26 August 2014

Kenapa Mata nih Gedik ?? aiisshh ...

Penulis : Unknown Masa : 3:40 PM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum....

cantik tak mata yuyu ... auuummm *_*

ishh kenapa mata nih gedik sangat hah, dia punya gedik tuh datang tak menentu.. mengganggu sungguh kerja yuyu dan merimaskan, sesaja buat tajuk entry camtuh nak tarik perhatian korang untuk baca blog yuyu nih ..hahahahaa..tak adalah gurau jer, okay okay kelompak mata sebelah kiri yuyu nih asyik berkelip kelip jer sejak dari kelmarin dulu lagi, tak tahu kenapa .. sekarang dah stop,nanti tengok kejap lagi mesti kelip lagi dah laa sebelah kiri.. orang orang tua cakap benda tak elok, hmm ...

harr dah alang alang yuyu duk dalam google yuyu cuba tengok kenapa mata kiri nih berkelip kelip ??

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak : akan menangis.

betul ker??aiishh jangan percaya sangat, semua tuh mitos kalau percaya itu namanya syirik ..*_* okay yuyu nak kongsi cerita sikit dengan korang, bila yuyu tengok sebab kenapa mata yuyu berkelip kelip terus yuyu fikir benda nih hanyalah kebetulan .. okay camnih semalam yuyu ajak husben pergi Watson beli pregnant test sebab yuyu punya period dah dua bulan lebih tak datang, untuk jalan menyelesaiannya yuyu nak cuba test kot kot lah rezeki yuyu kan... yuyu memang teringin nak anak tapi tak fikir sangat sebab kami baru lagi kawin kan, mulut jer kata tak fikir tapi hati memang nak sangat sangat ..-..-"

tetiba pagi tadi masa nak solat subuh tengok tengok ...............................hampa,kecewa dan rasa nak menangis kuat kuat biar husben terkejut ..korang tahu apa dah jadi??? yuyu period !!! :'( terus sambung tidur balik sebab taknak fikir benda nih, kejut suami bangun mandi ..bila dia dah siap semua yuyu buka mata pandang dia, dia pandang yuyu balik ..yuyu tahu mesti husben dah syak yang yuyu period sebab sejadah berlipat rapi seperti semalam, pastuh yang yuyu lagi sedih bila husben senyap jea pagi tadi ..biasa dia usik yuyu pepagi tapi hari nie tak pun, sedih sangat ..sobsobsob ..

masalah mata berkelip kelip nih tidak ada kaitan dengan kepercayaan orang tua tua, kalau sesuatu kejadian yang berlaku mungkin kebetulan sahaja. sebagai umat islam sama samalah kita elak daripada mempercayai kepercayaan ini kerana ia menghampiri kepada perkara khurafat.. Yakinlah setiap kejadian itu adalah qada dan qadar Allah s.w.t


2 comments:

leyzzazainiey said...

tapi kan tapiii kalau mate saye nie bergedik-ii belah kiri mmg akan nanges .. tapi tuu lar mcam yuyu ckap yakinlah setiap kejadian itu adalah qada dan qadar Allah s.w.t .. wlaupun sebenar mmg terjadi .. think positif ! hee

Unknown said...

Ieyzz : nih haaa mata gedik2 lagi, padahal puas dah nangis pagi tadi ..hihihi.. ye betul think positif :)

Daisypath Anniversary tickers