01 December 2015

Pengalaman Bersalin Part 1

Penulis : Unknown Masa : 2:50 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ..

Alhamdulillah yuyu dah selamat melahirkan anak syurga, rasa macam nak cerita pengalaman tuh dekat sini tak kisah laa ada orang baca ke tak ..hukhuk .exceli yuyu tak ada idea nak karang cerita nih, hmmm

Dalam menghitung detik detik nak melahirkan anak syurga hati dan perasaan yuyu sangat sangat berdebar, macam macam perasaan ada takut, tak sabar semua lah .makin dekat due date makin tak keruan, setiap saat berdoa semoga Allah permudahkan urusan yuyu nanti pastuh hari hari minta husben belikan air kelapa macam dah gian sangat tauu .. cerita pasal air kelapa macam teringin pulak, aihhh tak boleh masih dalam pantang !! hahahaaa

Check up sebelum balik kampung pada 07.09.2015 alhamdulillah lega rasa dah tak perlu pergi check up tak perlu nak tunggu lelama, sepatutnya kena pergi lagi 21.09.2015 disebabkan tarikh tuh yuyu dah balik kampung so follow up jer klinik desa kat kampung, fuhhh lega .

Hati nih tetiba rasa macam nak bersalin dekat Selangor jer, berat hati nak balik kampung bagitahu husben yuyu nak bersalin dekat sini, husben tak bagi sebab susah nanti siapa nak tolong jaga dekat hospital lagipun kalau bersalin dekat sini yuyu mesti akan ke Hospital Klang ..kami tak tahu macam mana prosedur hospital tuh boleh ke teman waktu malam, kalau dekat kampung confirm confirm boleh ada peneman waktu malam yang penting 'perempuan' laa ..dan hospital Klang suami tak boleh masuk masa kita nak terberanak tuh .. hmmmm

So, amik keputusan balik kampung jugak laaa seminggu awal ... sempat ke yuyu balik kampung?? hahahaaa..cuba teka..cuba teka..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Main teka teka pulak, hahahaaa..okay sambung, ajak husben balik kampung cuti Hari Malaysia tuh tapi tak boleh sebab husben dah apply cuti 19.09.2015, hmmmm terpaksa laa akur itu semua keputusan yuyu jugak sebelum nih ..

Bangun pagi 17.09.2015 nak solat subuh, tengok tengok ada secalit darah dekat seluar kecik yuyu ..tetttttttt ..hahahahaaa apa reaksi yuyu?? dah laaa tak tahu apa apa, masa tuh memang takut gila laaa terus bagitahu husben ..dia relaks jer, yang yuyu nih tak keruan dah takut kan .. ambik henfon cari cari no phone siapa ntah, yuyu sendiri pun tak tahu nak call siapa sebenarnya ..

husben : cuba call mak, tanya macam mana
yuyu : alaaaaa nanti mak risau pulak, dah laaa jauh nih
husben : cuba call kak ida (kakak yuyu)
yuyu : hmmm tanya dia pun mesti tak tahu sebab dia tak rasa apa apa pun masa nak bersalin dulu ..hahaha
husben : cuba call kak ngah (kak ipar yuyu)
yuyu : hmmm....
husben : jom b bawa pergi hospital
yuyu : harrrrr tak nak !!!!!! okay okay call mak ...

Bengang tak ?? hahahhaaaa..disebabkan tak keruan macam tuh laa rupanya mek yuyu nih ... tak boleh buat keputusan @_@

Selepas ituuuu apa yang jadi??? Bersambung ............................... 

No comments:

Daisypath Anniversary tickers