak minta simpati dengan korang nih, meh laa pinjam bahu kejap yuyu nak nangis nih .. huwaaa sedih gambar raya dengan husben yuyu takada pun, WHY ??? errrgg tanya lah dekat dia, malas yuyu nak citer dekat sini. rasa nak merajuk setahun dengan dia taw .. huuuuuu.. aiishh rasa nak putar balik jerr saat pagi tuh, tak mungkin lah itu terjadi ..okay fine!!!

Masa mula mula nak kahwin dulu kan yuyu selalu terfikir family dia boleh ke terima aku hah? bukan sekali jea fikir macam tuh tapi, berkali kali sampai termimpi mimpi kot *tidur tak basuh kaki lah tuh ..:) memang yuyu kenal husben sejak tahun 2003 lagi tapi family dia yuyu tak pernah kenal pun, mak abah dia macam mana pun yuyu tak tahu ..yuyu jenis tak banyak cakap, kalau cakap punyalah lemah lembut *rasa nak muntah warni warni laa tuuu ..*_* ..yuyu tak tahu cara family dia, cakap kuat kuat ke jenis buat hal sendiri ke ..semua tuh yuyu tak tahu, bila dah sah kahwin dengan husben yuyu baru yuyu tahu macam mana cara diorang.. memang banyak perbezaan dengan cara family yuyu .. boleh dikatakan kejutan budayalah jugak, kekekekee

Keluarga husben yuyu jenis suka berkumpul ramai ramai waktu malam time tengok tv, bukan setakat adik beradik dia jea tapi sepupu sepapak, sedara mara, orang orang kampung bagai mai berkumpul rumah dia taw .. ehhh bukan semualah tapi boleh dikatakan ramai jugak waktu malam malam tuh T___T. kebanyakan bebudak bujang lelaki lah, suka datang lepak sambil sambil bersembang .. kalau korang apa korang rasa?? mesti segan kan nak lepak sama, dah tuh tak kan nak berperap jea dalam bilik nanti apa pulak sedara mara dia cakap kan..mesti korang pelik kan, tak kan rumah diorang tak ada tv sampai nak tumpang layan tv rumah mertua yuyu ann... tak, sedara mara husben yuyu rumahnya sebelah rumah jea, belakang rumah, depan rumah .. memang mereka nih semua rapat sangat sangat diantara satu sama lain.

Harrr diaorang nih jenis cakap kuat kuat, yuyu dengar pun rasa nak lempang jer ...hihihi.. lagi lagi bila diorang marah anak buah diorang, aiiishhh rasa nak terkeluar tahi telinga yuyu nih ..-_- lagi bertambah riuh rendah dalam rumah tuh kalau anak sepupu sepapak diorang datang.. Bukan nak cakap family yuyu tak cakap kuat tapi tak adalah riuh rendah macam kenduri ann, kami adik beradik kebanyakan pendiam mungkin sebab abah yuyu garang kot, dulu masa kecik kecik kami tak berani nak gaduh gaduh nak cakap kuat kuat takut nanti kena marah dengan abah, tuh kot sebab kenapa kami jenis tak cakap banyak ..

Banyak sebenarnya yuyu nak cerita pasal pengalaman yuyu nih, takut nanti korang jemu pulak tengok tulisan macam cerpen nih .. tapi yuyu bahagia dan bersyukur dapat keluarga mertua happening macam nih, mak abah mertua yuyu pun sangat sangat sporting ..lagi suka bila mak mertua sayang yuyu !!

Apa pengalaman korang ??? harrr tekan button comment untuk share dengan yuyu .. peeppsss *_____*

No comments: