03 July 2014

Elak Beri Anak Nama-Nama Ini

Penulis : Princes Yuyue Masa : 1:43 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

haiii selamat tengah hari korang, buat apa tuh? aiippp mesti lah korang tengah baca entry yuyu nih kan *terlebih perasan T__T .. macam mana puasa okay? tak rasa penat kan? good .. hihihihi .. harrr kalau bosan tuh apa kata korang godek godek menu untuk berbuka puasa nanti, belajar belajar lah masak menu lain sikit dari biasa dalam bulan puasa nih ehh baru rasa havoc kan ..hohohohoo .. eh eh eh yuyu dah tersasar dari tajuk utama lah, okay berbalik kepada tajuk tuh .

jalan jalan sana sini yuyu terjumpa dekat blog someone nih entry post dia "Elak Beri Anak Nama Nama Ini" cupppp mesti korang cakap yuyu terexcited nak cari nama baby kan? bukan ehhh ..Oooppss sori ehh yuyu salah sangka arr dekat korang, hihihihi ...

TENTU kita nak bagi nama anak kita yang elok elok bukan? yang diberi maksud baik baik kan .. Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9 * yuyu tak sure bila siaran rancangan nih -,- sebab yuyu copy dari blog someone, maybe zaman berzaman dulu kot ..Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua. Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.
okay... selamat beramal. .babai =)


No comments: