31 December 2014

Kenangan Manis Ditahun 2014

Penulis : Unknown Masa : 3:01 PM Comments : 0 Labels :


Assalamualaikum....

Hari nih 31.12.2014, ya begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari .. semakin hari semakin banyak perkara yang kita tak duga berlaku pada negara kita, negeri kita, kampung kita, keluarga kita dan jugak pada diri kita ..hurmmm .. bila difikir balik sejauh mana amalan kita pada pencipta setakat hari ini?? adakah kita sempat merasakan suasana tahun baru untuk esok hari ..?? semoga yuyu dan semua yang baca blog yuyu nih dipanjangkan umur agar kita dapat melakukan kebaikan dan perbanyakkan amalan kita untuk hari esok, masyaAllah tak sanggup nak hadapi semua nih namun kita tak boleh lari dari semua nih kerana dunia nih hanyalah sementara akhirat adalah tempat yang kekal abadi ..>_<

Okay tak nak touching untuk beberapa minit nih, heeee .. tahun nih banyak sangat kenangan manis dan pahit dalam hidup yuyu, dan tak sangka jugak yuyu dah bergelar seorang isteri pada tahun nih ..YaAllah tak rancang apa apa pun namun bila Allah sudah tetap kan jodoh kita bila dan dengan siapa walau sesaat pun ia nya akan berlaku jugak kan ..syukur alhamdulillah ..!!! Pada awal bulan februari 2014 yuyu dah sah menjadi isteri kepada incik suami yuyu sekarang, jodoh yuyu adalah kawan sekolah yuyu masa form three taw dulu dulu kami memang nyaris nyaris terjebak dengan 'cinta monyet' tetapi itu lah Allah telah aturkan semuanya dengan baik .. walaupun kami berpisah dan tak pernah contact selepas form six kami berjumpa kembali pada tahun 2011, semuanya Allah yang aturkan .*_*

Pada tahun nih jugak first time yuyu naik flight taw, hahahahahaa.. agak kelakar kan bagi korang tapi bagi yuyu itu adalah rezeki Allah bagi, yuyu bersyukur sesangat sebab yuyu berpeluang merasa macam mana keadaan berada di atas awan masih ramai orang yang teringin nak naik tapi tak mampu kan, tak apa yang belum naik tuh korang jangan sedih yerr suatu hari nanti korang akan rasai ..percayalah !!! kenangan kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi adalah perkara yang selalu kami tunggu tunggu setiap tahun, alhamdulillah tahun nih Allah memberi rezeki kepada kami adik beradik membawa mak abah kami pergi bercuti .. sebak rasa bila dapat tengok kegembiraan mak abah kami saat tuh, tak ada yang membuat kan yuyu gembira melainkan melihat orang yang yuyu sangat gembira ..

Pada tahun nih jugak yuyu mula join bisnes Phytosciences, bisnes yang telah membantu kewangan yuyu setiap hari .. dulu sebelum join bisnes nih masalah kewangan tuh ada lah sikit yuyu terpaksa tunggu gaji hakiki dihujung bulan tapi dengan bisnes yuyu sekarang dapat income setiap hari sikit atau banyak itu tak penting yang penting HALAL .. walaupun masa rehat yuyu dah tak seperti dulu namun yuyu tak menyesal pun, kalau kita nak berjaya mestilah kita lalui masa masa getir kan masa yang banyak onak duri ..alhamdulillah husben yuyu sentiasa ada disamping yuyu, dia faham keadaan yuyu sekiranya yuyu terpaksa keluar malam .. sebelum yuyu pergi yuyu akan ajak dia sekali kalau dia tak dapat join baru yuyu minta keizinan pergi sendiri, setiap kali yuyu keluar jumpa prospek time weekend husden lah selalu teman yuyu ..-___-

Tahun nih jugak Allah menganugerahkan yuyu seorang anak sedara perempuan, memang bukan anak yuyu tapi yuyu rasa happy dapat menumpang kasih dengan baby kakak yuyu, yuyu dah lama teringin nak baby perempuan tak kisah lah baby kakak ke baby abang ke yang penting perempuan (,'') .. buat masa sekarang yuyu belum diberi peluang untuk merasai semua tuh, ada jugak lah rasa sedih tipu lah kalau yuyu cakap tak sedih kan ..tapi yuyu redha semua nih mesti ada hikmah ..Allah telah rancang yang terbaik untuk yuyu dan husben, InsyaAllah 2015 ada berita gembira untuk kami siapa tahu kan?? korang doakan untuk yuyu yeee ..hihihii

Exceli banyak lagi kenangan manis yuyu nak kongsi kan, tapi masa tak mengizinkan lah kerja yuyu masih bertimbun nak kena siapkan sebelum balik hari nih esok kan cuti horeyyyy !!!! Okay lah korang harap korang tak boring lah baca cerita yuyu nih almaklum lah panjang berjela jela.. mesti korang pun banyak kenangan sweet tahun nih kan?? sharing lah nga yuyu ehh, pasal kenangan pahit yuh nanti yuyu update lain entry yee ..take care !! babai




No comments:

Daisypath Anniversary tickers