04 July 2014

Secepat Itu Masa Berlaluuuuu ......

Penulis : Unknown Masa : 11:46 AM Comments : 2 Labels :
Assalamualaikum ....

Aiishhh sungguh tak sedar secepat itu masa berlalu kan, pejam celik pejam celik rupa rupanya sudah 5bulan 4hari yuyu bergelar seorang isteri kepada suami yuyu yang tercinta. kejap jea yuyu rasa banyak lagi benda yuyu kena belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suami, menjadi anak yang solehah kepada mak abah yuyu, menjadi menantu kesayangan kepada mertua.. ceh!ceh!ceh!! sekarang pun diorang sayang dengan yuyu .. hekhekhek . dalam masa 5bulan 4hari nih bermacam macam yang sudah yuyu lalui manis, pahit, tawar, masin semua rasa yuyu pernah lalui tapi yuyu menjadikan semua tuh kenangan yang terindah  dalam diari kehidupan yuyu ... dalam rumahtangga nih tak lari daripada pergaduhan kan, so sikap bertolak ansur mesti ada dalam sesebuah rumahtangga. bukan setakat gaduh, menangis dah selalu yuyu lalui, merajuk tak payah cakap arrr setiap minggu ehh .. hahahahhaaa.. semua tuh membuatkan yuyu dengan suami lebih mengenali satu sama lain walaupun 11tahun kami berkawan dan couple selama 2 tahun banyak benda kami tak tahu sikap masing masing... bahkan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kami berdua, yuyu berasa sungguh bersyukur kerana Allah memberi jodoh nih kepada yuyu..Alhamdulillah ..

Dalam yuyu mengenali suami yuyu, dia tak pernah meninggi suara dengan yuyu tengking jauh sekali. . dari dulu sampai sekarang dia tak pernah berubah, dia memang manja yang teramat dengan yuyu dan caring sangat sangat.. banyak benda yang kami nak capai tapi belum diberi rezeki lagi, kalau pasal anak tuh suami yuyu tak pernah menekankan hal nih kepada yuyu.. dia sentiasa mengingatkan pada yuyu kita mampu berusaha rezeki tuh Allah yang tentukan, jangan pernah mengeluh dengan apa yang Allah rancangkan kepada kita .. terima kasih hubby sebab selalu memberi kata kata semangat pada sayang disaat sayang perlukan kekuatan ....

:: semoga hubungan kita kekal hingga ke Jannah, susah senang kita lalui bersama ... Rinduuu dan Sayang hubby sampai syurga !!!! mmuuuahhh

2 comments:

aRz MoHa said...

semoga dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat

Unknown said...

@aRz MoHa : Thankzz ..InsyaAllah :)

Daisypath Anniversary tickers