20 May 2015

Excited : Pergerakan Babyku ..

Penulis : Princes Yuyue Masa : 10:38 AM Comments : 1 Labels :
Assalamualaikum....

Merasakan pergerakan baby dalam kandungan buat pertama kalinya adalah detik detik yang amat teruja kan,betul tak? orang kata kalau pertama kali hamil nih susah kita nak pastikan pergerakan baby, mungkin mengambil masa untuk memastikan itu adalah pergerakan baby .. Mungkin kita akan menyedari pergerakan itu di antara kandungan 18week dan 20week dan ada yang lebih dari itu.. Macam yuyu mula rasa denyutan tuh diawal kandungan 20week, sekarang nih semakin ketara pergerakan tuh excited nak update blog gara gara nak cerita pasal nih..kih *_*

Kebiasaannya perut yuyu merasakan something pada petang hari, aktif sungguh kalau lepas lunch.. suka sendiri bila rasa macam tuh, baby yuyu nih tahu taw kalau yuyu letak tangan tempat denyutan tuh terus senyap agak lama jugak untuk denyut semula ..lawak kan, kalau suruh dedi nya letak tangan lagi arrr dia senyap terus ..mungkin belum serasi kan, memandai jea ..keh =)

Malam tadi yuyu baring layan tv sensorang memandangkan incik hubby kerja malam, tetiba perut yuyu berombak lebih clear dari biasa..YaAllah rasa nak menitis air mata kegembiraan saat tuh, nak kongsi kegembiraan dengan orang tersayang dia pulak takde..sedih, sob sob .. masa tuh yuyu baru lepas makan ice cream potong, mungkin baby sejuk ..hahahahaaa... lawak! gosok gosok perut sambil sembang dengan baby, kemain dia berombak bila yuyu cakap "baby nak susu ye, dah lama mami tak minum susu kan " *buat muka sedih .. setelah sekian lama yuyu tak sentuh susu akhirnya semalam yuyu minum susu, macam tak percaya wehh ..kiki

Nak tanya korang, betul ke minum susu annum nih membuat kan berat badan naik? baby pun besar, betul ker? :( plezzzz sharing pengalaman korang!

Ya Allah...Engkau lindungilah,peliharakan lah zuriat dalam rahim aku nih, semoga zuriat nih menjadi seorang hambaMu yang taat kepada perintah Mu dan menjadi seorang anak yang berjasa pada ibu bapanya ..InsyaAllah

1 comment:

Eka Tikah said...

alahai tak sabar nak tengok baby comel akak. hehe