03 July 2014

Kelebihan Makan Sahur ..

Penulis : Unknown Masa : 4:01 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum.

semalam, malam kedua yuyu pergi terawih, aiippp mana lagi tiga malam tuh ?*jari dongak dagu mata keatas . hihihi.. bukan yuyu sengaja taw tak pergi terawih tapi yuyu ada masalah yang tak dapat dielakkan... sedih sangat :( Okay surau yang yuyu pergi tuh ada tazkirah pendek selepas solat isyak dan sebelum solat terawih. semalam tazkirah tentang kelebihan makan sahur .. siapa yang liat nak bangun sahur tuh cuba baca entry yang tak seberapa nih sampai habis ye, konpem start pagi esok korang bangun sahur ..hohohohoo

Perbezaan diantara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahlul Kitab ( Yahudi & Nasarani) adalah terletak didalam pengambilan makan Sahur yang mana mereka tidak lakukan makan sahur.
YaAllah betapa besarnya kurniaan Allah ke atas kita sehingga makanan yang kita ambil diwaktu sahur untuk berpuasa pun diberi ganjaran. siapa tak rebut ganjaran tuh rugi yang teramat, bukan susah pun bangun makan jea.. tak perlu nak makan yang heavy sangat sekurang kurangnya korang amik segelas air pastu kurma tuh dah memadai. ramai orang yang terlepas daripada ganjaran nih disebabkan kemalasan semata mata !!!

okay waktu yang paling sesuai makan sahur ialah 2 jam sebelum azan subuh, ada orang sebelum tidur makan kenyang kenyang pastu pergi tidur. mereka menganggapkan itu adalah makan sahur, begitu banyak berkat mereka dirugikan !!! Setengah ulama mengatakan bahawa waktu sahur bermula selepas sebahagian daripada malam berlalu (mirqat). Pengarang Kasy-Syaff ( Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur. Jadi apabila malam yakni setelah matahari terbenam sehingga Subuh mengambil masa 12 jam, maka 2 jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk bersahur. Mengambil makanan pada waktu yang paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada pada awal waktu dengan syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum Subuh.

Beberapa Keberkatan Dalam Makan Sahur

1. Dengan bersahur,kita ikut sunnah Nabi.
2. Melalui bersahur kita membezakan diri kita dengan cara ahlul-kitab dan umat-umat yang lain.
3. Sahur akan menambah kekuatan untuk beribadat.
4, Bersahur akan meningkatkan keikhlasan dalam beribadat.
5. Bersahur menolong menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh lapar.
6. Pada waktu bersahur adalah waktu yang dimakbulkan doa.
7. Pada waktu sahur seorang itu dapat peluang untuk mengingati Allah dengan cara       berzikir dan berdoa menadah tangan kepada Allah.


pssttt ..kalau ada tambahan sila share yea, semoga kita sama sama mendapat ganjaran daripadaNya ..okaylah yuyu berundur dulu untuk hari ini, selamat berbuka puasa untuk korang semua... mmuahhh .. jangan lupa terawih yehh .. aahhakk ;)

No comments:

Daisypath Anniversary tickers