ehh .. korang dah bekfes ker belum nie? kalau tengah bekfes tuh sila habis kan dulu ea sebab entry kali nie entry paling panjang, dah macam easy pulak .. korang jangan nak kata yuyu bebel tah pape pulak ehh ..tsskk ... baca dan hayati betul betul baru arrr ada feeling macam si penulis yang ciut nie !! "-'
YaAllah engkau telah memberi seorang suami yang terlalu baik untuk aku .. Alhamdulillah :') aku berjanji akan berusaha mempertahan kan rumahtangga aku sebaik yang mungkin ..semoga Engkau memberi kami kekuatan dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup nie ..
#throwback ... : ..... saat aku rasa kehilangan, rasa dianiaya, ditipu, ditindas, rasa tidak percaya sidia hadir dalam hidup aku.sewaktu aku dikecewakan bekas teman lelaki dulu, bila aku ditinggalkan tanpa sebarang alasan, aku rasa betul betul kecewa. walaupun hubungan kami dulu 'jarak jauh' tapi tak pernah ada istilah 'main main' dalam hubungan kami pada aku.aku rasa teraniaya..rasa macam sampah, rasa bodoh dan macam macam lagi. rasa sedih yang aku bawa berlarutan sampai hampir dua tahun. aku sakit hati sebab ditinggalkan tanpa sebab, aku langsung tak dapat contact dia untuk minta penjelasan. aku rasa bodoh kerana sayangkan dia.. rasa menyesal yang tiada sudah..aku benci sebab tak boleh nak melupakan dia dari ingatan. aku rasa marah pada diri sendiri kerana mudah sangat menangis kerana kehilangan orang yang sudah buang aku. dengan sokongan kawan kawan, adik, aku mula kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan. ketika aku melihat wajah ibu ayah, aku berasa teramat sebak kerana aku sanggup menangis berhari hari kerana lelaki yang tak ada perasaan. dengan melihat seraup wajah ibu aku jadi kuat. saat itu aku berjanji akan melupakan dia buat selamanya namun disebalik kata kata hati aku masih ada secebis perasaan sayang pada dia. setiap kali aku solat aku sentiasa berdoa semoga Allah kuatkan semangat aku, semoga Allah lupakan aku pada dia. suatu malam aku menangis dalam solat hajat, aku merintih dan berdoa moga Allah temukan aku dengan seseorang yang betul betul sayangkan aku dan mampu buat aku lupakan rasa kesakitan ketika ini
dengan kuasa Allah seseorang telah hadir dalam hidup aku. aku hanya menganggap sidia sebagai kawan sahaja, walaupun kami sudah lama saling mengenali. pengalaman lalu membuatkan aku jadi kuat, aku lebih berhati hati. aku tidak mahu jatuh sekali lagi, aku tidak rasa langsung ingin serius dengan sidia walaupun sidia telah menyakinkan aku. aku hanya mahu fokus pada kerja dan family saja, soal jodoh atau masa depan aku serah pada Allah. lepas beberapa bulan kami saling berjumpa dia mula menyatakan hasratnya untuk lebih serius dalam hubungan kami, aku tidak boleh terima. bukan sebab aku tak ada perasaan langsung tapi masa itu aku masih tak boleh lupakan ex aku yang dulu. hati aku rasa kosong untuk meletakkan sidia di dalam hati aku. sidia tidak pernah berputus asa untuk mencuri hati aku, dia lama kelamaan aku tengok betapa ikhlasnya dia dalam perhubungan, aku berasa terharu. suatu hari sidia telah membawa aku berjumpa ibunya, ketika itu aku tak terfikir langsung yang sidia secepat itu mengambil keputusan untuk memperkenalkan aku pada seseorang yang bermakna dalam hidupnya 'ibu' .. sebelum nie dia tidak pernah membawa mana mana perempuan untuk diperkenalkan kepada ibunya, dalam masa yang sama sidia berkata 'sekiranya selepas aku jumpa ibunya,jika aku menolak lamaranya dia redha dan terima seadanya.. :')
dalam perjalanan pulang, sekali lagi sidia melamar aku..aku masih ingat, di Tasik Kota Kemuning bersaksikan tasik yang luas terbentang telah menyaksikan sidia melafazkan cintanya pada aku. apabila sampainya dirumah aku mengambil wuduk untuk menunaikan solat, aku memohon pada Allah petunjuk.. jika sidia jodoh aku, dekatkanlah hati aku pada dia. entahlah ..... apa yang berlaku dulu aku jadi manusia yang kurang percaya dengan hubungan tanpa tujuan dan tidak sah ini. aku tak tahu siapa jodoh aku, aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. perancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku .
selama dua tahun kami berhubungan, dia telah menghantar rombongan keluarga masuk meminang aku. dalam masa berkawan dia selalu berjumpa mak abah aku, dia berjanji bila duit dah cukup dia akan masuk meminang, akhirnya janji nya terlaksana .Alhamdulillah ..selama lima bulan kami bertunang akhirnya dia telah melafazkan 'Aku Terima Nikahnya ....................' saat itu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku. pada malam itu bersaksikan abah,mak,adik beradik aku dan family dia aku serahkan hati aku padanya, dan tidak ada lagi
Alhamdulillah ... semua nya settle dengan perfect .. syukurrr :') sekarang terasa nak menangis sekuat nya ... bersyukur sesangat korang oiiii ... (',)
No comments:
Post a Comment