25 October 2013

Hari Jumaat yang INDAH .....

Penulis : Unknown Masa : 11:37 PM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum w.t.b

Meh kawan kawan yuyu kita baca doa nie dulu ....
Amin..amin..amin...semoga kita sama sama mendapat keberkatan dariNya. Hari jumaat adalah penghulu ari, haaa kawan kawan yuyu setiap ari jumaat mesti pakai baju kurung kan..sama laa kita '-' mudah jea nak dapat pahala kan..ehhh jangan pakai baju kurung jea taw kita juga kena menutup aurat.. "yang cakap nie dah cukup sempurna kee nak nasihat orang nih hah ?? hmmm.... Oooopppsss belum laa,yuyu banyak lagi kena perbaiki diri.. uuweee .. wak malu jea ..(sambil sambil tutup muka yang comei nih...eeEee lebih lebih pulak mek yuyu nih kan..^__^




10 KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Berikut adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:

1. Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

2. Hari Bagi Kaum Muslimin

Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

3. Penghulu Segala Hari

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.

4. Hari Kebesaran Mingguan

Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

6. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

7. Hari Mustajab Berdoa

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.

8. Hari Dihapuskan Dosa

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

9. Hari Lebih Utama Bersedekah

Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .

Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)

10. Hari Meraih Pahala

Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).


yeeeaahhhh ...... selamat beramal kawan kawan yuyu yang ciut miut ...love u !!!

Si jantung hati .....

Penulis : Unknown Masa : 2:00 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum ...:)

Morning kengkawan, alhamdulillah ari nie kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan dalam melakukan ibadat kepadaNya ..Amin..

eerrkkk ...kenyang sudaa bekfes dengan roti sekeping + nutelaa jea, hihihiii ..mesti korang tertanya tanya kan makan roti sekeping pom boleh kenyang kerr,hakhakhak ...alaahaiii tangki perut yuyu kecik laa xdapat nak menapung sisa sisa makanan nie banyak sangat, "untungg laaa yuyu" ayat yang selalu kawan kawan opis yuyu cakap taw ...hihihihi ...menyampah !! perasan sungguh yuyu nih,uuweekkk ...

eehhh ....apa laa yuyu nie tajuk lain, diciternya benda lain kan kan, alaaa biasa laa sebelum nak masuk perenggang isi tue mesti laa ada pendahuluan kan, macam kita nak buat karangan laa ..ngee 

setiap orang mesti ada seseorang yang kita sayang kan, orang yang kita sanjung, orang yang selalu memberi kita semangat dalam menghadapi sesuatu benda yang kita xsuka nak hadap.haaa...ape ekk ??? MASALAH lerrr ,uuiiissshhh stressss laaaa dengan perkataaan niee :'(

yuyu rindu sangat sangat dengan mak abah yuyu kat kampung, raya haji baru baru nie yuyu xdapat balik kampung sebab si buncit punya pasai laaa nie..hehehehehee ooppsss sori Oyaa jangan marah arr, gurau gurau manja jea.. buncit tue gelaran adik yuyu no.6 ..ngeeee ..dia suka makan tue yuyu suka panggil dia buncit ^___^




cee tekaa sape sebelah yuyu?? nie laaa kakak yuyu..hahahahaaa bukan laa nie jantung hati yuyu taw, tanpa dia disisi, yuyu rasa xdapat nak bernafas taw :'( sayangggg mek ketat ketat ..ada sama x kita?? hmmmm...tang mulut kot ...hihihi

alaaaa....picture dengan abah yuyu xada laa, sebab abah xsuka bergambar.. asal yuyu nak snap jea picture dia mesti "jap jap abah nak pakai spek..." last last dia lariiii ...tp kalau mood dio sporting tanpa kitaorang ajak dia  mesti cakap "gambar abah xde keee..." hahahahahaaa....



I LOVE YOU SOO MUCH MEK ABAH ....mmmuuuuaaahhhhh




pilih pilih yang mana lawa ...hahahaaa..mesti korang suka abang kepala botak tuee kan, botak jangan sebarangan taw cik abang nie poket ketat yea ..tapiii kedekut, dengan adik adik jea kedekut bila tang dengan awek tuee laju jea . bercanda jea, jangan ambik hati yekk abang long !!! ^__^

okeh laa yuyu nak habaq nie, yang sebelah kiri tue adik yuyu no.5 nama nya cik lala a.k.a kaka Bella, lelaki tue abang sulong yuyu, yang pakai tudung ala ala aina tasneem xberapa nak menjadi tue adik bongsu yuyu yang bernama dik jaja a.k.a asu ...ngeeee






ehhh lagi sorang tercicir laaa yang sibudak tudung hitam..hee tue adik yuyu no.6 cik yaya a.k.a Oyaa, dia laa sibuncit ..haaa dia kurus jea kan walaupum makan banyak tuh yang pelik ape laa yang dia bela dalam perut tue kan kan ...hahahahaaa... xdalaa keturunan yuyu slim slim belaka .. jangan jelezzz 




                                         yang bawah tue yuyu bersama dengan satu satunya adik lelaki yuyu ada..hencem nyee dia .. ramai yang nak tackle dia taw tapi, dia manyak mahal auu.. elehhh perasan ler terrr ...hikhik
cian dia disebalik kehenceman dia diselindung oleh kulit muka yang bermasalah ...jerawat laa ape lagi kan.
dah macam macam pencuci dia cuba tapi kesan nyaa xmenjadi jugak !!! haaaa satu benda yuyu belum kasi 
dia cuba..jeng..jeng... nanti laa yuyu nak suruh dia cuba..kalau testemoni berjaya yuyu share dengan korang erkk ..ngeee.. 

hmmm....sebenarnya ada lagi dua orang yang xde dalam nie, kakak yuyu dengan abang no.2.. time kitorang snap picture raya diorang xdaa sebab diorang xbalik kampung..sok sok sedihhh.... dua dua tue dah kawin daa biasa laa kan kalu time time raya mesti xcukup colum kalau dah kawin nie..hmmmm...


Okey laaa korang nanti kita jumpa lagii ...yuyu nak wechat dengan cik lala jap, dia tue memang suka kacau yuyu time yuyu bizi ..uiishhh...geram geram ketuk kepala baru taw :D


bye bye korang korang yang ciut miut ..^___^

24 October 2013

Weekend Lagii

Penulis : Unknown Masa : 1:30 AM Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum .....

Hari nie baru ari rabu kan..tp yuyu dah nak citer pasai weekend kan,hihihihi ...tuh makna nye yuyu duk menghitung jari jemari nie bila laaa weekend nak muncul !!! ^___^  korang agak agak apa yang yuyu nak buat untuk weekend nie yea...


taraaa ...............................



Sunway Lagoon time ler kengkawan, dah lama yuyu nak buat lawatan kat cini taw, lawatan??? hakhak macam bebudak sekolah plak kan kan.
Yuyu dah lama duk cini tapi belum ada masa nak jejak masuk dalam nie taw ..sok sok sok ..sedihhh ..

kawan kawan yuyu plak ape pelan korang weekend nie?? hmmm ....mesti korang punya planing lebih power dari yuyu kan ..hikhik.. best laaa orang tue nak pegi Obesi, yuyu bila nak naik flight nie .. asyik duk naik bus jea, asal naik bus mesti ada problem .... bus datang lambat laa ,bus rosak laa, bus kelajuan 20per/j laaa ..macam macam laa korang taw ...yuyu dah naik fedup nak naik bus balik kampung ... fedup fedup pom naik jugak ...hikhik ...ishhh ishhh apa plak duk citer pasai bus plak nie ?? jangan marah aaa..iklan jap ^___^ 

ehhh ...kawan kawan  yuyu nak pegi Sunway nie dengan mr.fiancee yuyu au..suka sesangat sapai nak pengsan bila dia ajak taw hihihihi, Oopppss bukan dengan incik fiancee jea taw tapi dengan geng geng tempat kerja incik fiancee yeaa... tapi kalau kitaorang berdua aje kena tunggu time honeymoon laaa baru syokkk ...waduh waduh gatai noh ..hahahahahahaaa



Okey laa yea yuyu xtaw dah nak taip ape daa sebab belum ada idea lagi pasai Sunway Lagoon.. nanti next week yuyu update citer pasai memori terindah yuyu kat sana ekk ...kawan kawan tungguuu taw ... sayangggg korang korang ...bye ..mmuuhh

23 October 2013

Saya Budak Baru Belajar ....

Penulis : Unknown Masa : 1:00 AM Comments : 0 Labels :
haiii uoll .... yuyu budak baru nak belajar bloger laa,hihihihi ..hmmm ape yg nak ditulis pom xtaw ^___^

Daisypath Anniversary tickers