18 July 2014

Perlu Ker Sedih Sedih Dimalam Raya ?

Penulis : Princes Yuyue Masa : 11:53 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...

Hari nie dah masuk ramadhan ke-20, cepat sekali masa berjalan meninggalkan kita .. tup tup esok dah raya, tanpa kita sedar ..terasa sedih bila ramadhan sudah mula hampir melabuh tirai untuk tahun nih.. masihkan diberi peluang untuk kita merasakan ramadhan tahun depan?? semuanya kita tak tahu kan, sama sama lah kita berdoa semoga Allah panjangkan umur kita bertemu ramadhan tahun depan dan seterusnya ..:')

Bila sembang pasal raya mesti korang excited kan? macam mana persiapan raya semua dah settle ke? amboi orang tuh dah settle dari bulan lepas lagi ... semangat kemain lagi ann, hihihiii. yuyu belum ready pape pom lagi, bebudak opismate order biskut raya berbalang balang tapi yuyu satu biskut pun tak rasa nak order, ntah tak tahu kenapa tahun nih perasaan yuyu lain macam .. YaAllah ..

Okay berbalik kepada tajuk dekat atas tuh*sambil donggak kepala .. harrr mesti ada dikalangan korang pernah atau akan alami perasaan tuh kan.. mesti korang teringat dan merindui insan insan yang korang sayang telah meninggalkan korang buat selamanya, belum sempat korang nak makan ketupat rendang pebret sama sama kan?? YaAllah ...yuyu rinduuu sangat sangat arwah nenek yuyu, tahun nih first time beraya tanpa dia ..selalunya kami anak beranak akan berkumpul dirumah arwah sama sama buat ketupat ..*lap air mata .. dipagi raya pulak rumah pertama kami pergi adalah rumah arwah, tapi tahun nih ?? uurmmm ....:'(

Bagi korang yang terpaksa beraya rumah mertua pulak macam mana perasaan korang?? gembira?sedih?sebak? kalau dah biasa dengan keadaan nih mungkin boleh terima kan, kalau first time nak lalui agak sukar korang nak lalui.. nak nak mertua orang johor, korang orang Kelantan !!! huyooo ...jauh tuh ..*__* yuyu bersyukur husben yuyu satu daerah dengan yuyu cuma lain kampung jerrr, jarak rumah kami mengambil masa dalam 15minit camtuh laa tapi yuyu tetap rasa sedih bila malam raya yuyu berada di rumah mertua. ... yuyu rasa macam tak boleh nak terima tapi kawan yuyu cakap 'tak kenal maka tak cinta' ..okay, betul yuyu belum pernah rasai semua nih...mampu ker yuyu mendengar takbir raya pada malam tuh tanpa mak,abah,adik beradik didepan mata yuyu ???YaAllah ...berikan aku kekuatan >___<

Kedengaran bunyi takbir sayup sayup dimasjid dan disurau berdekatan, Allah ...... kuatkah aku ketika tuh?? mungkin ada rasa sebak bercampur gembira .. Gembira sebab yuyu berjaya lalui sebulan ramadhan yang mungkin kali terakhir buat yuyu ..MUNGKIN JUGA ....
Siapa yang mendengar takbir raya, pasti ada juga rasa KEHAMBAAN dihati. Rasa rendahnya diri. Rasa besarnya KUASA Ilahi. Ada yang menitiskan air mata. Rasa syukur tidak terhingga. Rasa gembira tak terkata.

"Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…"

Yang masih mempunyai ayah dan ibu, perbanyakkan melakukan kebaikan kepada mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita.Bagi yang sudah tiada salah seorang dari mereka, pasti akan terasa akan kehilangan mereka bila tibanya malam raya. 




psstt ... korang ada cerita tak pada malam raya? boleh laa share dengan yuyu .. mana tahu cerita korang memberi semangat kepada yuyu ..T_______T



No comments: