10 May 2014

Selamat Hari Ibu ....

Penulis : Unknown Masa : 3:00 PM Comments : Labels :
Assalamualaikum....

Selamat Hari Ibu buat ibuku yang termanis, tercantik di dunia nie, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana ibuku masih dipanjangkan umur, kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia .. *nak peluk ibuuuuu ..:'(

Bila sebut perkataan ibu pastu dengar lagu berkaitan ibu automatik air mata nie nak menitis tak kira kat ceruk mana sekali pun!! rinduuuu makkk, rindu sangat sangat .... bagi yuyu setiap hari adalah hari ibu kerana pengorbanan seorang ibu terlalu besar, tanpa ibu kita tak akan dapat lahir ke dunia ini ..

Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa, walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harganya dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.


Setiap hari adalah hari ibu..
yuu harap mek bahagia hari ini...
yuu cuma nak cakap yuu sayang mek sampai bila bila. mmuaahh

I LOVE YOU MUM ....


aihhh tak lupa jugak ucapan Selamat Hari Ibu buat ibu mertuaku, mekasih maa sudi menerima yuu sebagai menantu maa.. maa begitu baik,memahami dan mengasihi yuu walaupun kekadang tuh yuu terlebih manja..-_-' ehhh sorang lagi mak yuyu yang yuyu sayang, Selamat Hari Ibu buat mak angkat yuyu yang berada di Kota Bharu yang yuyu sentiasa merinduinya..mekasih mak sudi menyayangi ayu seperti anak kandung mak sendiri..Moga mak mak yuyu dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan Allah.. Sayang mak yuyu ketat ketat -,-"

note: Alhamdulillah, yuyu dikurniakan rezeki oleh Allah mempunyai tiga mak... mak yang begitu menyayangi yuyu.. syukur!! :')

korang perasan tak yuyu bahasakan nama yuyu dengan mak berbeza beza kan??? ngeeee.... 'yuu' tuh menunjukkan diri yuyu nie teramat manja dengan mereka ...uuwaaaaa.... *nah!!batuu baling yuyu ... huahuahuaaa...aaiishh

Daisypath Anniversary tickers