BAHAGIA itu tidak berbentuk
tidak berupa, bahagia itu bukan di hati orang, tapi di hati kita. Lebih kuat
anda kejar lebih jauh ia pergi. Ada orang bahagia bila berada di tepi pantai
yang indah, anginnya sepoi-sepoi bahasa dan pasir memutih terbentang luas. Bila
ditanya di mana rasa bahagia, adakah pasir memutihnya, jika ya, genggamlah
pasir, bahagia atau tidak, pasti jawapannya tidak. Adakah air lautnya,
sentuhlah air, saya pasti jawapan air juga tidak.
Sebenarnya aku terperangkap
dengan cinta masa dulu, kerana aku menyimpannya sebagai kenangan manis. Aku sedang bermimpi disiang hari.
Sedar dan yakinlah bahawa dia
bukan jodoh yang dipilih Allah, sebab itu aku tidak dinikahkan dengannya.
Jodoh pilihan Allah adalah
suami sekarang, lelaki yang baik juga bertanggungjawab dan anak anak yang bakal aku lahirkan.
Adakah aku mahu melawan
ketentuan Allah, dan hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai aku? Adakah aku sanggup meninggalkan suami hanya kerana perasaan tidak pasti dan menyalahi
status isteri.
Cermin diri, masa bercinta
umur berapa dan sekarang sudah berapa. Jangan menolak ketentuan Allah, nanti
buruk padahnya.
Percayalah, dapat berkahwin
dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan
lelaki kita cintai.
Suami yang mencintai kita
akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang
yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum
tentu sanggup berkorban untuk kita.
Yuyu nasihatkan jangan
menyuruh hujan naik ke langit semula. Lihatlah wajah suami dan anak-anak,
sanggupkah kita meninggalkan mereka. Fikirkanlah suami yang sudi mengambil kita
hingga menjadi ibu. Lupakan kisah silam.
Insaflah, tanya apa yang kita
mahu sebenarnya, cinta yang kita kejar adalah lambaian iblis yang menggenggam
hati kita untuk derhaka kepada suami dan terjebak dalam noda dan dosa.
Terimalah jodoh yang
ditentukan Allah kerana suami akan menentukan anda jumpa bahagia atau tidak,
sama ada di dunia dan di akhirat. Hati kita kosong dari perasaan rindu kepada
Allah, bersyukur dengan Allah dan berasa Allah lebih dekat dengan kita dari
urat leher kita. Belajarlah membaca al-Quran dan banyakkan solat.
Belajar mengenali sayang
Allah pada kita dan belajarlah mensyukuri apa yang ada. Perasaan di hati adalah
racun iblis yang sudah menyerap ke seluruh tubuh.
Bersihkan diri dengan zikir
dan membaca ayat Allah dan tafsirannya. Ajal tidak mengenal umur, tempat dan
keadaan. Bayangkan ajal mendatangi kita dalam keadaan suami tidak mengampunkan
kita dan anak tidak mendoakan kita, ke mana nak minta tolong. :'(
Sesungguhnya seluruh langit
dan bumi dan seluruh isinya adalah dalam pengetahuan dan kawalan Allah, jangan
cuba menentang-Nya.
Allah tahu apa yang kamu
ucapkan dan apa yang kamu sembunyikan. Kematian itu pasti, adakah kita sudah
bersedia? Semoga terus membaca diri dan mencintai diri yang banyak berdosa…
jangan tambah lagi. Insaf sebelum terlambat.
psstt : pesanan untuk diri sendiri dan kengkawan semua .. :'( yesss yuyu pastikan semua ini akan berakhir pada saat ini dan ketika ini ..yeaahhhh ..peeeppsss
No comments:
Post a Comment