Assalamualaikum...
Hari nih hari jumaat yang begitu indah, setiap minggu hari jumaat lah hari yang yuyu selalu tunggu bukan sebab esok cuti .. memang tak lah, yuyu setiap sabtu kerja kalau cuti pun sekali dalam sebulan maknanya bulan nih terpaksa simpan cuti sabtu pada minggu tahun baru cina sebab nak balik kampung tak perlu nak tolak cuti tahun kan. *_*
Okay setiap yang berkahwin mesti nak merasa saat hamil kan? macam yuyu sebelum kahwin bila tengok ibu hamil rasa ciut jerr lagi lagi ibu hamil tubuh kecik molek bawa penyut bulat gituuu.. harrr yuyu pernah sekali Allah uji yuyu tapi yuyu redha, disebabkan kelalaian yuyu sendiri termakan ubat doktor kasi time tuh yuyu tak tahu pun yuyu pregnant.. takpelah mungkin belum rezeki yuyu..
Akhirnya tahun 2015 membawa seribu kebahagian kepada kami,alhamdulillah syukur sesangat ..!!! sejak kami kahwin sampai lah yuyu sah pregnant husben yuyu tak pernah persoalkan pasal anak, dia tak pernah kecik kan hati yuyu pasal anak.. tapi bila tahu yuyu pregnant pandai dia cover teruja dia taw.. kekadang nampak sangat yang dia tak sabar nak jadi 'abi' ..hihihiiii .. masa dia gosok perut yuyu terserlah sifat seorang bapa yang penyayang ...huuuuu ...
Berbalik kepada tajuk yuyu tuh, tak ada yang special pun just yuyu nak share dengan kengkawan yuyu kat sini mana tahu kan tips yang tak seberapa nih boleh memberi kebaikan kepada korang.. bukan yuyu nih baik sangat, ia lah orang kata benda baik elok dikongsi .. tak gitteww T_T bawah nih antara tips yang yuyu lakukan untuk mendapatkan zuriat, kita usaha yang memberi hanya Allah s.w.t
i) yuyu berpantang dari segi makanan dan minuman, yuyu tak sentuh langsung buah nenas alhamdulillah tekak yuyu tak pernah teringin pun nak makan buah tuh ..hihiii.. yuyu tak makan tapai, dulu sebelum kahwin suka makan mak selalu buat time raya, minuman pulak elak kan minum air bergas kalau pergi makan kfc tuh terminum jugak teringin kan time musim panas panas tapi...... minum sikit jer tak pernah habis
ii) Bekam .. semua orang tahu kan bekam nih elok untuk buang darah kotor dan boleh jugak buang benda benda halus dengan izin-Nya..InsyaAllah ..lepas buat bekam banyak perubahan yang berlaku dengan tubuh badan yuyu.. rasa ringan jerrr, fikiran rasa lapang .. rasa bahagiaaa !!! eewaahhh
iii) Berurut .. yuyu berurut bukan fokus sangat pada nak anak sebenarnya just nak hilangkan angin dalam badan nih, banyak sangat angin sampai lengguh bahu .. ia lah dengan mengadap komputer 8jam sehari, sekali sekala rehatkan badan kat spa apa salahnya ann ..gittewww :))
iv) Sedekah .. nih amalan yuyu paling yuyu suka, bila kita hulurkan sedikit rezeki kita pada benda yang baik kita rasa tenang rasa puas taw .. duit untuk ibu bapa setiap bulan wajib yuyu asingkan, biar sikit asalkan ikhlas sama jugak sedekah nih niat itu penting ..!!! setiap hari jumaat yuyu minta tolong husben yuyu sampai kan sedekah yuyu pada masjid.. InsyaAllah amalan nih yuyu akan teruskan sampai ke akhir hayat yuyu.. *maaf bukan niat nak menunjuk :(
v) Solat Tahajjud .. yuyu cuba bangun solat tengah malam, yuyu tak kunci jam yuyu niat dalam hati supaya yuyu terjaga untuk solat tahajjud nih.. yuyu tahu kalau kunci jam confirm yuyu tak bangun..heheheee... alhamdulillah walaupun bukan setiap malam yuyu bangun yuyu rasa sungguh nikmat bila dapat melakukan nya .. sekarang keadaan tak mengizinkan rasa tak boleh nak bangun badan lemah sangat waktu pagi, yuyu harap sangat Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada yuyu supaya yuyu dapat mengerjakan solat sunat nih :'(
vi) Solat Dhuha ..alhamdulillah sehingga sekarang yuyu masih dapat mengerjakan nya walaupun kekadang rasa lemah badan waktu pagi ..:(
vii) Berdoa dan Tawakal .. ini lah yang harus kita buat selepas kita berusaha, berdoa lah berkali kali pun biar lah bertahun tahun sekali pun jangan pernah putus asa.. Allah sentiasa mendengar doa kita bagi yang belum makbul bukan bermakna Dia tak dengar Dia nak uji kita sejauh mana keikhlasan kita itu .. sentiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t :))
Sekian untuk hari ini *ayat skima -_- assalam
No comments:
Post a Comment