Bila sebut pasal ikan puyu mesti dikaitan kan dengan makhluk halus atau ilmu hitam kan, yuyu pun ada dengar jugak orang orang tua cakap bela ikan puyu nih elok sebab ikan puyu tak tidur tengah malam.... si puyu boleh membatalkan usaha memukau penghuni sesebuah rumah, selain tuh durinya yang tajam mampu menyekat kekebalan makhluk halus (syaitan dan jin) yang masuk ke dalam rumah manusia..
Walaubagaimanapun kita tak boleh menganggap ikan puyu itu pelindung mutlak kepada semua perkara kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah..hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua, jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya jugak...Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui ..
Yuyu memang suka bela ikan puyu sebab dia susah nak mati kan, tak bagi makan seminggu pun still mampu bertahan ,hihihihii tapi tak sampai hati nak dajjal puyu tuh camgitu kan ..*__* ..dah lama nak cari ikan puyu tapi tak pernah menjadi, last last raya korban baru baru nih yuyu ingatkan husben tangkap ikan puyu dekat paya belakang rumah dia ... huhuhuuuuu.. ehhh ingat lagi masa bebudak dulu setiap kali weekend yuyu and the geng tangkap ikan yuyu dekat bendang, seronok sangat sangat ...tapi sekarang dah takde bendang dah ...sawah pun dah jadi hutan, alahaiiiiii ..... siapa pernah buat aktiviti macam yuyu??? "_'
Jadi, sekarang terhasil lah akuarium yang tak seberapa nih untuk sipuyu yuyu yang kecik molek !!!
yuyu nak dua ekor jerr, harrr sekali bapak mertua amik 11 ekor ..alahaiiii .. T_T
Terbaca pula sebuah cerita ini. Jom, kita baca...
Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:
Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut. “ Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam ? Dan kenapa kamu tak masuk rumah yang di tengah yang lebih besar?” “Saya tidak boleh masuk Pak kerna dalamnya ada ikan puyu ( tuan rumah ada bela ikan puyu ) dan ilmu saya tidak menjadi”, jawab pemuda Indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dengan kenyataan Pak Indon ini.
Benar atau tidak dan mungkin juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi. Wallahhualam tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi pendinding sihir.
Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga.
Wallahulam...
2 comments:
betul tu..ikan puyu susah nak mati..senang nak jagalah ..
bgus bela ikan puyu ni... jimat pun ye.
Post a Comment